Saturday, September 27, 2008

Menunggu Syawal

Hari demi hari, bumi KAL makin lengang, akibat pulangnya perantau ke kampung halaman tercinta. Cuma tinggallah orang yang tiada kampung di sini untuk menyambut lebaran di sini. Rahimi, Maziah, Nur, Shila, Rohaya, Zu, Kamal antara orang yang paling awal pulang. Mungkin untuk melepaskan kerinduan setelah penat ‘bekerja’. Kadang-kadang perlu juga bersama dengan keluarga, meninggalkan seketika beban yang sarat dipikul di Kampus. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedih juga ingatkan amal yang tidak seberapa ini. Aku pulak tahun ni cukup lah 3 tahun beraya di sini. Kadang-kadang teringat jugak waktu beraya di kampung dulu-dulu. Tahun ni rasanya lain sikitlah mood raya di kampung tu, sebab kali pertama sambut raya tanpa Tok Wan. Nak beraya tempat orang ni jarang boleh raya, tapi kalau tempat sendiri Insya’Allah balik juga. Kata orang kalau sayang tinggal-tinggalkan.

“Mung dok balaik raye ker tahun ni Min?”, tanya kawan-kawan lama di kampung. Aku tidak terus jawab soalan tu, kerana ia soalan dalam skrip tiap-tiap tahun yang aku dengar. Ada juga sampai marah-marah. Apa nak di jawab. Ada yang nak bertunang raya ke-3 pun nak ajak aku juga temankan. Diam je la. Alah, peduli lah diorang nak kata apa pada aku, cuma pada family ,aku explain lah bagus-bagus. Biarlah tahun ini sekali lagi aku berkongsi suka, sedih, riang ria bersama adik-adikku yang aku tak balik di KAL ni. Tahun depan tak tahu lagi dapat beraya di tempat orang. Lepas keluar ni kena pulak mengembara cari calon. Satu fikrah belum tentu dapat menjamin kesinambungan jalan ini.


Sekadar coretan di penghujung Ramadhan . Kepada pembaca, terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang daif ini. Artikle kali, cuma berkong si pengalaman di alam kampus. Moga ALLAH s.w.t merahmati kita semua dan Berjaya di Madrasah Ramadhan , Insya’Allah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN (‘AIDIL FITRI) MAAF ZAHIR BATIN.
“SEMARAKKAN PERJUANGAN"

Wednesday, September 24, 2008

Menghayati Perjuangan Sebenar…

Membaca tulisan Azizi Abdullah membuatkan penulis merenung seketika keadaan suasana politik yang masih berada dalam keadaan yang belum stabil. di saat DSAI yang sibuk mengasak PM Malaysia turun dari tahta. Perebutan kuasa dalam UMNO yang semakin hangat dan panas sehingga dijangka PM Malaysia hanya mendapat 40 percalonan sahaja. Semua ini merupakan realiti suasana politik Malaysia pada hari ini.
Menyentuh dengan tulisan Cikgu Azizi yang menyebut antara lain badan PAS tetapi berbaju keadilan perlu di ambil serius oleh pimpinan dan ahli.
Penubuhan PAKATAN RAKYAT merupakan cetusan idea Dato’ Seri Tuan Guru Presiden. Sepatutnya ahli PAS berbangga dengan kebijaksanaan pimpinan kita dalam mengenengahkan pemikiran di luar kotak. Tuan Guru Presiden juga ketika itu mengajak UMNO datang kepada PAKATAN ini dengan syarat ego UMNO mesti dibuang dan sanggup menerima ISLAM sebagai konsep pemerintahan.
Inilah bukti keterbukaan pimpinan PAS dalam menerima kemasukan UMNO dalam PAKATAN RAKYAT.
Kedudukan ahli PAS dan pimpinan selepas PRU12 semakin mencabar. Dalam keadaan PR ingin membentuk kerajaan dalam masa terdekat. Kebanyakan ahli PAS semakin lama semakin hilang kiblat kepada dasar perjuangan PAS. Ahli PAS lebih berminat ceramah yang berbentuk penerangan politik lebih daripada ceramah berkenaan dakwah harakiyyah.
Ahli PAS dilihat terikut-ikut dengan rentak politik PKR dan DSAI. Mungkin ada juga ahli yang menyatakan bahawa kewibawaan DSAI melebihi kelebihan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Hadi dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
Tetapi ahli PAS juga perlu ingat siapakah pimpinan yang berjaya memerintah dengan konsep Islam yang sebenar kalau bukan Menteri Besar Kelantan yang bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang.
Siapakah yang berjaya menjadi wakil ulamak dalam persidangan ulamak antarabangsa seperti persidangan Al-Quds, persidangan Majma’ Taqrib, persidangan gerakan Islam antarabangsa kalau bukan Dato’ Seri Tuan guru Presiden.
Siapakah yang berjaya mengubah undang-undang tubuh kerajaan Negeri Terengganu kalau bukan PAS yang bermenteri besarkan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden pada tahun 2000.
Sedangkan DSAI ketika berjaya berada dalam kerajaan bermula 1982 sehingga 1998 tidak berjaya dan mampu menghapuskan ISA, AUKU dan pelbagai akta zalim. Bahkan peristiwa Memali berlaku ketika beliau menjadi menteri kabinet.
Ketika berlaku peristiwa Memali, tidak ada satu pun kenyataan dari beliau untuk menentang kezaliman tersebut.
Jadi siapakah yang lebih berwibawa dalam memerintah. Ketiga-tiga pimpinan ini berpengalaman dalam kerajaan. Tetapi pimpinan mana yang mampu membawa keadilan ISLAM kalau bukan pimpinan PAS.
Penulis bukan berniat ingin mengimbau kenangan lama. Cuma sekadar ingin memperingatkan ahli PAS agar jangan terlampau kagum dengan DSAI melebihi pimpinan PAS yang istiqamah dan komited dalam perjuangan Islam melebihi segala-galanya.
jadikan kebersamaan PAS dalam PAKATAN sebagai hujjah untuk menggadaikan prinsip perjuangan parti.
PAS bukan sekali bertahaluf siyasi. Tahalus Siyasi sebagaimana yang diketahui umum bukannya pergabungan parti. Mungkin selepas ini berlaku pembubaran dalam PR. Tetapi adakah ketika itu ahli PAS berubah menjadi ahli PKR.?
Sebelum ini PAS pernah bertahaluf dengan S46, Hamim dan Berjasa yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Tahaluf ini berakhir pada tahun 1995. PAS juga pernah bertahaluf dengan Parti KeAdilan, PRM, DAP yang dikenali dengan Barisan Alternatif (BA). Tahaluf ini seakan-akan berakhir dengan keluarnya DAP dari BA pada tahun 2000.
ini PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP yang dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT (PR). Mungkin tahaluf ini akan berterusan atau mungkin akan berlaku dalam tempoh tertentu sahaja.
Tahaluf Siyasi ialah satu persefahaman untuk mencari titik pertemuan. Bukannya pergabungan parti. Umum mengetahui bahawa dasar PKR, DAP dan PAS cukup berbeza. persefahaman antara ketiga-tiga parti hanya berlegar dalam skop menegakkan keadilan dan menentang kezaliman UMNO.
Tahaluf juga memberi peluang kepada untuk berdakwah kepada ahli parti lain supaya dapat memahami konsep keadilan Islam yang sebenarnya.
TETAPI jangan kerana ingin merebut kuasa dari UMNO, PAS terpaksa korbankan konsep dan dasar perjuangan. PAS perlu tegas sebelum diberi kuasa. Jangan selepas mendapat kuasa PAS baru mula bertelagah.
Cukuplah pengalaman di afghanistan yang berpakat ketika berperang menentang Soviet Union, tetapi selepas menang masing-masing bertelagah untuk merebut kuasa. Akhirnya kuasa dirampas oleh Taliban yang bosan dengan perbalahan ini.
Biar PAS bertegas dengan dasar sebelum berkuasa supaya selepas mendapat kuasa secara kecelaruan hilang sama sekali.
Begitu juga dengan pimpinan PAS yang dilihat semakin hari semakin suka bercanggah sama sendiri. Isu muzakarah sampai sekarang masih ada pimpinan seakan-akan tidak berpuas hati dengan keputusan muktamar.
Terbaru ialah kenyataan dari Dr Mujahid Yusof Rawa yang mempertikaikan muzakarah kerana dapat mengurangkan sokongan bukan Islam kepada PAS.
Setiap keputusan muktamar perlu diperkuatkan dengan kenyataan pimpinan kepada semua ahli dan kelab penyokong walaupun mereka tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Cukuplah isu muzarakah, pertembungan Tuan Guru Nik Aziz dan Dato’ Mustafa Ali, Kritikan terbuka YB Khalid Samad kepada PAS Terengganu dijadikan pengajaran. Perlu semua ahli dan pimpinan bersatu di bawah satu pimpinan PAS yang memperjuangan satu Dasar iaitu ISLAM.
Hindarkan budaya kagum dengan pimpinan lain sehingga melupai pimpinan sendiri. Jangan lupa pimpinan sendiri lebih hebat dari yang lain.

www.attakiri.blogspot.com

Saturday, September 20, 2008

Zalim nya ISA


"Teresa Kok telah dibebaskan setelah seminggu di tahan di bawah Akta Jakun ISA. Bagaimana dengan Raja Petra? Apa jadi dengan keluarga Puan Norlela isteri Mat Shah Satray yang masuk tahun ketujuh dipisahkan dengan suaminya. Adakah tahun ini anak-anaknya sekali lagi akan terus beraya tanpa bapa mereka?
Ke manakah hilangnya rasa kasih sayang seorang manusia bernama Abdullah Badawi dan Syed Hamid Albar di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini?
Seandainya terbukti Mat Shah benar-benar terlibat dengan keganasan mengapa mereka tidak berani mendakwa beliau di mahkamah terbuka?. Kepada kaum muslimin dan muslimat yang sedang menghayati ibadah puasa tulus kerana Allah, anda sewajarnya dapat merasai penderitaan saudara seagama yang sedang dizalimi di Kem Tahanan Kezaliman Kemunting bersama dengan 70 lagi mangsa Akta Jakun terus terseksa bertahun-tahun tanpa kesudahan.
Cuba anda bayangkan wajah-wajah anak kecil yang dipisahkan dari bapa mereka tanpa sebab musabab. Hidup penuh derita bersama ibu mereka untuk mencari sesuap nasi. Ketika anak lain berbuka puasa disamping ibu dan bapa mereka dalam keriangan, mereka berbuka dalam kesedihan. Ketika anak lain bersama bapa mereka ke masjid surau untuk bertarawih, anak-anak ISA hanya mampu menemankan ibu mereka yang keuzuran, lemah longlai, sudah kering air mata menunggu kepulangan suami yang tak kunjung tiba. Tak terbayang di pagi Syawal nanti, betapa sedihnya anak-anak yang dipaksa hidup menderita oleh penguasa tak berhati perut. Kita di kampus ni, senang-senang jer nak balik kampung bercuti.
Atas nama keselamatan negara ,kamu menghalalkannya semua. Tangkap tanpa bicara, siksa di luar batas kemanusian.SB -SB berhati binatang, kamu tergamak kencing beramai ramai dan memaksa saudara kamu beragama Islam untuk minum kencing kamu(Pengakuan Malek Husin bekas tahanan ISA), syaitan jenis apakah kamu ini?. Tidak cukup lagi, kamu menyuapkan tahi anjing ke mulut saudara kamu yang kelaparan dan lemah tak mampu melawan!. Syaitan,iblis dan firaun pun terkejut dengan tingkah laku kamu. Teruknya manusia jenis ini.
Kepada saudara-saudara kami yang sedang menderita, bersabarlah sebagaimana sabarnya Nabi Allah Yusuf ketika di penjara. Yakinlah pertolongan Allah sebagaimana Ibrahim yang tidak hangus dibakar, pedulikan cemuhan manusia sebagaimana Nuh di cemuh kaumnya kerana membina bahtera di atas bukit.
Buat penguasa yang zalim Abdullah Badawi, Syed Hamid AlBar,SB2 dan semua tangan yang memberi undi sehingga kamu terus melakukan kezaliman, ingat lah apa kesudahan Firaun Ramsis yang yang angkuh dengan kekuasaannya, hanya musnah dengan air ,Namrud yang membakar Nabinya tewas dengan sang nyamuk, Abrahan yang mahu berperang dengan Allah Taala hancur dengan batu-batu dari neraka dan tentera burung. Apa sangatlah dengan kalian, hanya menunggu hari untuk diusung ke 'jirat'. Allahu Akbar, Hancur BN.
Kepada sahabat-sahabat di Kampus, ingatlah kepenatan atau kesengsaraan kita sangat kecil jika dibandingkan dengan mereka-mereka di luar sana. Mansuhkan ISA sekarang!!!

Thursday, September 18, 2008

Hantu dan Jembalang

Kepenatan bulan Ramadhan memang dirasai. Tapi apalah sangat kita ni, kalau nak banding dengan zaman Rasulullah, berperang dalam bulan Ramadhan. Sekarang, dengan siapa kita berperang?. Sedar tak sedar. hari ni dah 18 hari telah berlalu ramadhan. Ingat-ingatlah nasib sahabat kita di luar negara sana.


Hujung minggu baru ini (Ahad) sempat juga aku ikuti satu bengkel “Rawatan Alternatif” bertempat di kampus sendiri, mengetahui serba sedikit tentang alam ghaib (jin dan syaitan). Banyak juga ilmu yang aku dapat. Tapi tidak semua yang aku bersetuju dan berkenan. Dalam sesi rawatan(sebelah petang) tu, mula-mula ok lagi. Tapi makin lama, makin boring + geram dengan perangai makhluk halus ini. Sebab itulah aku tak mahu belajar dengan lebih mendalam. Cukup lah untuk diri aku dan orang-orang terdekat. Kerana syaitan ini memang tugasnya menyesatkan manusia. Jangan sampai kita terikut-ikut dengan nya…


RAMADHAN DAN PALESTIN


Nun di sana, saudara seakidah dengan kita sebagai seorang Islam atau atas dasar sifat kemanusiaan bagi bukan Islam, rakyat Palestin berada di dalam penindasan yang berterusan sehingga 60 tahun lamanya. Seolah-olah negara-negara Islam tidak melihat apa yang sedang berlaku di sana termasuklah negara jiran terdekatnya iaitu Mesir. Negara yang dahulunya adalah milik umat Islam tetapi dengan rakus, pihak zionis menguasainya melalui peperangan, pembunuhan dan perampasan tanah yang berterusan. Kedatangan ramadhan disambut oleh mereka sebagaimana persediaan yang dilakukan oleh umat Islam lain dengan penuh kesyukuran dan pengharapan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah swt agar kemenangan akhirnya akan menjadi milik umat Islam. Allah boleh sahaja memberikan kemenangan sebagaimana burung ababil melontarkan batu-batu kecil kepada tentera bergajah Abrahah dan begitu juga Allah berkuasa untuk menenggelamkan manusia yang zalim sebagaimana yang dilakukannya kepada pengikut nabi Nuh malah Allah sangat berkuasa untuk menebalikkan bumi yang dhuni oleh manusia zalim sebagaimana yang dilakukan kepada kaum nabi Luth. Semuanya itu menunjukkan kekuasaan Allah dan pada masa yang sama juga Allah boleh sahaja menghantar bala tenteranya membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang dengan penuh kegigihan sehingga akhirnya zionis lenyap di atas muka bumi ini. Kenapa ianya tidak berlaku di bumi yang penuh dengan keberkatan ini. Mungkin pertanyaan ini akan berlegar di fikiran ramai di kalangan umat Islam. Tidakkah ini merupakan satu ujian dan dugaan untuk umat Islam berfikir siapakah di kalangan mereka yang benar-benar berada dalam naungan Islam atau yang bersekongkol dengan zionis yang zalim. Tidakkah ini juga sebagai saringan kepada umat Islam untuk mengetahui siapakah di kalangan mereka yang benar-benar bersama dengan para pejuang kebenaran atau bersama-sama dengan mereka yang berada dalam kebathilan.


Ramadhan Satu Kemuliaan


Umat Islam yang menyedari hakikat kelebihan ramadhan dan tidak mahu dirinya termasuk dalam golongan yang bersekongkol dengan rejim zionis akan berusaha untuk membantu rakyat Palestin. Rakyat Palestin merupakan rakyat yang wajib dibantu tidak kira siapa kedudukan kita dan di mana kita berada. Jika masyarakat Barat berusaha membantu mereka atas dasar peri kemanusiaan, kenapakah kita sebagai umat Islam tidak rasa bertanggungjawab membantu mereka atas dasar satu akidah, ukhwah Islamiyyah dan peri kemanusiaan.. Kemuliaan ramadhan dengan ganjaran pahalanya perlu direbut apatah lagi memberi makan kepada orang yang berpuasa. Tidakkah Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya;


“Barangsiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardhu....” “ Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun”.


Peluang terbuka luas kepada kita untuk berbakti dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah apatah lagi kepada mereka yang wajib menerimanya iaitu rakyat Palestin. Mereka adalah wakil umat Islam yang sedang berjuang berhabis-habisan bagi menghadapi pencerobohan dan penindasan yang berterusan oleh rejim zionis. Itulah sebabnya Dr Yusuf Qardawi menyatakan duit riba pun halal untuk diberikan kepada mereka. Semuanya atas dasar keperluan mendesak yang mereka perlu terima disebabkan kesengsaraan yang dialami apatah lagi di saat negara-negara umat Islam membisu terhadap kejadian Holocust kedua yang berlaku di Semenanjung Ghaza.


Kemenangan-kemenangan umat Islam banyak berlaku di bulan yang penuh barakah ini. Tidakkah Badar menyaksikan bilangan yang sedikit mengalahkan bilangan yang ramai! Gambaran ini jelas sedang berlaku kepada rakyat Palestin yang berjuang dengan kebenaran. Mereka dikelilingi oleh rejim zionis yang disokong oleh kuasa besar dunia tetapi tetap mempertahankan walau seinci bumi ini daripada terus dinodai oleh najis Yahudi. Perjuangan mereka tidak boleh dikhianati melalui pengiktirafan kewujudan negara haram ini dan ramadhan perlu diinsafi bahawa perjuangan membebaskan tanah air umat Islam ini perlu dkongsi bersama oleh seluruh umat Islam. Janganlah ada yang mengkhianati perjuangan mereka untuk membebaskan Palestin. Allah memperigatkan kita melalui firmannya dalam surah al-Anfal ayat 27: Mafhumnya;


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui”


Hulurkan bantuan


Para pejuang kebenaran di Palestin wajib dibantu kerana mereka sebenarnya pahlawan-pahlawan Islam yang tidak rela walau seinci pun tanah mereka dikuasai oleh zionis. Mereka berusaha dan terus berusaha dengan penuh strategi dan tawakkal kepada Yang Esa agar kemenangan mutlak akan dicapai oleh mereka. Tidakkah menjadi satu kerugian kepada umat Islam jika tidak membantu mereka apatah lagi merekalah yang mengimarahkan Masjid al-Aqsa kiblat pertama umat Islam. Di saat umat Islam di Malaysia berbuka puasa di masjid atau rumah dengan juadah yang bermacam-macam, rakyat Palestin mengharapkan bantuan agar pengimarahan Masjid al-Aqsa dengan program berbuka puasa di kawasan yang penuh keberkatan ini dapat dilaksanakan. Ketika kita menjamu selera dengan aman tenteram, rakyat Palestin berbuka puasa dihadapan tentera zionis yang sentiasa mengacu rifel dan meriam kereta kebal mereka. Keperitan ini terpaksa ditelan oleh mereka dengan penuh kesabaran dan pengharapan sempena kedatangan ramadhan kali ini kerana mereka berkeyakinan bahawa Palestin akan dibebaskan sebagaimana dilakukan oleh Solahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Palestin daripada cengkaman dan penindasan tentera-tentera salib. Mereka pasti, berita kemenangan ini semakin dekat! Semoga Palestin hidup di hati umat Islam sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Insya’ Allah saya akan menjadi wakil BADAR (Mahasiswa Islam) KAL akan menghulurkan sedikit sumbangan kepada wakil NGO Aman Palestin bagi disalurkan kepada Ummat Islam Palestin. Kepada yang ingin memberi sumbangan, masih boleh boleh berurusan terus dengan saya atau presiden BADAR sendiri, saudara Hasli Halida atau saff-saff kepimpinan BADAR yang lain.


Sumber: http://www.amanpalestin.org

Friday, September 12, 2008

Tingkatkan pecutan

Artikel kali ini ditulis selepas balik dari usrah. Yang hadir cuma Azdmin, Rosman, Kamal dan juga aku. Inilah jiwa-jiwa yang dipilih kali ini oleh Allah s.w.t untuk berada dalam majlis ilmu ini.

Baru ni saya sempat menonton Buletin TV3(siaran tertangguh). Time part sukan, muncul berita seorang jaguh pecut Olimpik Beijing 2008, Usain Bolt disambut dengan penuh gilang-gemilang apabila sampai di tanah airnya, Jamaica.

Apa yang menarik untuk aku mahu dikongsikan di sini ialah keupayaan beliau memecut dengan kadar yang lebih laju untuk sampai ke garisan penamat. Sebagai seorang muslim, sepatutnya umur yang semakin menuju ke penamat, sepatutnya kita terus memecut dengan ‘amal soleh.

"I didn't come here to run the world record, because I was the world record-holder. I came here to win.", kata jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt setelah menang pingat emas acara 100 meter Olimpik Beijing 2008 dengan catatan terpantas di atas trek, 9.69 saat.

Begitu juga dalam bulan Ramadhan sekarang. Sedar tidak sedar sudah masuk fasa ke-2 (keampunan). Sebagai aktivis mahasiswa Islam yang bercita-cita untuk menggerakkan Islam, ini lah formula yang sepatutnya diambil dan ditiru.

Bayangkan jika beliau tidak mendepakan tangannya, tidak mendabik dadanya meraikan kemenangan meskipun belum menghabiskan perlumbaan atau tidak menoleh ke tepi melihatkan langsung tiada pencabar di sisinya, pastinya rekod baru dunia lebih baik dan lebih pantas. Fikirku, 9.50s adalah sesuatu yang amat senang buat Usain.

Usain Bolt adalah satu fenomena baru dalam percaturan manusia paling pantas di atas muka bumi. Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, langkah kaki beliau yang lebih besar dan lebih pantas daripada pelari-pelari pecut yang lain, dia pastinya terkehadapan di akhir permulaan walaupun lembab berlepas dari blok permulaan. Beliau memerlukan 41 langkah untuk menghabiskan 100 meter, anda pula berapa langkah?!

"Berdasarkan teori momentum dalam fizik iaitu P=Mv atau momentum (P) berkadar terus dengan Mass(M) dan velocity(v) , ini bermakna ahli gerakan ramai sekalipun tetapi tidak pantas dalam tindakan, memahami isu, membaca masalah dan macam-macam lagi yang memerlukan kepantasan maka kadar momentum sebuah gerakan itu tidak akan banyak berubah. Begitu jugalah situasinya jika ahli gerakan pantas bertindak tetapi kekurang tenaga pengerak untuk melakukan bebenan yang banyak menanti." -
Naib Presiden 2 GAMIS

Walaupun tempoh kepimpinan bakal berakhir, seharusnya kita semakin laju memecut. Bukan semakin memperlahankan larian. Beramallah selagi hayat dikandung badan.

Thursday, September 11, 2008

Memperingati Kejadian 11 Sept.2001 (WTC)

Sebelum aku mahu lelapkan mata ni, tiba-tiba sampai sms daripada cik Leni, beri peringatan tentang peristiwa 911. So, terpanggil juga untuk aku memberi sesuatu.

Pada waktu pagi, 11 September 2001, dua menara kembar World Trade Center dilanggar dua pesawat jet komersial dan secara ajaib runtuh secara TopDown menyembah bumi. Pemerintahan Bush menjadikan peristiwa ini sebagai "gong" untuk memula perang melawan semua musuh-musuh AS yang disebutnya teroris. Mengimbas kembali kejadian yang berlaku ke atas serangan mengejut bangunan (WTC) banyak teori dan pendapat berbeza diketengahkan oleh segelintir pihak. Lebih kurang 3,000 orang dianggarkan mati semasa kejadian itu berlaku. Pesawat American Airlines Penerbangan 11 (melanggar arah utara), Pesawat United Airlines Penerbangan 175 (arah selatan), Pesawat American Airlines Penerbangan 77 (menyerang Pentagon) dan Pesawat United Airlines Penerbangan 93 (kearah tanah). Semua pesawat ini dikatakan telah dirampas oleh para pengganas terutama al-Qaida. Benarkah tuduhan ini atau ada dalang disebaliknya?. Sehingga hari ini kesan psikologi sangat buruk terhadap Islam.


Kerajaan di bawah pimpinan Presiden George Walker Bush (Amerika Syarikat) menyalahkan al-Qaida di bawah pimpinan Osama Laden. Sehinggakan (AS) menyeru agar Afganistan menyerahkan Osama Laden untuk dibicarakan. Malah (AS) turut menyerang dan menzalimi rakyat Afganistan. Namun ramai penunjuk perasaan anti-AS dan hak asasi kemanusiaan menentang sepenuhnya tindakan (AS) yang menuduh tanpa sebarang bukti kukuh.


Malah teori Bush juga yang mengatakan bahawa pengganas yang menyerang (WTC) itu adalah di bawah pimpinan al-Qaida telah disangkal dan tidak dipersetujui oleh beberapa pihak di bawah pentadbirannya. Menurut kajian, walaupun ada bukti yang mengatakan terdapat beberapa
nama Arab di dalam pesawat itu, namun nama-nama itu ternyata masih hidup. Salah satunya, Waleed al-Shehri,yang dicurigai FBI, saat itu beliau ada di Maroko. Bahkan ada yang telah meninggal beberapa tahun setelah serangan itu.


Selain itu salah seorang mangsa yang terselamat iaitu William Rodriquez yang membuat lawatan ke Malaysia baru-baru ini untuk memberi penerangan mengenai di sebalik kejadian tersebut. Beliau menegaskan dengan semangat keberanian bahawa kejadian yang berlaku itu adalah bukan angkara sebenar pengganas Islam. Sebaliknya dia melahirkan keyakinan bahawa peristiwa tersebut sebenarnya telah dirancang dan didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tinggal di negara Amerika Syarikat (AS).


Lagipun amat sukar dipercayai sekali (AS) menuduh pergerakan Islam. Ini kerana, menurut pengalamannya, semasa berlakunya tragedi tersebut, terdapat letupan terlebih dahulu di tingkat bawah bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York sebelum dirempuh oleh pesawat itu. Malah menurut beliau yang berada disitu, pada masa itu bahagian bawah bangunan (WTC) juga dalam keadaan kosong serta lengang dan ia seolah-olah telah dirancang terlebih dahulu.

Malah beliau juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam penyiasatan pihak-pihak berkuasa (AS) mengenai kejadian tersebut. Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan (AS) mengenakan tindakan ketenteraan terhadap negara-negara Islam yang disyaki mempunyai kaitan dengan peristiwa itu.

Selain itu terdapat juga beberapa pihak yang dicurigai sebagai dalang di sebalik serangan ke atas (WTC). Antaranya, serangan itu dilakukan oleh bangsa Israel, menerusi laporan time.com, dari sekitar 6000 yang menjadi mangsa, hanya beberapa sahaja orang Yahudi. Padahal dalam kajian seramai 4000 orang Yahudi berada dan bekerja di dalam bangunan itu. Sebelum kejadian itu, kononnya orang-orang Yahudi telah diberi nasihat dan larangan agar tidak mendekati serta masuk ke dalam (WTC) pada hari itu. Malah menurut pengamatan salah seorang pakar Kabakln, Zaini Anshar Maulani (1939-2005), kemungkinan teori ini adalah benar. Menurut beliau, selama ini pun Israel sering memanfaatkan dan memprovokasi beberapa orang Arab fanatik untuk melakukan serangan bunuh diri itu. Ikuti kisah ’ReOpen Nine Eleven’. Berkebetulan dengan peristiwa ini, my brother, bro Juzlan pun lahir pada tarikh yang sama. Teringat pula kata-kata beliau dulu-dulu, ”Cukup lah peristiwa ni memberi hadiah”. Selamat hari lahir, cepat-cepat lah kawin...

Tuesday, September 9, 2008

Dibawah kepimpinan ulama’

Bulan Ramadan ini sesungguhnya adalah bulan terbaik untuk bermuhasabah. Dalam keadaan berlapar dan berdahaga maka wajarlah kita bawa hati kita untuk mengkaji semula tindakan dan perbuatan kita selama ini apakah ianya telah memberikan manfaat dan faedah khasnya buat Islam ataupun kita rupa-rupanya selama ini berada dalam keadaan merugi dan membawa padah kepadanya.

Memang sukar untuk berterus terang walaupun terhadap diri sendiri, tetapi mudah-mudahan keberkatan Ramadan akan mencetuskan keikhlasan sehingga membawa kita untuk mudah berterus-terang dan meneropong diri tanpa prejudis.

Di bulan inilah kita perlu mencuri peluang untuk banyak membaca dan mengikuti kuliah dan program agama bagi memantapkan kefahaman agama kita disamping memperbanyakkan membaca al-Quran, bersolat sunat, beriktiqaf dan berdoa.

Ia laksana suatu persediaan bagi membolehkan kita mengharungi dengan jayanya bulan-bulan berikutnya di luar Ramadan nanti. Mengkoreksi diri setelah bermuhasabah adalah latihan paling mulia jika kita mampu melalui dan melaksanakannya.

Kalau sebelum ini kita berselisih pandangan, berlainan fikiran berhubung kaedah dan pendekatan, bercanggah fikiran, maka di bulan yang Allah perturunkan al Quran inilah sepatutnya kita bersedia membongkar kembali segala-galanya, serahkan penyelesaian kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w., berdasarkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dikalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalams esuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya" (an Nisaa: 59)

Dan siapakah jika tidak yang lebih baik untuk kita gantungkan penyelesaian tadi selain mereka yang ahli di dalamnya. Tidakkah Rasulullah saw telah berpesan kepada kita bahawa ulamak itu adalah pewaris para Nabi.

Dalam ketiadaan Nabi dan Rasul maka ulamak Islam yang ikhlas dan beramal dengan ilmunya itulah yang sewajarnya menjadi rujukan kita, tanpa menafikan ada juga ulamak yang sebaliknya yang harus kita berwasapada darinya.

Bagi yang beramal dengan ilmunya dan menjiwainya pula itulah maka Allah telah meletakkan mereka pada makam yang istimewa dari kita yang awam ini. Tidak, mereka tidak maksum tetapi mereka dicampakkan dengan kelebihan dekat pada Allah lantaran ilmu dan amalan mereka itu. Allah SWT berfirman (Faatir : 28):

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun'"

Ulamak jenis ini adalah murrabi, mu'addib dan rabbani. Murrabi dalam ertikata mereka berusaha meningkatkan ketaqwaan kita bagi menagih janji Allah dalam Al Quran iaitu untuk mendapat pembelaan-Nya dan untuk memperoleh kesejahteraan dunia dan Akhirat.

Mu'addib pula iaitu pendidik yang mendidik kita sebagai manusia yang benar-benar beradab, sama ada beradab dengan Tuhan mahu pun beradab dengan manusia atau makhluk. Manakala Rabbani pula adalah mereka ini dekat dengan Allah, llmu mereka langsung diberi oleh Tuhan. llmunya bukan sahaja dimiliki, malah diamal dan dihayati.

Lantas dalam dunia yang serba penuh dengan pancaroba dan dugaan ini, selain kita bergantung hidup pada fakta, ilmu dan logik akal, sebagai seorang Muslim, kita terikat untuk tidak melepaskan diri dari tali ikatan kita dengan Allah SWT. Bagaimana caranya jika tidak kita berada bersama para ulamak dalam setiap suasana dan ketika. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan jalan dan laluan, kini terpulanglah kepada kita untuk memilihnya ataupun tidak.

Allah SWT berfirman (al Ahzab: 1-3),

Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.”

Dan ayat-ayat Allah ini diakhiri dengan ayat ke 4 yang berbunyi:

(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.

Dalam tafsir al Jalalayn yang menghuraikan ayat ke 4 di atas sebagai:

Allah tidak meletakkan dua hati dalam tubuh mana-mana manusia. Ayat ini bermaksud menafikan tohmahan golongan musuh yang kononnya mereka memiliki dua hati lantas melaluinya mereka dapat berhujah lebih baik berbanding Muhammad yang punya hanya satu minda.

(God has not placed two hearts inside any man: [this was revealed] in order to refute those disbelievers who said that they each had two hearts with which they could reason better than Muhammad's single mind)

Mudah-mudahan kita terus diberi peluang untuk bernaung di bawah para ulama’ yang seumpama ini. Semoga mahasiswa-mahasiswi Islam yang masih lagi berada di kampus mampu menggalas dan menjadi mengganti kepada para ulama’ yang mukhlisin dalam memimpin ummah pada masa yang akan datang. Di harap Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, selamat menjalankan ibadat puasa Ramadan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada: Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Sdr. Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir)