Thursday, December 31, 2009

Melengkapkan manhaj Kampus


Assaamu'alaikum
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah azzawajalla, yang telah menganugrahkan taufiq kepada insan-insan yang terpilih. Bersama-sama dengan sahabat UMS dan juga kampus-kampus lain, dapat melalui satu daurah yang saya kita sangat-sangat berguna buat diri dalam mendepani cadaran yang begitu mencabar pada masa akan datang. Semoga Allah s.w.t terus memberi taufiq kepada semua pembaca.




Guruku, Al Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Bin Haji Ismail

Mahligai para tolabatul Ilmi

Perbincangan luar

Riadah pada sebelah petang

Guru bersama adik-adik ma'had tahfiz

Setelah selesai pengajian

Guru bersama sebahagian pelajarnya

p/s: Selamat menyambut tahun baru hijrah Rasulullah s.a.w 1431H

Monday, December 7, 2009

Mahasiswa lagikah?

Sudah sekian lama saya tidak update blog ini. Semenjak pulang ke kampung, saya terpaksa menukar sedikit aktiviti harian berbanding dengan di kampus sebelum ini. Perjumpaan bersama dengan para mahasiswa sebelum ini memikirkan kepada saya, betapa pentingnya golongan cendiakawan ini dalam membantu gerakan Islam. Masalah utama penduduk setempat, terutama di kawasan hulu ini ialah masyarakat masih kekurangan ilmu pengetahuan. Benarlah kata-kata: "Musuh orang yang 'alim itu ialah jahil". Sebab itu orang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w di gelar "Abu Jahal"(bapa orang jahil). Mahasiswa wajib membantu.
Ilmu perlu dipandu dngan wahyu Ilahi

Betapa ramai pula golongan yang terpelajar tidak memenuhi tuntutan panduan wahyu ni?. Saya menyedari pentingnya golongan-golongan yang telah dijinakkan hatinya dengan ilmu ini dipandu dengan ilmu wahyu. Sebab itu semasa pertemuan baru-baru ini saya mencadangkan mahasiswa perlu membantu mana-mana adik yang ingin memasuki Universiti dengan pendedahan awal mengenai situasi dan cabaran di kampus. Saya yakin semua ini ada dibuat, tetapi tidak menyeluruh. Buktinya, dikampus-kampus kecil seperti di kampus saya ini, aktivis-aktivis kampus mula kenal Islam dan aktiviti dakwahnya hanya di kampus semata-mata.
Tarbiah adalah priority

Ramai manusia yang memandang lekeh atau sebelah mata pada tarbiah. Apa lagi aktiviti-aktiviti nya. Akibatnya, akan wujudlah perpecahan dalam persatuan. Kalau Persatuan tidak dapat memenuhi kemahuan tarbiah kita, ayuh kita sendiri yang perlu mencarinya.

Thursday, November 19, 2009

Tahniah buat ‘Alim



Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Abdul ‘Alim Mohamed kerana telah memperolehi 5A dalam UPSR 2009. Perjalanan kejayaan ini bukan lah sudah berakhir, tetapi ianya baru bermula.




Wednesday, November 18, 2009

Sayonara


Terasa masa cepat betul berlalu. Pejam celik - pejam celik, dah habis semester. Dah habis belajar. “Lepas ni apalah plan A.Long nak buat?”, tanya seorang adik ku. Aku terdiam seketika. “Kawin la, apa lagi”, jawab ku dengan nada bergurau. Soalan tadi terlalu abstrak untuk aku menjawab. Penerbangan MAS jam 7.45 am dari Labuan membawa aku ke KLIA. Sepanjang pengajian aku selama 7 semester di UMSKAL ini, banyak mencipta kenangan pahit manis dan suka duka. Manusia sering silih berganti. Tapi bangunan UMSKAL masih lagi kukuh berdiri. Menanti tetamu yang ingin mengisi tempat di dalam perutnya. Kepada adik-adik penggerak dakwah UMSKAL, Islam tidak mati dengan matinya rasul atau tokoh ulama’ dan pemimpin, tetapi ia terus berjalan dan mengalir seperti mengalirnya air sungai dari hulu ke muara. Bi’ah soleh perlu di suburkan di KAL. Sekretariat Masjid (SM) adalah medan terbaik setakat ini. “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Jangan lupa doa kan untuk saya juga. Selamat bercuti. Sayonara, sampai berjumpa lagi!

Friday, November 6, 2009

Kita membantu atau mambatu?

Semenjak kebelakangan ini saya ada menerima berita tentang masalah sosial yang bertambah serius yang berlaku di Labuan ini. Baik di kampus mahu pun remaja sekolah menengah diluar sana. Walaupun cerita berkenaan zina dan gejala sosial ini banyak didedahkan, tetapi nafsu serkah manusia ini tetap tidak dapat dibendung oleh undang-undang manusia. Keseronokan sementara inilah yang sentiasa dicari oleh manusia hari ini. Kalau begini, berapa ramaikah lagi yang akan menjadi mangsanya?. Berapa ramai anak luar nikah akan lahir?. Runtuhnya institusi keluarga.


Dimana silapnya?

Benarkah ini Negara Islam?. Atau Negara milik orang Islam?. Sistem tinggalan penjajah yang kita terus bawa ini lah yang membawa umat Islam berada dalam belenggu ini sekarang. Sistem yang tidak meletakkan islam di tempat yang paling tinggi. Sistem kokurikulum pendidikan yang semakin bercelaru menyebabkan rosaknya moral dan akhlak para remaja. Dimana status pendidikan agama diletakkan?. Hanya syarat lulus sahaja sudah mencukupi. Agenda PPSMI sangat berat ditekankan sehingga pendidikan agama langsung terkeluar dari topik perbincangan. Ini lah sistem pendidikan yang diguna pakai di Negara 1Malaysia.


Bolehkah lagi kita menjadi penonton?

“Kamu ini cakap saja pandai, apa yang kamu dah buat?”. Soalan tempelak ini biasa diajukan kepada saya. Tetapi bukan jawapan ini yang saya ingin memberitahu, tetapi saya ingin mengajak para pembaca menilai, sudah cukup usaha kita selama ini. Adakah kita menjadi pembantu untuk mengatasi masalah ini atau kita hanya MEMBATU?. “Biarkan sahaja, zina tu bukan dari keluargaku”. Saya bimbang kata-kata ini mengundang azab daripada Allah s.w.t. Bolehkah lagi kita hanya duduk di bilik, Dewan Kuliah, Kafe atau di Masjid atau sekadar menjadi menonton kepada episode keruntuhan akhlak masyarakat. Cukupkah kita untuk menjadi pengkritik dari belakang?. Bila diberi tugas, menolak dengan pelbagai alasan. Akademik, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. “Saya tak mahu masuk persatuan ni sebab kuat sangat berpolitik”. “Ok, baik, sekarang kamu mahu buat apa untuk selamatkan umat ini?”. Cukupkah kita hanya berdoa…?. Surah At-Taubah, ayat 38-39 boleh memberi jawapan kepada persoalan-persoalan tadi. Dulu mahasiwa yang mempunyai kesedaran ramai juga, tetapi entah kemana menyepi… Ya Allah!,di mana aku disisiMu.


Hentikan percakaran dalaman

Sebenarnya kita telah banyak membazir masa dengan percakaran dan perbalahan sesama sendiri. Musuh juga sedang bijak menyusun strategi untuk mematahkan kemaraan kumpulan Islam. Pasti mereka tidak akan memberi kemenangan percuma!. Kenapa kita terlalu marahkan sahabat kita sehingga melebihi musuh sebenar?. Kita telah lari dari fokus sebenar. Dalam sistem Demokrasi yang ada sekarang Pilihanraya adalah tempat terbaik untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Pilihanraya semakin hampir. Ayuh, kita tinggalkan zaman gelap dah zaman jahiliah ini!. Masa depan hanya untuk Islam!.

Tuesday, November 3, 2009

Monday, October 12, 2009

Sekitar Majlis Mesra Aidilfitri 2009


Pada Ahad, 11 Oktober yang lepas, PSSL telah berjaya menganjurkan majlis Mesra Aidilfitri 2009. Golongan sasaran ialah Ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, bekas peserta Kem Intelek Madani (KIM), dan ahli Badan Islah dan Tarbiah (BAIT) Sek. Men. Sains Labuan. Tahniah diucapkan kepada warga menggerak di sini yang diketuai oleh Saudara Adzmin Awang





Monday, October 5, 2009

Tanda-tanda keruntuhan besar


Ketika saya sedang meninjau berita-berita menatik di Pantai Timur, tiba-tiba ternampak lagi satu berita yang kurang baik. Ceritanya pasal satu Masjid di Kerteh, Terengganu telah mengalami keruntuhan di bahagian bumbung. Ini antar episod-episod sedih tantang banyaknya kejadian runtuh dan rosak projek-projek baru di terengganu. Bermula runtuhnya bumbung dewan sekolah menengah, bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin, kolam renang pula bocor di pusat akuatik pantai Batu Buruk dan kini bumbung masjid pula runtuh. Masjid ini adalah hasil wang rakyat menelan belanja RM 2.1 juta.


Dalam kita mendengar banyak bencana gempa bumi di Sumatera, dan tempat-tempat lain, kenapa pula kawasan tersebut yang tidak mengalami walaupun sedikit gegaran, tiba-tiba runtuh?.Dimana ketelusan lagi dalam mengurus wang rakyat?. Kalau masjid sebegini indah boleh runtuh walaupun baru sahaja disiapkan, apa lagi yang akan runtuh selepas ini. Lambat laun kerajaan juga akan runtuh akhirnya.

Saturday, October 3, 2009

Bebaskan diri dari kezaliman

Salam PRK Bagan Pinang,

Dalam Kesibukan para petugas PR di Bagan Pinang, kami di Borneo hanya mampu memberi sumbangan doa dan mengikuti perkembangan melalui media sahaja. Diharap kan rakyat akan menjadi hakim sekali lagi menolak pemimpin yang sentiasa bergelumang dengan RASUAH!

Sunday, September 27, 2009

Salam Edul Fitri


Kesempatan untuk terus beraya di perantauan kali ini diambil dengan bertandang di Kota Belud. Ketibaan aku pada petang sehari sebelum 1 Syawal di sambut oleh Adzmin dan terus ke rumah jirannya. “Ada apa di sana, Min?”, Tanyaku. “Kenduri”, Jawab Adzmin ringkas. Pengalaman berbuka puasa dalam kereta dan disambung dengan keduri arwah pada malam itu memberi pengalaman baru di tempat orang. Pengalaman berhari raya di rumah Adzmin sekali sekala mengingatkan aku suasana di rumahku. Sengaja aku tidak balik walaupun di kampung aku diadakan beberapa siri pertemuan, kunjung mengunjung, kenduri kahwin, dan lain-lain. Itu lah kos lepas namanya. Layanan istimewa ini membuatkan aku terharu dan serba salah dibuatnya. Terutama Ibu Adzmin yang sangat rajin menyediakan juadah hari raya.

Harapan dan amanah pelajar tahun akhir untuk menyampaikan sumbangan pakaian kepada yang memerlukan akhirnya tercapai apabila kami berpeluang ke Kampung Tampios, Daerah Ranau. Pertemuan dengan Cikgu Joseph, selaku otai (ketua kampung) sangat mesra seakan-akan mengenali kami sudah setahun.

*P/s: Gambar akan menyusul kemudian

Tuesday, July 21, 2009

Dibunuh Kerana Bertudung

Isu Natrah ialah simbol kontroversi cinta Islam-Kristian macam lagu Isabella Search tu, di Singapura pada zaman 60 an. Jika Michael Jackson menjadi persoalan meninggal dalam Islam atau tidak, Natrah ini mati dalam Kristian. Natrah pernah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Islam pada umurnya 13 tahun sebelum berlakunya kisah pertumpahan darah di Singapura sebelum dilarikan oleh keluarganya. Saya terbaca satu lagi kisah sedih juga kisah pertembungan agama. Islam yang dilabel sebagai pengganas menimbulkan kebencian yang amat dalam kepada seorang penggangur. Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.


Seorang wanita ditikam 18 kali di kamar mahkamah di Jerman kerana bertudung!


Marwa el-Sherbani, seorang ibu yang mengandung anak kedua, ibu seorang anak kecil tiga tahun ditikam di hadapan suaminya.Tidak cukup dengan itu, suaminya yang bergelut untuk menyelamatkan muslimah itu, turut ditikam tiga kali dan kemudiannya ditembak oleh Polis

Kisah ini bermula Ogos 2008, tatkala Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.


Malangnya, Rabu lepas, Alex menikam wanita tidak bersalah itu 18 kali di kamar Mahkamah selepas Mahkamah mengisytiharkan mujahidah tersebut menang kes terhadap lelaki tersebut dan lelaki dikehendaki membayar 2,800 Euros sebagai denda atas penganiyaan lelaki tersebut.

Marwa, seorang warganegara Mesir 32 tahun, merupakan isteri kepada seorang ahli akademik Mesir yang ditaja ke Jerman. Suaminya, yang juga tercedera ketika kejadian dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital, di antara hidup atau mati.


Seorang blogger, Zeinobia melahirkan kedukacitaannya dalam post bertajuk “What If She Were A Lesbian (Bagaimana Kalau Dia Seorang Lesbian)", dan berkata,


The woman is 32 years Marwa El-Sherbini , she was a pregnant in her second child when she was was stabbed.[…]This is for sure a hate crime but unlike other hate crimes like homophobic crimes or anti-Semitic crimes, it did not make the headlines abroad and I do not know why !! This is a racism crime , a woman is shot down stabbed like that so simple in the court room for God sake and it is not important to be covered in the media as it should !! She was a mother who was a pregnant for God sake !!May Allah bless her soul , she is a martyr of racism and hate.


Wanita ini ialah Marwa El-Sherbini, 32 tahun, tengah mengandung anak kedua apabila ditikam.
[...]


Sesungguhnya, ini adalah jenayah kebencian, tetapi tidak seperti jenayah kebencian yang lain seperti jenayah Homofobik atau jenayah anti semitik, hal ini ditidak diuar-uarkan media dan saya tidak tahu kenapa!! Hal ini adalah jenayah perkauman, seorang wanita ditikam dengan begitu mudah di kamar mahkamah dan tidak dilihat penting untuk dipaparkan media seperti yang sepatutnya!! Dia seorang ibu yang mengandung!!
Semoga Allah merahmati rohnya, dia seorang syahidah dek perkauman dan kebencian.
*****
Ahmed Esmat mempersoalkan di Twitter sebagaimana Hisham Maged di dalam blognya, sambil bermain permainan "andai katalah",


Let us play the What IF game, just imagine if the situation was reversed and the victim was a westerner who was stabbed anywhere in the world or -God Heaven- in any Middle Eastern country by Muslim extremists, or even what the media used to call ‘minorities’ in Egypt! You definitely would have heard the world’s buzzing and the internet goes down too!


Mari kita bermain "andai katalah". Bayangkan, andai katalah situasi ini diterbalikkan dan mangsa adalah seorang Barat yang ditikam di mana-mana atau di negera Timur Tengah oleh seorang Muslim, atau apa media sebutkan sebagai "minoriti" di Mesir! Pasti awak akan mendengar dunia bising dan internet juga begitu!

Bikya Masr, seorang yang blogger, mempersoalkan jika Marwa boleh dijadikan simbol atau ikon untuk menyatukan manusia. Dia menuntut tindakan diplomatik segera di semua peringkat;


Across the Middle East, anger is high. This anger, however, cannot fall into random diatribes against Germans, or Germany. It must maintain some semblance of coherence for any campaign that should be established to succeed. And it will if Sherbini truly is a symbol that can bring people together much like Neda in Iran did.[…]


Do people believe Sherbini is a symbol? […] Egyptians should be outraged that a woman was verbally abused for wearing the veil and being Egyptian in the first place. The government should be sending a strong signal to Europe that this behavior is unacceptable, but they remain silent. That leaves it to the Egyptian population to take action.[…]


Let us walk the streets in front of the German Embassy and demand a full investigation and report. Because if Germany cannot do this, then it once more proves that European hate for Muslims and Arabs is stronger than their so-called “freedom.” Yes, Marwa is a symbol, but she should be a symbol to bring people together, not divide them.


Seorang lagi blogger, Sadafat menulis;


لو أن يهوديا أصيب بكلمة أو مزحة ثقيلة في ألمانيا لأقامت رئيسة الوزراء الدنيا ولم تقعدها ولتنادت فوكس نيوز وسكاي نيوز بالدفاع عن العنصر السامي واعلان الحرب على اعداء السامية، وأما الأخت المصرية هذه فلا بواكي لها

.
يجب ان تعلن الحكومة الألمانية ان هذا التصرف يمس المسلمين، يجب ان تضع في دستورها للغالبية الثانية من الديانيات وهم المسلمين حقوقا تحفظهم من العداء ضد الإسلام.


Jika seorang Yahudi terguris, di Jerman, walaupun dek sebutir perkataan atau jenaka, perdana menteri akan melakukan segalanya, dan memanggil Fox News dan Sky News untuk membela Semitisme dan mungkin mengisytiharkan perang terhadap antisemitisme. Tetapi, tidak ada seorang pun akan melaungkan untuk seorang wanita Mesir yang terbunuh di sana. Kerajaan Jerman sepatutnya tahu ini akan memberi kesan kepada Muslim dan sepatutnya meletakkannya di perlembagaan untuk majoriti agama kedua di negaranya, iaitu Muslim, atas haknya atas perlindungan dari kebencian terhadap Islam. Ramai blogger Mesir melahirkan kedukacitaan mereka di Twitter.


Blogger Lasto Adri menyatakan,


بعد أن قال الغرب أن قاتل مروة الشربينى لا يمثل ألمانيا، وأن الحادث مجرد عمل فردى


لا أتوقع من الغرب -ذاته- أقل من أى يلغى من كل معاجمه فكرة أن المسلمين إرهابيين، ويؤمن أن بن لادن وأعوانه -مثلا- لا يمثلون العرب أو المسلمين فى شئ، وأفعالهم كلها فردية!


وعلى رأى المثل.. لا تعايرنى ولا أعايرك.. دا التعصب طايلنى وطايلك!



Selepas Barat menyatakan pembunuh Marwa tidak mewakili Jerman, dan insiden itu adalah aksi individu, saya tidak mengharap lebih dari Barat untuk memadamkan pandangan yang Muslims adalah terroris, dan untuk mempercayai Bin Laden dan rakan taulannya - sebagai contoh tidak mewakili Arab mahupun Muslim dalam apa-apa perkara, dalam semua perkara yang mereka lakukan sebagai aksi individu!


Ada peribahasa menyatakan;


Jangan menyalahkan saya apa yang kamu lakukan juga. Kita berdua punya "ekstrimisme" yang sama


MASYARAKAT KIAN MEMBARAH


Saya mengenang tindakan seorang khalifah yang lantas mengarahkan seluruh tenteranya memerdekakan seorang Muslimah dek Muslimah itu dihina di negara Kufar. Nyata hari ini, perwira pembela Muslimah kita belum muncul lagi. Mari kita usahakan dan doakan agar terus-menerus kita mengerjakan kerja-kerja pencerahan ini agar lahir dalam kalangan kita satria yang mampu memimpin Ummah. Seorang hamba kepada Rabb dan seorang Khalifah Rabb pemakmur alam semesta. Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada para pejuang Islam diserata dunia.

Tuesday, July 14, 2009

Rejab Menggamit

Salam Rejab

“Maha suci Allah s.w.t yang telah menjalankan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w) pada waktu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (Bait Maqdis, Palastin) yang kami berkati di sekelilingnya untuk menunjukkan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Ayat dari surah Isra’ ini selalu dibaca oleh ummat Islam apabila masuknya bulan Rejab kerana ada ulama’ mengatakan ianya berlaku pada bulan Rejab. Tetapi para ulama’ tidak ada kata sepakat tentang tarikh dan bulan sebenar berlakunya peristiwa besar ini. Sesungguhnya peristiwa ini benar-benar telah menguji keimanan ummat Islam setika itu yang baru mengenal aqidah Islam. Sebelum itu proses tarbiah daripada Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w berlaku dengan wafatnya dua orang penyokong kuat Baginda,iaitu isteri tercinta, Ummul Mukminin Khadijah r.a dan juga bapa saudara , Abu Talib. Berlakunya peristiwa ini antara tujuan lain kerana ingin menghiburkan baginda yang masih dalam kesedihan dengan kematian dua orang penting ini. Juga ianya berlaku sebelum berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w.

Suasana semasa
Sememangnya telah menjadi suatu cara pentarbiahan (pendidikan) di dalam Al-Quran dengan menjadikan kisah-kisah dan cerita-cerita lalu sebagai pengajaran dan iktibar kepada ummat di kemudian hari. Saya ingin mengajak para pembaca sama-sama menggali dan memberi pendapat tentang ibrah (pengajaran) disebalik berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini dalam konteks semasa.

Logika?
Golongan-golongan yang berfahaman liberal selalu munggunakan hujjah akal semata-mata tanpa mengakui bahawa sifat akal itu adalah lemah dan sangat terbatas. Awas, manusia sebegini ada dikalangan kita. Hari ini makin ramai manusia yang tidak meyakini hakikat keadilan Islam. Mentakwil (mempertikai) sebahagian ayat-ayat Allah s.w.t. Contonya pembahgian harta pusaka (faraid), aurat, riba, jenayah, pendidikan, politik, ekonomi dan sebagainya. Siapakah yang mencipta kita?. Dimana kita membaca dan melihat manual kehidupan?

Pasang surut
Dalam dakwah, banyak ujian dan tapisan daripada Allah s.w.t. Sebelum berlakunya israk dan mikraj, Rasululllah s.a.w telah pun di uji dengan hebat sebelum dapat mendirikan kerajaan Islam di Madinah. Mengamalkan ajaran politik Islam. Menawan Parsi dan Rom. Demikianlah tinggi nya keyakinan dan optimis Rasulullah s.a.w terhadap kemenangan Islam. Pada zaman ini, selepas haruhnya khilafah Islam terakhir Turki Uthmaniah, adakah Islam sudah tidak akan bangkit lagi?.

Mungkin inilah sedikit peringatan dan perkongsian kepada para pembaca sekalian untuk sama-sama memberi sumbangan kepada usaha membangunkan Islam mengikut kadar kemampuan masing-masing, wallah ‘aklam.

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan- Ujian Daripada Allah


Melihat suasana sehingga hari ini semakin kusut, izinkan saya insan yang kerdil ini melontarkan sedikit pandangan di sini. Bagi saya, sebenarnya isu Unity Government(UG) ini berlaku bukan saja-saja. Bahkan Allah S.W.T yang Maha Suci dari menaqdirkan sesuatu itu berlaku FREE dari hikmah dan tujuan!. Ia mengandungi semacam satu TEST bagi menguji sejauh mana kematangan dan kesediaan Jemaah yang kita dokong untuk melangkah lebih jauh kehadapan. Kita belum lagi berjaya mentadbir diperingkat pusat namun awal-awal lagi dah ramai yang gagal dalam "soalan" Wala' dan Thiqah' pada pimpinan. Bala paling besar sepanjang sejarah yang menimpa umat ialah dalam bab WALA' & THIQAH ini lah.

Perkara ini kita belajar di kampus, sekarang inilah masanya. Kekalutan ini hanya dapat ditempuhi dengan jayanya oleh ahli PAS yang dari awal berjuang dalam PAS dengan Ilmu, termasuk ilmu-ilmu tentang adab, akhlak dan fiqh da'wah, selepas tu keikhlasannya pula sangat 'mendalam' jauh dari segala sifat-sifat jahiliyyah yang sebenarnya masih banyak lagi separuh dari kita anuti (seperti ta'sub pada individu-individu tertentu dalam Jemaah, membeza-bezakan antara pimpinan, bersifat assobiyyah kenegerian dan kepuakkan, tidak bersedia pendapatnya ditolak oleh jemaah dll) sedarlah wahai sahabat-sahabat semua, serahkanlah urusan besar seperti isu UG ini kepada pemimpin-pemimpin kita di atas sana, berbaik sangkalah pada mereka SEMUA! Jagalah lidah dan hati-hati kita semua..besar sekali kemurkaan Allah S.W.T terhadap kesilapan kaum yang menyanggahi pimpinannya dngan hawa nafsu melulu dan penuh prasangka sepertimana kaum syiah lakukan terhadap Saidina Ali R.A dahulu. Awaslah, lingkarilah diri kita semua dengan akhlak mulia lebih-lebih lagi terhadap para pemimpin kita selama mana mereka tidak melakukan sesuatu yang JELAS BERTENTANGAN dengan SYARA'. Perkara UG ini hanyalah lontaran suatu idea sahaja, belum lagi diputuskan Syura pimpinan. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 mafhumnya;

"...Boleh jadi apa yang kamu bencikan itu sebenarnya baik bagi kamu..dan boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu".

Tidak perlu kita semua tersasul jauh sampai tergamak menghukum salah, sesat atau seumpamanya terhadap orang yang melontarkan idea UG ini, lebih-lebih lagi orangnya adalah Presiden kita sendiri. Apakah kita semua tahu bahawa idea UG ini termasuk dalam soal-soal IJTIHADIYYAH?? . Apakah salah sebahagian pimpinan kita yang jauh lebih berilmu dan wara' untuk berijjtihad? . Sebenarnya agak ramai pimpinan kita selain presiden (yang miliki komitmen dan akhlak perjuangan yang tinggi serta pengorbanannya dalam perjuangan PAS selama ini ) juga turut berpendapat menyokong idea UG ini?.

Oleh itu berilah ruang dan peluang mereka semua untuk mengemukakan hujjah dan alasan nya, yang membantahi pula hendaklah sama berbuat demikian) kerana masih ramai yang belum memahami apa itu UG (manusia memusuhi perkara yang mereka tidak tahu- Hukamak) maka timbullah kekalutan sebegini. Ramai yang mengira kerajaan perpaduan sama dengan kerajaan campuran sedangkan jauh beza antara keduanya!. Banyak perkara harus dikaji sebelum menerima atau menolaknya, namun sebaiknya pengikut bawahan seperti kita haruslah bersabar dan mengawal diri dari terjerumus ke lembah perpecahan semata-mata kebodohan dan semangat buta. Ingatlah pemimpin di atas melihat lebih jauh dan skop pandangannya lebih luas, berbanding kita yang di bawah..jauhi perpecahan dengan membeza-bezakan pimpinan kerana itulah ciri utama golongan munafiqin sepanjang zaman! Wallahu a'lam

Monday, June 15, 2009

Al Fatihah Untuk Pejuang Islam Ustaz Fathi Yakan

AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 - 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.-Al-Fatihah-

Tuesday, June 2, 2009

Pemikiran P Ramlee

Saya baru sahaja selesai menonton filem “Nujum Pak Belalang” yang entah keberapa kali sudah di tonton. Itu lah bisa penangan filem Allahyarham P Ramlee. 29 Mei, masyarakat seni dalam negara mengenang ulangtahun ke 36 pemergian Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, yang meninggal akibat satu kemalangan jalan raya pada tahun 1973.

Walaupun sudah 36 tahun P Ramlee meninggalkan persada seni, namun namanya terus popular, malah turut digemari oleh anak-anak generasi millenium, walaupun kebanyakan filem yang disiarkan hanyalah hitam putih.

Menyusuri gelagat Seniman Agung ini, menyebabkan anak-anak kecil ketawa terkikik-kikik, menghafal dan mengulangi dialog-dialog lucu beliau, buat gurau senda bersama rakan taulan. Jika kita melihat dan menghayati mesej sinikal yang disampaikan beliau, dalam beratus filem, sama ada yang dilakonkan atau diarahkan P Ramlee.

Walaupun P Ramlee berkarya dan berlakon pada era 1950-an sehingga awal 1970-an, namun kebanyakan filem-filem beliau boleh dijadikan contoh realistik sepadan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini.

Pada tahun-tahun tersebut, Malaya atau Semenajung Tanah Melayu masih lagi mundur dan kuno. Kuala Lumpur dipenuhi hutan dan lombong-lombong bijih timah. Kuala Lumpur pada ketika itu masih lagi dalam kategori kampung.

Pengangkutan awam masih terkebelakang, tiada bangunan pencakar langit, tiada televisyen, tiada handphone, jauh sekali internet.

Namun, P Ramlee mempunyai minda terkehadapan dalam membentuk dan menyampaikan mesej yang berani kepada masyarakat melalui filem lakonan dan arahan beliau. P Ramlee berani memaparkan sketsa mengenai kezaliman dan ketidakadilan Sultan atau pemerintah, ketidakadilan hakim, sikap berat sebelah pihak berkuasa, ketamakan penguasa atau golongan peniaga, penindasan terhadap golongan miskin dan banyak lagi.

Filem 'Hang Tuah' mempunyai mesej yang mendalam mengenai ketaatan rakyat walaupun golongan Istana berlaku tidak adil. Lawak dalam filem 'Nujum Pak Belalang' memaparkan ada Raja yang sanggup bertaruh (dalam konteks sekarang berjudi), filem 'Laksamana Do Re Mi' misalnya memaparkan bagaimana hancurnya kerajaan negara 'Pasir Dua Butir' akibat kezaliman Menteri Fasola, juga bagaimana keuntungan berlipatganda diraih hasil jualan 'hamba abdi' seperti dalam filem 'Tiga Abdul'.

Sidang bawah Dewan Undangan Negeri Perak yang diadakan di bawah pokok, ditamsilkan kini seumpama arahan Raja negara 'Pasir Dua Butir' kepada memanda menteri dan laksamana yang kehilangan kuasa akibat kezaliman perampas kuasa yang tamak. Banyak lagi misal-misal yang boleh disebutkan.

Hakikatnya, sebahagian besar intipati mesej yang dibawakan oleh P Ramlee dan rakan-rakan karyawan waktu itu, memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, negara, pemerintah dan golongan istana.

Namun keberanian dan kebenaran mesej yang disampaikan oleh P Ramlee sudah tidak wujud kepada karyawan filem mahupun drama yang ada hari ini. Banyak filem-filem tempatan sekarang lebih berunsurkan hiburan semata, lalu dimasukkan elemen tahyul dan mistik bagi meraih jumlah kutipan dan penonton.

Hari ini kita tidak akan dapat melihat ketidakadilan pihak istana, walaupun mungkin ia benar-benar wujud. Kita tidak akan dapat menyaksikan kezaliman penguasa, khususnya polis dan kita tidak sesekali akan dihidangkan bagaimana ketidakadilan undang-undang.

Jika kita menonton filem Hindustan, karyawan mereka lebih berani, mempunyai minda yang terbuka untuk memperjuangkan hak rakyat dan mempamer jenayah golongan penguasa.

Malangnya, minda masyarakat hari ini 'dimandomkan' oleh filem dan drama yang stereotaip. Semuanya pengampu dan pemuji penguasa. Apabila golongan karyawan kita mempunyai sifat sebegini kerana takut kepada penguasa, mereka sebenarnya hanya membentuk masyarakat mempunyai minda yang terkebelakang. Tengok saja lah drama 'Gerak Khas' yang sudah mencapai usia lebih 10 tahun. Bagi saya, ia lebih bersifat pengampu.

Kemajuan dan teknologi moden hanya diaplikasikan dalam proses pembikinan filem, bukan kepada pembentukan minda. Hakikat ini hanya menjelaskan bahawa minda karyawan zaman 1950-an hingga 1970-an seperti P Ramlee, jauh lebih matang dan terkehadapan.

Karya-karya P Ramlee juga mempunyai pengaruh yang besar dalam politik negara, sehingga kebanyakan dialog dan babak dalam filemnya secara sinikal dan dijadikan bahan perbandingan.
P Ramlee berani membuka minda masyarakat Melayu khususnya, pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an, namun kebelakangan ini unsur-unsur sebegini sudah semakin lenyap.

Teringat semasa berkunjung ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam gombongan Gerak Idealisme Merdeka(GIM) di bawah bos Akhi Syukri ketika itu, saya sempat melawat ke Institut Pemikiran Tun Mahathir. Sepatutnya, perlu juga ada Institut Pemikiran P. Ramlee. Saya mahukan ahli GAMIS begini. Ya, saya mahukan kampus saya juga seperti P Ramlee. Mempunyai idealisme yang jauh dan besifat semasa. Mungkin juga P. Ramlee mengkaji Al-Quran terlebih dahulu sebelum menggubah dan membuat setiap filemnya.

Sambil menonton filem “Nujum Pak Belalang”, Pok Leh mengajukan soalan kepada saya, “Kenapa filem Hang Tuah sudah ada warna, sedangkan filem yang sudah lewat dibuat hanya hitam putih?”(dalam loghrat Terengganu). “Entah la Belalang.....”, saya menjawab ringkas.

Sunday, May 31, 2009

Selamat Bermuktamar


Bahang mukatmar tahunan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) semakin dirasai. Banyak isu-isu yang bakal ‘memanas’kan dewan muktamar. Di sinilah tempat berhimpunnya semua pimpinan, aktivis, penyokong, peminat serta pemerahati sama ada dalam dan luar Negara bagi ingin menilai halatuju gerakan Islam di Malaysia khususnya. Ditambah pula pada Muktamar yang ke 55 ini diadakan pemilihan pucuk pimpinan baru bagi mengemudi Parti pada masa akan datang. Saya sudah sekian lama tidak bertandang ke bumi Selangor untuk berjumpa dengan saudara di sana. Ya, memang berkeinginan ke Selangor, tempat berlangsungnya Muktamar ke-55. Hanya Allah s.w.t yang memberi keizinan. Jadi, siapakah pemimpin pilihan kita?. Ulama’ atau Profesional?.

Dalam ayat 74 surah al Furqan. Allah s.w.t mengajar kita bagaimana memohon daripadaNya. Jika rajin, bacalah daripada ayat 63 sampai habis surah itu. Fahami bagaimana Tuhan kita merencana untuk kita hambaNya yang disayangiNya.

Kita diminta olehNya untuk memohon daripadaNya agar menjadi imam atau pemimpin kepada umat yang bertaqwa. Seawalnya adalah dikurniai isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang dek taqwa yang menyelubungi kehidupan sekeluarga. Bolehkah dibayangkan perkenan Allah untuk doa suami yang buruk perangai untuk memiliki keluarga taqwa?

Ya, memang susah nak cari pemimpin bertaqwa. Sebabnya, taqwa itu memang susah nak dapat. Sebabnya kerana taqwa itu diperolehi hanya dengan ilmu. Ilmu pula hendaklah diiktiraf Allah sebagai ilmu yang berguna. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membawa kepada taqwa!
Yang bertaqwa hanyalah yang berilmu. Yang berilmu tanpa iman dan taqwa adalah tidak berilmu. Sekadar antah, disisih beras dan nasi.

Semua ilmu boleh memandu kepada taqwa. Ilmu adalah kurniaan agung daripada Allah kepada manusia.

Mereka kata, ulama ialah yang ilmu wahyunya adalah rasmi. Ada sijil. Mereka kata, profesional adalah yang ilmu akalnya adalah rasmi. Ada sijil.

Jika begitu dipakai guna, maka samada pemimpin kita itu seorang ulama atau profesional, dia mampu untuk menjadi pemimpin bertaqwa. Sebab, samada ilmu itu naqli (wahyu) atau aqli (akal), ia boleh mencetus taqwa.

Kata saja begini, ulama apabila bertaqwa adalah profesional. Juga, profesional apabila bertaqwa adalah ulama. Titik temu adalah taqwa. Taqwa itu isi profesionalisme. Taqwa itu isi ulamaisme. Begitu tafsiran dan istilah ugama.

Persoalan ulama’ dan profesional ini sekali lagi dibangkit kan pada muktamar kali ini. Padahal ianya sudah sekian lama dibincangkan. Mungkin juga akibat pendekatan baru PAS menerima semua makhuk dalam partinya menyebabkan perkara ini perlu dibangkit dan diterangkan kembali. Slogan PAS Untuk Semua @ PAS For All masih lagi relevan untuk direalisasikan. Kerana Islam itu bukan hanya untuk ulama’ atau Profesional, atau Melayu sahaja. Saya membawa kepada satu analogi mudah. Bayangkan sebuah kereta, di mana setiap komponen nya mempunyai tugas dan tanggung jawab masing-masing. Tayar tidak boleh komplen stereng , lalu tayar mengambil alih tugas stereng. Akan hancur lah jawabnya sebuah kereta itu. Begitu juga dalam berorganisasi. Semoga Allah s.w.t memberi tugas setimpal dengan kemampuan kita. Jadilah orang yang membantu kebangkitan Islam. Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan. SELAMAT BERMUKTAMAR, ALLAHUAKBAR!

Friday, May 29, 2009

Demi Kasih Ibu


Peluang balik ke kampung halaman pada cuti semester lebih kurang 4 hari digunakan sebaik-baiknya. Mungkin Allah s.w.t berkeinginan aku berjumpa buat kali terakhir dengan moyang perempuan aku yang sudah melewati berusia kira-kira 120 tahun lebih. Tanpa seorang pun menyangka, itulah pertemuan terakhir kami dengan Allahyarhamah. Keesokan harinya, selepas subuh beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga moyangku ditempatkan dalam golongan orang yang bertaqwa. Ameen. Selepas 4 hari ‘bercuti’ di rumah, aku terpaksa ke Kuantan untuk menjalani Latihan Industri di sini bersama dengan syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Syarikat kesihatan berasaskan Hemoepati, Biokimia, herbalis, dan Aromaterapi. Salah satu produk utama di sini ialah ubat perangsang minda EXAMO-CKM 500 dan SALINDAH (untuk ibu yang mengandung).

Hari Ibu bukalah hanya disambut sehari, tetapi bagi saya ia adalah tiap-tiap hati. Ya, tiap-tiap hari. Anda ingin tahu kenapa?. Saya tidaklah bercadang untuk menceritakan semuanya, tapi saya teruja dan ‘terpaksa’ mengetahui keadaan seorang ibu yang sedang mengandungkan anak sehingga selesai bersalin. Sebelum aku keluar untuk pasarkan produk ini, aku mesti tahu terlebih dahulu akan fungsinya. Sebelum ini aku hanya tahu kesakitan untuk melahirkan anak. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Biasanya seorang ibu mengetahui dirinya mengandung bermula seawal 3 bulan. Bermula pada ketika itu macam-macam jenis penyakit yang berkemungkinan datang samaada berbentuk fizikal ataupun mantel. Itu belum dikira selepas bersalin, membesar dengan penuh kasih sayang. Dengan urat timbul, besimpul biawak, luka, alahan nya, meroyan, sakit gigi dan lain-lain. Alangkah tingginya kasih dan pengorbanan insan yang bergelar ibu ini. Selebihnya, saya pulang kan kepada anda untuk menilainya. Kata orang, seorang ibu itu dapat membesarkan 10 orang anak nya, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya dengan sempurna ketika sudah tua. Fikir-fikirkan lah. "Ya Allah, ya tuhan Aku, kasihani lah kedua ibu bapa aku, sebagaimana mereka menyayangi Aku sewaktu aku masih kecil"
P/s; Kepada Akhi Johan, selamat menimang cahaya mata sulung

Sunday, May 3, 2009

Itulah Fatimah Al-Zahra


Sambil meminum segelas teh halia, saya terfikir kehidupan manusia dimasa hadapan. Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.

Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat. itu di Semenanjung. Di sabah?. Lain lagi.

Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anak, kan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah berkahwin.

Tetapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* Alat menggiling gandum
* Bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* Alat penumbuk
* Sebuah bekas air
* Kulit yang di samak
* Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."

Setelah terbaca cerita ini, saya bertanya kepada diri sendiri...sudahkan anda bersedia?

Wallahu’aklam.

Saturday, May 2, 2009

'"One Malaysia vs Unity Government"

Ketika sedang menjadi ‘pemantau’ kepada latihan jundu, saya merasakan perlu ada perkara yang harus di isi dan berkongsi dengan pembaca....Itu lah dua istilah baru berlegar di sekitar pemikiran dua tokoh pemimpin negara. Barisan Nasional (umno BN) dan Pakatan Rakyat (PAS PR). Masing-masing ahli dan rakyat sedang hebat memperkatakan tentang perkara ini. Konsep ‘one malaysia’ seolah-olah kurang sinonim dengan pendekatan yang dibawa oleh BN yang Perdana Menterinya Melayu Islam. Agak janggal bila sebuah parti yang berasaskan perkauman(nasionalis@al qaumiah)becakap soal satu Malaysia. Di mana perginya ketuanan Melayu?. Kemudian kita digemparkan lagi dengan isu status agama anak sesudah salah seorang ibu atau bapa memeluk islam di putuskan di dalam kabinet Malaysia. Ini adalah antara contoh campurtangan kuasa exekutif dengan undang-undang shariah. Ditambah lagi keputusan tersebut tidak berpihak kepada Islam. Alangkah bertambah malangnya negara Malaysia bila Orang nombor satu negara (PM) di buruk kan di media antarabangsa dengan tuduhan yang sangat berat. Bagi saya, PM mesti bersihkan segala tuduhan ini dengan segera.

"Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan PIMPINAN pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka SIBUK, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik. " - Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakah (terbaru)"

Akibat ramai lagi yang tidak faham tentang “Unity Government” ini, lalu presiden Parti Islam Se-malaysia menarik balik tawaran yang telah beliau kemukakan. Sehingga keaadaan negara sedikit menjadi ‘reda’. Media massa yang banyak membuat tanggapan tentang pertembungan antara dua tokoh Ulama’ dalam PAS (Tuan Guru Dato’ Hj.Nik Abd. Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang ). Ini menunjukkan terdapat ada diantara orang luar dan dalam Parti yang inginkan perpecahan dalam PAS itu sendiri. “Unity Govenment” ini adalah homework kepada para perwakilan dalam muktamar akan datang, bukannya harus di tolak secara mentah-mentah. Inilah satu rahmat bila satu tawaran dibuat oleh ulama’, kemudian dibahas dan dicerna oleh setiap ahli dan rakyat kebanyakan .

Ini lah cara dalam berbicara soal disiplin dan akhlak ahli gerakan Islam oleh Syekh Mustapha Mahsyur yang puluhan tahun terjun dalam sepak terajang Ikhwanul Muslimin. Beliau meluahkan satu kalimah agungnya dalam Jalan Dakwah antara Pimpinan dan Ahli :

"Kamu bersatu demi satu pandangan (boleh dibaca: pandangan lama) yang kurang tepat (pada pandanganmu) adalah lebih awla(baik) dari kamu berpecah demi satu pandangan (baru) yang difikirkan paling tepat dan benar”

Sedarilah kita, bila mana agama diberi hak kepada bukan ahlinya, maka seolah-olah, kita sedang menunggu azab dari Allah s.w.t. Mungkinkan virus H1N1 (selsema babi) antara tentera Allah?. Sesungguhnya bala itu ujian dan peringatan daripada Allah s.w.t. Kesimpulannya, kita bukan hanya pandai membangkang, itu tak kena, ini tak kena, tetapi kita pun ada cara tawaran penyelesainnya. Dalam ekonomi sekarang, HPA tawarannya tersendiri, insya’ Allah.

Wednesday, April 22, 2009

Bau apa ni?


”Hmm…wangi nya!”...kata Anwar. Semua hadirin yang sedang fokus study di situ masing-masing memandang sesama sendiri. Saya terus memandang pada Anwar dan group study nya yang sedang duduk tidak jauh dari saya. Mereka pun mula mengubah topic perbincangan mereka sekejap. Mengulas bau wangi yang sedang dinikmati oleh mereka sebentar tadi. Kelihatan seorang muslimat baru sahaja melimpasi kawasan tersebut. Sah la, ni memang bau muslimat ni!. Agaknya, bauan jenis apa yang di pakainya?.Estee Lauder?, Revlon?.Entah la belalang. Saya yang ada di situ sedikit ’pening’ dengan haruman yang merebak di sekitar ruang bilik study yang tak berapa besar itu akibat daripada keadaan ’tarikan’ bau itu tadi. Awan yang agak suka mengulas isu tabarruj ini liar menoleh kekiri dan ke kanan lalu mula membuka ceritanya. Saya hanya mendengar dengan penuh perhatian.”Kalau muslimat itu keluar berdua-duaan dengan bukan muhrimnya, bertujuan semasa program itu dipanggil fitnah juga ka?” soal Awan. Siapa Wan?. Ni mesti Si Cik Pelangi kamu ni kan?. Belum sempat Awan menjawab, aku sudah meneka. ”Ya”, ujar Awan yang tersipu-sipu menjawab. ”Kamu kawin ja la cepat-cepat, senang sikit”, ujarku yang malas mahu menjawab secara serius soalan nya tadi. Konsep tabarruj dikalangan mahasiswa masih lagi belum difahami dan dihadam oleh sebahagian dari kita kedikit sebanyak boleh merencatkan gerak kerja dakwah pada hari ini. Sudah sekian lama saya perhati kan sebahagian dikalangan muslimat ini berlebih-lebihan dalam isu ini(berhias). Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala bajunya dipenuhi dengan bunga dan corak-corak yang tak tahu apa maksudnya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kita menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam surah An Nur; ayat 31, dan padahnya bukan sama??!!. ”Dah tu, apa yang kami nak pakai?.”, tanya seorang muslimat kepada saya. ”Tutup aurat, elak difitnah”, jawab saya ringkas. Kemudian dia pun pergi meninggalkan saya dengan banyak lagi persoalan tabarruj yang belum terjawab. Kepada Mahasiswa Muslimah, berhati-hati dengan perkara ini. 
  



Friday, April 17, 2009

Mampukah Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia?


Baru sahaja Rakatan Rakyat nak perkemaskan kedudukan di negeri masing-masing, tiba-tiba ada pulak ura-ura Pilihan Raya Kecil(PRK) ingin di adakan atas alasan seorang bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan Adun Penanti. Bagi saya ini sedikit mencacatkan tarian politik Pakatan Rakyat.

Jangan sombong

Kemenangan PR di Dua Bukit( Gantang dan Selambau) bukan untuk menyombong, tetapi haruslah diikuti dengan membawa ’mood’ PRK12 secara konsisten. Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.

Allah SWT telah berfirman; 

”Sekiranya kamu bersyukur maka akan aku tambahkan nikmatku, dan sekiranya kamu kufur, maka azabku amatlah pedih”.

Saya cuba membawa andaian dalam situasi sekarang, keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Golongan muda yang lebih-kurang 100% mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya UMNO dimana UMNO memohon restu rakyat (tetapi tidak direstui) lebih memeritkan suasana.

Ahli akar umbi haruslah meningkatkan usaha menambahkan ahli untuk memastikan 'mood' berterusan hingga ke tarikh PRU 13 yang akan datang. Bersiap-sedialah golongan Umarak Suuk yang akan merasakan peritnya ditahan dibawah ISA.

Andai kata Abang Mat Sabu 'ditabalkan' sebagai Menteri Dalam Negeri dan berkuasa penuh untuk menuntut keADILan bagi tahanan yang dipisahkan daripada keluarga dan sanak saudara tanpa bukti empirik.

Teori RAHMAN akan berakhir dengan N; iaitu Najib Razak; dan dengan huruf itulah juga terbenamnya politik perkauman, tindas menindas dan politik ugutan.

Siapa pengganti

 Penangguhan penama bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang sekian lama ini semacam menunjukkan Pakatan Rakyat masih lagi belum stabil dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis. Kualiti kepimpinan masih lagi boleh dipertikaikan, bermula dengan aktiviti ADUN senaman lompat-melompat, skandal dan lain-lain. Universiti adalah kilang yang mengeluarkan produk ini. Sejauh mana kesediaan mahasiswa dapat menonjolak diri dengan imej world class leader?. Pentadbiran negeri masih terumbang ambing, bolehkan satu Malaysia ditadbir?. Perlukan Persatuan Mahasiswa mewujudkan satu Akademi Future leader seperti umno yang ingin menubuhkan Akademi kepimpinan unmo?. Ayuh mahasiswa, bangunkan negara.