Thursday, February 5, 2009

Tangan-tangan yang kotor

Ada adik-adik di sini ada yang membuat statement yang boleh difikirkan bersama. Politik itu kotor, jijik. Hujahnya, tengok lah situasi politik pada hari ini. Memang saya tidak salahkan mereka, kerana mereka memerhatikan apa yang terhidang dihadapan mata mereka. Benarkah begitu?

Di sini, suka saya ingin mengajak para pembaca sama-sama berfikir. Contoh, dalam satu syarikat, hanya dengan beberapa orang yang bermasalah, bolehkah kita mengatakan seluruh syarikat itu ada masalah?. Begitu juga dalam Islam. Islam itu sempurna sifatnya. Tetapi orang islam yang jahil dan menolak islam yang mengotorkannya. Dalam ilmu politik, tidak ada yang mustahil. Isu lompat-melompat bukan perkara baru. Begitu juga rasuah, tipu menipu dan sebagainya. Islam tidak boleh dipisahkan daripada politik. Politik adalah sebahagian daripada Islam. Persoalannya politik macam mana kan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w?. Rasuah, penipuan, kronisme, penyelewengan, penindasan, ugutan, salahguna kuasa adalah pemandangan dan hidangan biasa oleh rakyat dan yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin rasmi. Saya boleh katakan betapa tidak bermoral dan tidak bermaruahnya pemimpin sebegini. Kuasa rakyat dapat menentukan perubahan perkara ini.

Saya masih lagi terfikir, bagaimanakah jawapan yang lebih tepat untuk diberi kepada adik-adik saya dan golongan yang masih lena dibuai mimpi indah ini tentang politik dalam Islam. Agak sukar kerana setiap hari, pemimpin yang beragama islam sendiri sentiasa mengotorkan dengan tangan-tangan mereka sendiri. Ini lah kesan daripada serangan fahaman Sekularisme dalam pemikiran orang islam. Dan saya yakin, pasti ada segolongan yang akan membersihkannya. Ini adalah proses pembersihan daripada Allah. Firman Allah s.w.t :


   
{إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَد
ُ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (المنافقون/  1).  

Mafhumnya:

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. 
                                                                                                                  Al-Munafiquun; 1  



Monday, February 2, 2009

Mencipta peluang

Setelah melihat iklim politik yang semakin mahukan perubahan kearah positif daripada rakyat, mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang tajam, mesti lah turut sama berani mencorak suasana. Bukan terikut-ikut dengan suasana yang lalu. Begitu juga dengan kelembapan dari sudut ekonomi. Dianggarkan 200,000 orang yang berstatus pekerja, akan dibuang. Dalam masa yang sama hujung semester ini, akan keluarlah sebahagian para mahasiswa dari zon kampus untuk merayau mencari peluang pekerjaan.

Saya kurang bersetuju sedikit dengan suasana di luar sana yang sentiasa berpusu-pusu dan mengharapkan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan. Tapi kalau dapat tu ambil ja lah. Ramai bekas GMI yang bekerja dengan kerajaan sekarang ini agak sejuk dan tidak kurang juga yang beku terus dari medan dakwah. Akibat tekanan dan jadual kerja yang tidak fleksible. Sedangkan luahan dari Ustaz Hasrizal (saifulislam) pun mengatakan kerja dengan kerajaan ini agak menyulitkan untuk independent. Saya terfikir juga, mahasiswa ini mesti mencipta peluang pekerjaan, bukan memenuhi peluang pekerjaan. Bukankah memberi atau menawarkan itu lebih baik dari merima?. Nak buat program pun susah. Ekonomi tak jalan. Teringin juga saya menceburkan diri dalam ekonomi jika diberi ruang dan peluang. Pun begitu ingin menjadi Leader atau pengurus yang baik bukan satu kerja yang mudah. Kena raikan pandangan semua orang. Kadang-kadang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan kita. Itu tak kena, ini tak kena. Macam-macam hal lah. Pun begitu, Mahasiswa adalah mahasiswa. Harus sentiasa berfikir dan berani berijtihad. Jangan terus terikut-ikut dengan tradisi lama senior-senior.