Thursday, February 5, 2009

Tangan-tangan yang kotor

Ada adik-adik di sini ada yang membuat statement yang boleh difikirkan bersama. Politik itu kotor, jijik. Hujahnya, tengok lah situasi politik pada hari ini. Memang saya tidak salahkan mereka, kerana mereka memerhatikan apa yang terhidang dihadapan mata mereka. Benarkah begitu?

Di sini, suka saya ingin mengajak para pembaca sama-sama berfikir. Contoh, dalam satu syarikat, hanya dengan beberapa orang yang bermasalah, bolehkah kita mengatakan seluruh syarikat itu ada masalah?. Begitu juga dalam Islam. Islam itu sempurna sifatnya. Tetapi orang islam yang jahil dan menolak islam yang mengotorkannya. Dalam ilmu politik, tidak ada yang mustahil. Isu lompat-melompat bukan perkara baru. Begitu juga rasuah, tipu menipu dan sebagainya. Islam tidak boleh dipisahkan daripada politik. Politik adalah sebahagian daripada Islam. Persoalannya politik macam mana kan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w?. Rasuah, penipuan, kronisme, penyelewengan, penindasan, ugutan, salahguna kuasa adalah pemandangan dan hidangan biasa oleh rakyat dan yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin rasmi. Saya boleh katakan betapa tidak bermoral dan tidak bermaruahnya pemimpin sebegini. Kuasa rakyat dapat menentukan perubahan perkara ini.

Saya masih lagi terfikir, bagaimanakah jawapan yang lebih tepat untuk diberi kepada adik-adik saya dan golongan yang masih lena dibuai mimpi indah ini tentang politik dalam Islam. Agak sukar kerana setiap hari, pemimpin yang beragama islam sendiri sentiasa mengotorkan dengan tangan-tangan mereka sendiri. Ini lah kesan daripada serangan fahaman Sekularisme dalam pemikiran orang islam. Dan saya yakin, pasti ada segolongan yang akan membersihkannya. Ini adalah proses pembersihan daripada Allah. Firman Allah s.w.t :


   
{إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَد
ُ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (المنافقون/  1).  

Mafhumnya:

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. 
                                                                                                                  Al-Munafiquun; 1  



1 comment:

NurSyahadah said...

salam ukhuwahfillah..

Sokong 100%...

Sapa kata politik kotor..

Sebenarnya, orang-orang yang terlibat dgn politik tu yang mengotorkan politik.. Percaya atau tidak, lihatlah berita sana sini. Memaparkan semua gejala tidak sihat ahli politik.

Bayangkan anda di tempat mereka. Adakah anda akan mengaku mekukan semua itu..? Semestinya tidak kan.

Berfikir sebelum bertindak.

Kepada penulis, teruskan usaha anda untuk menjelaskan bidang politik.

Hehe... Yang pemberi komen ni minat politik, tu yang nk jg bagi pendapat.

Apa pun terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai.

Wallahualam