Tuesday, July 14, 2009

Rejab Menggamit

Salam Rejab

“Maha suci Allah s.w.t yang telah menjalankan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w) pada waktu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (Bait Maqdis, Palastin) yang kami berkati di sekelilingnya untuk menunjukkan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Ayat dari surah Isra’ ini selalu dibaca oleh ummat Islam apabila masuknya bulan Rejab kerana ada ulama’ mengatakan ianya berlaku pada bulan Rejab. Tetapi para ulama’ tidak ada kata sepakat tentang tarikh dan bulan sebenar berlakunya peristiwa besar ini. Sesungguhnya peristiwa ini benar-benar telah menguji keimanan ummat Islam setika itu yang baru mengenal aqidah Islam. Sebelum itu proses tarbiah daripada Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w berlaku dengan wafatnya dua orang penyokong kuat Baginda,iaitu isteri tercinta, Ummul Mukminin Khadijah r.a dan juga bapa saudara , Abu Talib. Berlakunya peristiwa ini antara tujuan lain kerana ingin menghiburkan baginda yang masih dalam kesedihan dengan kematian dua orang penting ini. Juga ianya berlaku sebelum berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w.

Suasana semasa
Sememangnya telah menjadi suatu cara pentarbiahan (pendidikan) di dalam Al-Quran dengan menjadikan kisah-kisah dan cerita-cerita lalu sebagai pengajaran dan iktibar kepada ummat di kemudian hari. Saya ingin mengajak para pembaca sama-sama menggali dan memberi pendapat tentang ibrah (pengajaran) disebalik berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini dalam konteks semasa.

Logika?
Golongan-golongan yang berfahaman liberal selalu munggunakan hujjah akal semata-mata tanpa mengakui bahawa sifat akal itu adalah lemah dan sangat terbatas. Awas, manusia sebegini ada dikalangan kita. Hari ini makin ramai manusia yang tidak meyakini hakikat keadilan Islam. Mentakwil (mempertikai) sebahagian ayat-ayat Allah s.w.t. Contonya pembahgian harta pusaka (faraid), aurat, riba, jenayah, pendidikan, politik, ekonomi dan sebagainya. Siapakah yang mencipta kita?. Dimana kita membaca dan melihat manual kehidupan?

Pasang surut
Dalam dakwah, banyak ujian dan tapisan daripada Allah s.w.t. Sebelum berlakunya israk dan mikraj, Rasululllah s.a.w telah pun di uji dengan hebat sebelum dapat mendirikan kerajaan Islam di Madinah. Mengamalkan ajaran politik Islam. Menawan Parsi dan Rom. Demikianlah tinggi nya keyakinan dan optimis Rasulullah s.a.w terhadap kemenangan Islam. Pada zaman ini, selepas haruhnya khilafah Islam terakhir Turki Uthmaniah, adakah Islam sudah tidak akan bangkit lagi?.

Mungkin inilah sedikit peringatan dan perkongsian kepada para pembaca sekalian untuk sama-sama memberi sumbangan kepada usaha membangunkan Islam mengikut kadar kemampuan masing-masing, wallah ‘aklam.

No comments: