
Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Abdul ‘Alim Mohamed kerana telah memperolehi 5A dalam UPSR 2009. Perjalanan kejayaan ini bukan lah sudah berakhir, tetapi ianya baru bermula.
Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan ,dan Dia Mahakuasa atas sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Mahaperkasa lagi Mahapengampun. Surah al-mulk;1-2
Terasa masa cepat betul berlalu. Pejam celik - pejam celik, dah habis semester. Dah habis belajar. “Lepas ni apalah plan A.Long nak buat?”, tanya seorang adik ku. Aku terdiam seketika. “Kawin la, apa lagi”, jawab ku dengan nada bergurau. Soalan tadi terlalu abstrak untuk aku menjawab. Penerbangan MAS jam 7.45 am dari Labuan membawa aku ke KLIA. Sepanjang pengajian aku selama 7 semester di UMSKAL ini, banyak mencipta kenangan pahit manis dan suka duka. Manusia sering silih berganti. Tapi bangunan UMSKAL masih lagi kukuh berdiri. Menanti tetamu yang ingin mengisi tempat di dalam perutnya. Kepada adik-adik penggerak dakwah UMSKAL, Islam tidak mati dengan matinya rasul atau tokoh ulama’ dan pemimpin, tetapi ia terus berjalan dan mengalir seperti mengalirnya air sungai dari hulu ke muara. Bi’ah soleh perlu di suburkan di KAL. Sekretariat Masjid (SM) adalah medan terbaik setakat ini. “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Jangan lupa doa kan untuk saya juga. Selamat bercuti. Sayonara, sampai berjumpa lagi!
Dimana silapnya?
Benarkah ini Negara Islam?. Atau Negara milik orang Islam?. Sistem tinggalan penjajah yang kita terus bawa ini lah yang membawa umat Islam berada dalam belenggu ini sekarang. Sistem yang tidak meletakkan islam di tempat yang paling tinggi. Sistem kokurikulum pendidikan yang semakin bercelaru menyebabkan rosaknya moral dan akhlak para remaja. Dimana status pendidikan agama diletakkan?. Hanya syarat lulus sahaja sudah mencukupi. Agenda PPSMI sangat berat ditekankan sehingga pendidikan agama langsung terkeluar dari topik perbincangan. Ini lah sistem pendidikan yang diguna pakai di Negara 1Malaysia.
Bolehkah lagi kita menjadi penonton?
“Kamu ini cakap saja pandai, apa yang kamu dah buat?”. Soalan tempelak ini biasa diajukan kepada saya. Tetapi bukan jawapan ini yang saya ingin memberitahu, tetapi saya ingin mengajak para pembaca menilai, sudah cukup usaha kita selama ini. Adakah kita menjadi pembantu untuk mengatasi masalah ini atau kita hanya MEMBATU?. “Biarkan sahaja, zina tu bukan dari keluargaku”. Saya bimbang kata-kata ini mengundang azab daripada Allah s.w.t. Bolehkah lagi kita hanya duduk di bilik, Dewan Kuliah, Kafe atau di Masjid atau sekadar menjadi menonton kepada episode keruntuhan akhlak masyarakat. Cukupkah kita untuk menjadi pengkritik dari belakang?. Bila diberi tugas, menolak dengan pelbagai alasan. Akademik, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. “Saya tak mahu masuk persatuan ni sebab kuat sangat berpolitik”. “Ok, baik, sekarang kamu mahu buat apa untuk selamatkan umat ini?”. Cukupkah kita hanya berdoa…?. Surah At-Taubah, ayat 38-39 boleh memberi jawapan kepada persoalan-persoalan tadi. Dulu mahasiwa yang mempunyai kesedaran ramai juga, tetapi entah kemana menyepi… Ya Allah!,di mana aku disisiMu.
Hentikan percakaran dalaman
Sebenarnya kita telah banyak membazir masa dengan percakaran dan perbalahan sesama sendiri. Musuh juga sedang bijak menyusun strategi untuk mematahkan kemaraan kumpulan Islam. Pasti mereka tidak akan memberi kemenangan percuma!. Kenapa kita terlalu marahkan sahabat kita sehingga melebihi musuh sebenar?. Kita telah lari dari fokus sebenar. Dalam sistem Demokrasi yang ada sekarang Pilihanraya adalah tempat terbaik untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Pilihanraya semakin hampir. Ayuh, kita tinggalkan zaman gelap dah zaman jahiliah ini!. Masa depan hanya untuk Islam!.