Wednesday, November 18, 2009

Sayonara


Terasa masa cepat betul berlalu. Pejam celik - pejam celik, dah habis semester. Dah habis belajar. “Lepas ni apalah plan A.Long nak buat?”, tanya seorang adik ku. Aku terdiam seketika. “Kawin la, apa lagi”, jawab ku dengan nada bergurau. Soalan tadi terlalu abstrak untuk aku menjawab. Penerbangan MAS jam 7.45 am dari Labuan membawa aku ke KLIA. Sepanjang pengajian aku selama 7 semester di UMSKAL ini, banyak mencipta kenangan pahit manis dan suka duka. Manusia sering silih berganti. Tapi bangunan UMSKAL masih lagi kukuh berdiri. Menanti tetamu yang ingin mengisi tempat di dalam perutnya. Kepada adik-adik penggerak dakwah UMSKAL, Islam tidak mati dengan matinya rasul atau tokoh ulama’ dan pemimpin, tetapi ia terus berjalan dan mengalir seperti mengalirnya air sungai dari hulu ke muara. Bi’ah soleh perlu di suburkan di KAL. Sekretariat Masjid (SM) adalah medan terbaik setakat ini. “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Jangan lupa doa kan untuk saya juga. Selamat bercuti. Sayonara, sampai berjumpa lagi!

No comments: