Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan- Ujian Daripada Allah


Melihat suasana sehingga hari ini semakin kusut, izinkan saya insan yang kerdil ini melontarkan sedikit pandangan di sini. Bagi saya, sebenarnya isu Unity Government(UG) ini berlaku bukan saja-saja. Bahkan Allah S.W.T yang Maha Suci dari menaqdirkan sesuatu itu berlaku FREE dari hikmah dan tujuan!. Ia mengandungi semacam satu TEST bagi menguji sejauh mana kematangan dan kesediaan Jemaah yang kita dokong untuk melangkah lebih jauh kehadapan. Kita belum lagi berjaya mentadbir diperingkat pusat namun awal-awal lagi dah ramai yang gagal dalam "soalan" Wala' dan Thiqah' pada pimpinan. Bala paling besar sepanjang sejarah yang menimpa umat ialah dalam bab WALA' & THIQAH ini lah.

Perkara ini kita belajar di kampus, sekarang inilah masanya. Kekalutan ini hanya dapat ditempuhi dengan jayanya oleh ahli PAS yang dari awal berjuang dalam PAS dengan Ilmu, termasuk ilmu-ilmu tentang adab, akhlak dan fiqh da'wah, selepas tu keikhlasannya pula sangat 'mendalam' jauh dari segala sifat-sifat jahiliyyah yang sebenarnya masih banyak lagi separuh dari kita anuti (seperti ta'sub pada individu-individu tertentu dalam Jemaah, membeza-bezakan antara pimpinan, bersifat assobiyyah kenegerian dan kepuakkan, tidak bersedia pendapatnya ditolak oleh jemaah dll) sedarlah wahai sahabat-sahabat semua, serahkanlah urusan besar seperti isu UG ini kepada pemimpin-pemimpin kita di atas sana, berbaik sangkalah pada mereka SEMUA! Jagalah lidah dan hati-hati kita semua..besar sekali kemurkaan Allah S.W.T terhadap kesilapan kaum yang menyanggahi pimpinannya dngan hawa nafsu melulu dan penuh prasangka sepertimana kaum syiah lakukan terhadap Saidina Ali R.A dahulu. Awaslah, lingkarilah diri kita semua dengan akhlak mulia lebih-lebih lagi terhadap para pemimpin kita selama mana mereka tidak melakukan sesuatu yang JELAS BERTENTANGAN dengan SYARA'. Perkara UG ini hanyalah lontaran suatu idea sahaja, belum lagi diputuskan Syura pimpinan. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 mafhumnya;

"...Boleh jadi apa yang kamu bencikan itu sebenarnya baik bagi kamu..dan boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu".

Tidak perlu kita semua tersasul jauh sampai tergamak menghukum salah, sesat atau seumpamanya terhadap orang yang melontarkan idea UG ini, lebih-lebih lagi orangnya adalah Presiden kita sendiri. Apakah kita semua tahu bahawa idea UG ini termasuk dalam soal-soal IJTIHADIYYAH?? . Apakah salah sebahagian pimpinan kita yang jauh lebih berilmu dan wara' untuk berijjtihad? . Sebenarnya agak ramai pimpinan kita selain presiden (yang miliki komitmen dan akhlak perjuangan yang tinggi serta pengorbanannya dalam perjuangan PAS selama ini ) juga turut berpendapat menyokong idea UG ini?.

Oleh itu berilah ruang dan peluang mereka semua untuk mengemukakan hujjah dan alasan nya, yang membantahi pula hendaklah sama berbuat demikian) kerana masih ramai yang belum memahami apa itu UG (manusia memusuhi perkara yang mereka tidak tahu- Hukamak) maka timbullah kekalutan sebegini. Ramai yang mengira kerajaan perpaduan sama dengan kerajaan campuran sedangkan jauh beza antara keduanya!. Banyak perkara harus dikaji sebelum menerima atau menolaknya, namun sebaiknya pengikut bawahan seperti kita haruslah bersabar dan mengawal diri dari terjerumus ke lembah perpecahan semata-mata kebodohan dan semangat buta. Ingatlah pemimpin di atas melihat lebih jauh dan skop pandangannya lebih luas, berbanding kita yang di bawah..jauhi perpecahan dengan membeza-bezakan pimpinan kerana itulah ciri utama golongan munafiqin sepanjang zaman! Wallahu a'lam

No comments: