Sunday, January 3, 2010

Sekadar berkongsi... (Bahagian 1)

Beberapa masalah dari bab Aqidah, Solat dan tasauf dalam kitab

Risalah Al Jamiah


Pengenalan Risalah Al-Jamiah

Kitab ini telah dikarang oleh Al-Allamah Al-Habib Ahmad Bin Zain Bin Alawi Al- Habshi rahimahullah taala. Salah seorang ulama di Hadralmaut, Yaman. Lahir pada 1069 Hijrah dan wafat pada hari Jumaat 19 Sya’ban 1145 Hijrah. Kitab ini dijadikan asas kepada pembelajaran bagi majoriti pelajar di Yaman. Walaupun sudah mempelajari kitab ini, namun para ulama’ tetap juga membuka kitab ini bagi mengambil keberkatan kitab ini. Semoga Allah s.w.t menempatkan pengarang kitab ini, dan kita dikalangan golongan yang muttaqin, Amiin. Al-Fatihah.


Kelebihan risalah Al-Jamiah

Doa pengarang yang merupaka ulama’ besar di Yaman: “….Mudah mudahan Allah s.w.t menggolongkan orang yang belajar ini dalam orang yang berilmu zahir dan batin dengan taufiq”


Tiga bentuk alim.

a) ‘Alim : Ditujukan kepada manusia. Dia dapat mengetahui sesuatu bidang itu dengan sangat baik.

b) Al-Allamah: Orang yang tersangat ‘alim. Dapat menguasai banyak bidang dan lapangan ilmu.

c) Al-‘Alimun: Sifat yang layak hanya bagi Allah s.w.t yang maha mengetahui. Semua perkara berada dalam pengetahuan Allah s.w.t.


Hukum baca Bismillah.

a) Wajib. Ketika dalam solat. Kerana Bismillah adalah sebahagian daripada 7 ayat afatihah yang menjadi rukun dalam solat.

b) Sunat. Ketika ingin melakukan sesuatu yang baik dan penting-penting.

c) Harus.ketika ingin menindahkan sesuatu barang ketempat yang lain.

d) Makruh.Ketika melakukan perkara yang kurang elok dan makruh. Contohnya merokok, makan makanan yang berbau busuk, mencabut uban dan lan-lan.

e) Haram. Ketika melakukan maksiat.


Hukum baca Alhamdulillah

a) Wajib. Ketika berkhutbah Jumaat

b) Sunat. Ketika selesai buat perkara penting yang tidak maksiat

c) Makruh. Ketika ditempat yang kotor atau najis.

d) Haram. Ketika buat maksiat


Fadhilat membaca Bismillah dan Alhamdulillah.

Mafhum hadis: “Setiap perkara yang tidak membaca bismillah dan Alhamdulillah, maka ia menjadi kurang berkat”


Hukum menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Menuntut ilmu adalah fardhu(wajib) ke atas setiap muslim”


Fadhilat menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah s.w.t memudahkan jalan untuknya ke syurga”.


Ilmu yang wajib

a) Ilmu aqidah yang wajib

b) Ilmu ibadah yang wajib

c) Ilmu muamalat yang wajib

d) Ilmu makruh dan haram


4 bentuk pujian.

a) Allah(Qadim) puji Allah (Qadim). Dalam al-Quran banyak ayat Allah s.w.t puji Allah s.w.t.

b) Allah(Qidim) puji Manusia (Hadis). Allah s.w.t puji nabi-nabi, orang mukmin yang soleh, dan lain-lain.

c) Manusia (Hadis) puji Allah (Qadim). Subhanallah, Alhamdulillah, dan lain-lain.

d) Manusia (Hadis) puji manusia (Hadis)


Erti taufiq

Allah s.w.t memudahkan kita dalam melakukan amal soleh. Kebolehan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t.


Makna rukun

Sesuatu bahagian yang paling kuat dan menjadi teras


Makna Islam

Tunduk dan patuh sepenuhnya. Rukun islam 5 perkara( Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat, haji di Makkah).


Rukun khas dan Islam am

Rukun bukan menggambarkan Islam keseluruhannya, kerana rukun berada dalam Islam. Perlu ada tuntutan-tuntutan lain lagi dalam Islam.


Ciri-ciri keistimewaan Islam

Ulama’ banyak berijtihad dalam melihat kesempurnaan Islam ini. Antaranya ialah ulama’ dari India, Syeikh Abu Hassan Ali Annadwi, Ulama’ Ikhwan Muslimin Mesir Assyahid Syed Qutb, Al-Allamah Imam Dr. Yusuf Al- Qaradhawi, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili. Mereka ini membuat perincian tentang ciri-ciri kesempurnaan Islam. Saya juga sempat belajar dengan Ulama’ Syiria, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili semasa beliau datang ke masjid Shah Alam tahun lepas. 3 ciri-ciri Islam, iaitu Alamiah (sejagat), Khatamiyah(penamat), dan Al-Khulud(kekal). Semua ini berdasarkan kepada bukti-bukti yang jelas dan terang dari Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Ciri-ciri ini begitu praktikal jika dimasukkan dalam isi usrah dan tazkirah di semua peringkat.

a) Rabbaniah (Ketuhanan)

b) Syumuliah (lengkap)

c) Waki’eyah (Semasa)

d) Baina tsabat wa murunah (antara tetap dan anjal)

e) Insaniah (kemanusiaan)

f) Wasatiah/Tawazun (sederhana/seimbang)

g) Al-Wuduf (terang)

h) Rahimiyyatur Rasul (Sifat kasih nabi Muhammad s.a.w)

No comments: