Sunday, July 20, 2008

Belajar Dalam Kesilapan

Alhamdulillah, petang tadi selesai juga “Bengkel Pengurusan Organisasi 08/09” . Sedikit sebanyak memberi dan menerima tunjuk ajar kepada organisasi. Untuk tempoh 2, 3 minggu kebelakangan ini masa seumpama terlalu cepat. Sehingga saya rasa tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Karnival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2008(KKKI 08) akan menjelang 7 hari sahaja lagi. Tentu persiapan dan persediaan perlu digandakan. Biasa lah sebagai manusia biasa, saya sendiri terasa sedikit cemburu bilamana melihat rakan-rakan lain dapat pergi ke perpustakaan, siapkan assignment, keluar berjalan-jalan, belajar dengan selesa. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya tidak bekesempatan. Tapi saya yakin, disebalik apa yang menimpa diri ini dapat memberi hasil bukannya pada hari ini. Bagaimana kanak-kanak riang (Kamal) menggunakan semangat anak muda yang ada pada diri nya untuk mengajak adik-adik bangun dari lena yang panjang. Tempoh pembentukan ini bukan memakan masa yang pendek, tapi ia memakan masa yang cukup panjang. Saya terpulang kepada ahli untuk menilai tahap kepimpinan pada kali ini. Mungkin saya memimpin dalam keadaan ’syok sendiri’ atau ada yang mengikut atas dasar simpati. Itu saya tidak pasti. Yang pasti Islam itu akan menang dan Allah s.w.t akan menapis golongan hawariyyun ini. Tidak ramai. Pesan saya, pemimpin ini, bukan yang selayak nya dan yang terbaik. Belajar dalam kesilapan. Walau bagaimanapun keberlangsungan perjuagan tetap berjalan. Tarbiyyah mesti diteruskan.

1 comment:

NurSyahadah said...

USRAH RINGKAS

salam ukhuwah fillah

Syukur ke hadrat illahi kerana kita masih diberi nikmat Iman dan Islam. serta dapat menikmati segala kurniaanNya.

Akhi long selalu pesan, sibukkan diri mu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Nescaya Allah akan menilai setiap apa yang kita lakukan, lebih-lebih lagi kerja untuk Islam. Jadi apa yang nak disedihkan dan dicemburukan. Tapi memang patut juga kita ada rasa begitu.

Apapun serahkan semua kepada Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Walaubagaimanapun kita belajar, ada masa untuk ke perpustakaan, siapkan assignment apa semua. Tapi kita tidak tahu apa yg bakal berlaku.

Mana tahu dengan akhi menyibukkan diri dengan gerak kerja islam,Allah tunjukkan akhi sesuatu.

Betul tak...!!! Biarlah kerja yang kita lakukan demi Islam dan untuk Allah semata-mata. Ehm... La Tah zan...

Buat keja pelan-pelan... Kerahkan semua tenaga kerja yang ada... Bab kekadang d org tidak tau pun apa yg patut di lakukn

k

Semoga Allah bagi kesihatan, dibagi ilham untuk berfikir... KKKI n tarbiyah khususnya.

Teringat pula forum palastien baru-baru ni.
"Berfikir sejenak utk Islam lebih baik daripada beribadat seratus tahun tapi dalam keadaan tidak khusyuk..." Betulkan klu salah

Apa yang baik itu dtng drpd Allah, dan yang lemah dtng drpd ana sndiri, namun hakikatnya kedia-duanya datang drpd Allah.

wassalam.