Thursday, March 5, 2009

“Jika di atas pokok pun ia sah”,Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.

Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.


Pada hemat saya, krisis di Perak ini akan terus berpanjangan jika sekiranya pembubaran DUN tidak berlaku dan Pilihan Raya yang bersih diadakan. Kemelut ini akan terus berlangsung. Ikuti lah bingkisan krisis perlembangaan Malaysia yang sedang diperhatikan dan ditertawakan di seluruh dunia...


2 comments:

seorang Maje said...

Mengorek emas di Perak..

Kagum gan hebatnya perancangan depa jatuhkn Ir.Nizar....


Akhirnya Allah tunjuk, DIA lebih hebat..

Depa terlupa nak 'cabut' dulu kerusi Speaker Dewan..(badan kebal di sudut perundangan)

NurSyahadah said...

Hayati kisah DUN BAWA POKOK d perak...