Tuesday, March 10, 2009

PPSMI: Suatu Pandangan



Satu perhimpunan rasaksa menentang PPSMI telah diadakan pada 7 mac 2009 lepas. Namun cerita PPSMI ini tidaklah sehangat cerita Perak atau cerita ISA atau cerita politik yang lain.

Mungkin ada diantara kita merasakan tidak perlu untuk turun menentang PPSMI, kerana ia kelihatan seperti Assobiah. Mungkin kerana belum mendengar hujah penentangannya sebagai konspirasi menjauhkan bahasa-bahasa umat Islam dengan Ilmu.

Saya setuju hujah bahasa bukan faktor untuk maju.

Samada kita belajar dalam bahasa apa pun, ia tidak memberi kesan terhadap kemajuan.

Yang memberi kesan ialah budaya ilmu itu sendiri.
Contoh beberapa negara berbahasa Inggeris juga banyak yang tidak maju.
Berapa banyak negara komanwel yang maju dengan mengekalkan pembelajaran berasaskan Inggeris?

Jadi, ada kalanya hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" digunakan untuk menentang Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Kata mereka , Kalau kita hapuskan PPSMI, kita tidak akan jadi lebih maju.

Namun menggunakan hujah yang sama, kalau Bahasa bukan faktor untuk maju, kenapa adakan PPSMI?.

Hujah "Bahasa bukan faktor untuk maju" adalah lebih sesuai digunakan ketika sebelum PPSMI dilancarkan, bukan hari ini.

Yang penting itu ilmu, bukan bahasa. Orang ke Jerman, belajar teknologi Jerman, untuk mendapatkan ilmu Jerman. Nak bawa balik bahasa Jerman nak buat apa?. Begitu juga ilmu daripada negara lain yang berbahasa lain. Jadi apa yang berlaku sekarang ialah pelajar dihantar ke Amerika, Britain, dan Australia, bawa balik ilmu dan bahasanya sekali.

Adakah bahasa itu tidak penting?. Kita tidak perlu kukuhkan bahasa Jerman atau Inggeris kerana dia sudah berdiri sendiri tanpa kita wujudkan "Dewan Bahasa Jerman".

Kalau Bahasa tidak penting untuk maju, kenapa hapuskan PPSMI?
Eh, Tunggu sekejap.
Kalau Bahasa tidak penting kenapa wujudkan PPSMI?

Pusing balik asal.

Bagi saya, bahasa adalam medium penyimpanan ilmu. Ilmu Jerman dalam Bahasa Jerman, Ilmu Jepun dalam bahasa Jepun.

Kita belajar bahasa Jerman, Kita belajar bahasa Jepun. Tidak semua orang yang tahu bahasa Jerman itu tahu bahasa Jepun.

Di Malaysia bukan ada ramai YAB Dato’ Seri Ir Nizar yang tahu banyak bahasa. 
Jadi siapa yang hendak mengabungkan Teknologi Jepun, Teknologi Jerman dan hukum hakam dalam Kitab Arab?. Pengintegrasian itu dalam bahasa apa?

Maka perlunya bahasa sendiri untuk mengintegrasikan ilmu-ilmu yang sebelum ini wujud dalam bahasa lain. Kerana, tidak semua orang boleh tahu kesemua bahasa Korea, Bahasa Jepun dan Jerman dan Arab dan Perancis. Ianya boleh dilakukan dengan menyimpan ilmu dalam bahasa sendiri. Ilmu Perancis wujud dalam bahasa sendiri, ilmu Korea disimpan dalam bahasa sendiri.

Kita tidak perlu tahu sehingga 27 bahasa. Siapa mampu dan boleh belajar 27 bahasa?

Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam bahasa sendiri. Bukan sahaja ilmu yang berasal dari Inggeris sahaja, tetapi ilmu diluar tempurung Inggeris juga perlu disimpan dalam bahasa sendiri.

Lihat sahaja teknologi elektronik. Negara berbahasa Inggeris agak ketinggalan.
Samsung Korea, Sony Jepun, Nokia Finland, tidak ketinggalan Telefon buatan China yang tak sering tidak cukup dokumentasi. Adakah generasi akan datang perlu belajar 27 bahasa sebelum mengintegrasikan teknologi daripada pelbagai sumber?

Jadi, untuk belajar , faktor bahasa tidak berapa penting, langgar sahajalah bahasa yang ada untuk pendapatkan ilmu. Namun ilmu itu perlu disimpan dalam bahasa sendiri supaya lambat laun anak cucu kita boleh mengintegrasikan ilmu-ilmu perlbagai sumber bahasa itu dalam bahasa sendiri.

PPSMI membuatkan proses penyimpanan ilmu dalam bahasa sendiri itu tidak berlaku. Kekalkan sahaja ilmu itu dalam bahasa Inggeris, bukankah kita semua tahu bahasa Inggeris? Itu yang pendokong PPSMI mahukan?

Adakah apabila pelajar Malaysia di Jepun balik ke Malaysia perlu penyimpan ilmunya dalam Bahasa Inggeris supaya boleh diintegrasikan dengan ilmu yang diperolehi oleh rakannya yang belajar di Russia?

Anak cucu kita akan tanya, kenapa kita perlu terjemah ilmu Jepun itu ke dalam Bahasa Inggeris?. Maka kita jawab "Hishamudin kata hentikan debat PPSMI"...

Saya berasal dari pedalaman. Sekarang selalu melawat di kawasan Pedalaman lain, terutama sekitar negeri Sabah yang sangat subur. Bagi saya, jauh lagi kita nak capai tahap itu. Fokus untuk bangunkan pendidikan mereka tidak ada. Saya sangat risau, suatu hari nanti anak cucu kita akan menyalah kan kita, semua golongan zaman ini. Nilai bahasa Hilang, ilmu pun entah kemana.


1 comment:

seorang Maje said...
This comment has been removed by the author.