Wednesday, March 11, 2009

Mereka tidak sayang Anak


Amat menyedihkan bila ada pemimpin yang diharapkan meminggirkan bangsa sendiri. Isu PPSMI perlu di hapuskan bagi melihat ruang yang selesa kepada bahasa Ibunda berkembang bersama dengan bahasa-bahasa lain. Bukan sahaja Bahasa Inggeris kita patut kuasai dengan baik, tetapi bahasa Al-Quran(Arab) juga perlu di utamakan. Jangan kita ghairah mahu mantapkan bahasa Inggeris, lalu kita gadaikan bahasa ibunda sendiri. Sesiapa yang tergamak membuat dan menyokong PPSMI ini, saya boleh katakan ”Mereka Tidak Sayangkan Anak”. Kepada Mahasiswa/i yang masih tidak punyai anak, fikir-fikarkan lah kesan yang akan dirasai oleh generasi yang akan datang. Apa yang anda akan dilakukan dalam PRU 13?.


2 comments:

*myself* said...

salam..

bernas pemikiran anda dlm memberi pandangan mgenai isu PPMSI..

tapi...
pelik jugak.. perlukah melibatkan mgenai PRU 13 sedangkan isu yg dibincangkan adalah PPSMI …nahhhhh.. cuba lihat skrg ini PPSMI sdg dipolitikkan.. cubalah jgn mempercampur adukkan isu ini dgn PRU akan dtg.. anda sendiri kata cuba fikirkan akan generasai akan dtg.. bgmn kalau kita hendak fikirkan sedangkan masing2 mempper"ISU"kan PPSMI dgn mem"POLITIK"kannya... bebalah antara satu sama lain..

ini pandangna sy, bhs ibunda sendiri tidak akan tergadai walaupun english diterapkan dlm matapelajaran itu..
dlm entry anda sblm ini, anda menyatakan org pedalaman jauh ketinggalan.. lebih kurang begitulah mksudnya.. sy pun kurang2 ingat.. TAPI.. ingin sy bgtau.. org bandar dan org pedalaman tidak berbeza.. yg berbezanya.. USAHA, KEGIGIHAN di dlm diri seseorg utk meguasai bhs itu sendiri.. sampai bila kita nak lihat org di pedalamn ketinggalan, sedngkan org bandar terus melangkah ke hadapan.. kita bg cabran untuk meraka hadapi semua ini.. samada mereka sahut ataupun tidak

sbg contoh diri sy.. sy tidak pandai untuk berbahasa english..ketika memasuki alam universiti, semua bhs adalah english.. nah??? bgmn untuk sy prktikkannya??? selama hampir sebulan sy tidak dpt memahami apa yg di ajar.. tapi alhamdullilah, seperti sy kata tadi, USAHA perlu ada.. kalau niat kita betul... insyallah.. apapapun bhasa, tak kira melayu, mandarin, tamil, Japanese, arab boleh kita kuasai..
lagi satu.. setakat ini walaupun penerapan bhs english ada di sekolah atau mana mana pun institusi, bhasa ibunda tidak pernah terpupus... cuma org yg megah diri sahaja akan lupa
diri...

kita belajar bukan setakat satu ilmu, tetapi pelbagai ilmu.. kalau hanya cabaran dlm berbahasa english tidak dpt disahut, bgmn hendak menempuh cabaran pada masa akan dtg.. bukan tidak sayang anak, tapi melatih anak untuk lebih berdikari..

drpada memperisukan pasal isu ini, kenapa tidak cuba untuk mengasah lagi bakat cikgu cikgu yg mgajar dlm english itu kerana merekalah yg akan menyampaikan mklumat kepada anak anak murid.. kalau cikgu sendiri tidak faham, erm.. bgmn ank murid nak faham... itu isu nya sbnrnya...

pendek kata...
tidak perlu untuk meyusutkan fikiran kerna...
hanya satu bahasa sahaja yg kita akan gunakan di sana nanti.. yg abadi...

p/s: maaf kalau ada bhs yg kurang sopan.. ini hanya lah pandangan...

Ibn Mohamed said...

Salam...

Terima kasih kpd "myself" kerana sudi memberi respon dlm artikel saya ini. Saya bukan lah anti bahasa Inggeris, tetapi tidak setuju penggunaan nya dlm sains, dan matematik. Bahasa Inggeris perlu diperkasakan dalam bentuk yang lain.
Tentang PRU13, ia adalah jalan terbaik jika sekiranya pihak yang bertanggung jawab tidak mengembalikan sains dan Matematik kedalam bahasa Melayu. Dalam bahasa mudah, kita patut tukar kerajaan. Saya memberi respon politik kerana memandang ia nya sangat berkait dengan isu ini. Siapa yang mengubah benda2 semua ini kalau tidak org2 politik yg ada kuasa?.Bagi saya,bahasa Ibunda mesti dimartabatkan, bahasa asing perlu di mantapkan. wallahu'aklam.