Sunday, June 29, 2008

Nikmat yang tidak disyukuri


Hari itu saya sempat keluar untuk urusan dengan seorang sahabat, e-se(bukan nama sebenar) ke bandar. Dalam perjalanan kami merempit, tiba di satu traffic light, tiba-tiba motor kami semput dan enjin nya terus mati. Rupa-rupanya motor itu telah kehabisan minyak. Terpaksalah dalam kepanasan petang itu kami menolak motor tersebut. Dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran e-se kami berjaya jugak sampai ke stesen minyak. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami diuji dengan pancitnya tayar motor ini. Terpaksa e-se menolak motor tersebut sejauh lebih kurang 5 km. Hari itu kami betul2 telah ’dilatih’ secara langsung oleh Allah s.w.t.
Saya juga melahirkan rasa kesal dengan perkembangan kenaikan harga minyak Malaysia RM 2.70 seliter pada hari ini. Malaysia mempunyai hasil minyak yang berkualiti. Tetapi nikmat yang dikecapi oleh rakyat semakin hari, semakin terhakis. Malangnya rakyat Malaysia kerana masih lagi memilih pemimpin yang menindas rakyat.

1 comment:

perpis said...

isu minyak skrg mrupakn isu plg popular, hga mngalah kan kepopularan atris dah... isu minyak ini mc isu sakit gigi... yg meyebabkn sluruh badan merasai kesakitannya...