Monday, June 23, 2008

Pemasaran

Saya terbaca dalam satu artikel dalam internet yang bertajuk ”Jenayah akademik Aktivis Dakwah”. Hati saya tersentak dengan statement tersebut. Ramai sahabat-sahabat yang mahu memperjuangkan islam ini mengambil mudah dalam hal akademik. Saya pun bermuhasabah dengan perkara ini.

Advertising

Bilamana ramai sahabat dari kewangan Islam, Perbankan Luar Pesisir, Ekonomi kewangan, Multimedia, e-dagang, Syariah, Pengajian Islam mengemukakan idea dalam bidang mereka, saya pun ingin mengetengahkan bidang saya. Dalam ilmu pemasaran Iklan dan pemasaran agresif , yang bertujuan membuat kita berbelanja lebih dan memuja jenama. Bayangkanlah pada tahun 1998, industri iklan membelanjakan USD$345 billion diseluruh dunia keatas strategi pemasaran yang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan seharian kita tanpa kita menyedarinya. Saya ingin menyambung artikel saya sebelum ini.

Kenapa kita membeli melebihi keperluan ketika berbelanja di pusat membeli-belah? Kerana seni bina dan skema warna di pusat seumpamanya direka dengan teliti oleh pakar psikologi untuk mempengaruhi corak pembelian kita.

Menurut penulis buku Coercion: Why We Listen to What ”They” Say, Dougles Rushkoff, pereka bentuk pusat membeli belah melakukan kajian terperinci untuk mencipta struktur dan persikitaran yang merangsang anda untuk membeli.

Teknik yang mereka gunakan untuk mempengaruhi kita berbelanja lebih dikenali sebagai ”susana yang mendorong” iaitu kajian mengenai bagaimana susunan tingkat, warna, bunyi, bahkan bau, mampu merangsang kita membeli lebih banyak barang.

”Suasana yang mendorong” ini sebenarnya mensasarkan deria-deria khusus. Melalui lima deria kita, pereka untuk membentuk ”suasana yang mendorong” boleh mencepat dan memperlahankan pergerakan kita, menarik atau menjauhkan kita dari kawasan tertentu, membuatkan kita berasa selamat atau bimbang yang sukar dijelaskan, mengubah persepsi masa kita, dan paling penting, menambah jumlah wang dibelanjakan.

Anda mungkin pernah melihat tipu muslihat berikut ketika mengunjungi pusat membeli-belah seperti keselesaan lantai untuk pejalan kaki, pelan tingkat yang mengelirukan, dan suhu, dan pencahayaan yang sama.

Selain itu mereka juga menggunakan warna dalaman tidak menarik, tarikan patung pakaian, menggunakan lebih banyak pintu masuk dan pintu putar, meletakkan barangan mahal di ruang sayap luas, menyediakan kaunter keluar yang lebih besar, penggunaan muzik, bau harum, yang mempengaruhi kita secara tidak sedar, dan bau makanan yang enak.

Kenapa kita akur dengan iklan?. Kita terpengaruh dengan iklan di majalah iklan yang merasakan diri kita kekurangan. Manusia adalah makhluk yang kompleks. Kompleksiti yang sama memberikan kita keupayaan untuk memanipulasi dan dimanipulasi. Pengiklan telah melakukan penyelidikan terperinci untuk mencari kelemahan ini. Dilengkapi dengan dengan pengetahuan ini, mereka menghasilkan iklan yang bertalu-talu untuk memastikan kita membeli produk mereka.

Selain itu ia menggunakan menggunakan orang yang menarik, iklan ini menggunakan orang-orang yang kelihatan tenang, gemar keseronokan, kaya, berkuasa, menarik atau orang muda untuk menyarankan bahawa jika kita menggunakan produk mereka, anda boleh menyertai mereka ataumenjadi seperti mereka.

Gelagat Pengguna

Kaedah memanipulasi lain yang digunakan dalam pengiklanan ialah janji palsu, kekuatan bahasa, kelucuan, helah teknikal, desakan palsu, kumpulan sasaran, dan peranan jantina.

Hidup sebagai pengguna sebenarnya merentasi hampir semua aspek kehidupan, peringkat umur serta lapisan masyarakat, tidak ada yang terkecuali daripada terbabit sebagai pengguna dalam kehidupan seharian. Fikir-fikirkan lah dalam situasi sekarang untuk berbelanja.

No comments: