Wednesday, April 15, 2009

Merancang manhaj kehidupan

        Sudah sekian lama jari jemari ini tidak menaip, berbicara bisu dalam blog yang agak daif ini. ‘Latihan’ terakhir baru-baru ini masih lagi segar dalam ingatan aku dan rakan-rakan. Teruja bila mendengar luahan manhaj kehidupan sahabat-sahabiah, adik-adik yang telah bersama-sama kurang lebih 3 tahun. Masa terlalu cepat berlalu. Sedar tak sedar, nah!, 3 tahun sudah. Umur pun dah meningkat, tapi amalan terasa masih terlalu kurang. Lepas ni nak pimpin keluarga lagi. Harap-harap dapat la... Aku agak kekok bila diajukan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pesoalan peribadi. Bukan tidak mahu berkongsi, tapi sukar untuk berkongsi. Pengalaman lampau kadang-kadang sukar diterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Oh ya, itu bukannya penting sangat pun, yang penting apa yang aku mahu jadi lepas ni. Menulis pun tak pandai sangat. Maklum lah bidang penulisan ini bukan bidang aku. Perangcangan 5 tahun!. Siapa anda selepas itu?. Sambil memandang beberapa subjek yang belum di ambil, aku merasakan ada lagi perkara yang perlu diselesaikan di sini. Antara sebab-sebab ’letih’nya para da’e ini, kerana kebajikan nya tidak terjaga. Maka sebab itu lah perlu ada tenaga pemikir untuk fikir bagaimana untuk memajukan ekonomi orang islam. Bagaimana nak pasar kan produk kita? .Ya, aku sanggup tawarkannya!. Kita bangunkan ekonomi Islam.

     Tetapi aku kagumlah dengan mereka ini, masing-masing ada haluan masing-masing. Dari segi kerjaya, dakwah, dan mendirikan rumahtangga. Ada yang pada awalnya sangat biasa, tapi akhirnya menjadi seorang yang sangat luar biasa pada pandangan saya. Persediaan untuk melangkah ke alam yang lebih luas telah ada. Perbincangan dengan murabbi-murabbi di sekitar Sabah secara informal sedikit sebanyak memberi gambaran situasi di luar sana. Lupakan situasi kampus. Keadaan dan situasi dalam kampus ini sudah tentu kita tak akan beulang lagi. Hanya tinggal kenang-kenangan utuk diceritakan kepada isteri, dan anak-anak. Selepas ini tanggungjawab semestinya akan bertambah. Semoga adik-adik yang akan keluar nanti akan bertemu dengan keadaan yang ”ngam” di tempat masing-masing. Mungkin aku juga perlu keluar sekejap mencari angin semenanjung untuk dapat kan sedikit energy dalam dan luar. Dan mungkin juga aku perlu dapatkan nasihat dari ummi . Mungkin post kali ini terlalu singkat untuk diteliliti, tapi biarlah sekadar coretan peribadi. Terakhir, selamat menduduki Peperiksaan Akhir semester ke-2. Insya’Allah kejayaan milik kita. Salah dan silap harap diampun. Maklumlah 3 tahun tu banyak silap yang dibuat ya. Moga bahagia selalu. Kalau limpas ke Terengganu, jangan lupa singgah ke teratak usang saya. ”Jupe mung dNung”



4 comments:

Lakaran Princess said...

Assalamualaikum
Sedih n terharu baca penulisan a.long kali ni, ana mewakili sahab/yh sangat bersyukur di beri peluang utk kami belajar bersama kalian...
kadang-kadang kita mampu merancang tapi hakikatnya kita dan Allah sahaja tempat kekuatan dan tawakal segalanya..
apa-pun ana n kembar tggu ayam organik..:)

NurSyahadah said...

Lakaran princess..!!!
ehm..ehm.. Nti ngan kembar je ka..?
Yg len mcm mn..?

Ibn Mohamed said...

Wa'alaikumussalam.
Sabar...Dunia belum lagi kiamat. Pelan-pelan ya. Satu-satu la.

Unknown said...

semoga perancangan kita seiring dengan perancangan ALlah...
Jangan teragak2 untuk mencaturkan manhaj kehidupan, a.long, shoot for the moon, even if u lost, u'll land among the star.. apapun semuanya kerana DIA... :) the best luck in ur life...