Thursday, April 16, 2009

Rakyat Terengganu: Jom asah pensel!


       Perkembangan Kerajaan BN Terengganu semenjak kebelakangan ini telah membuka pekung sebenar yang sebelum ini diketahui hanya segelintir rakyat Malaysia. Dengan bermulanya episod ugutan sms bunuh 3 ADUN umno ini telah mendedahkan kepada rakyat, betapa pincangnya pentadbiran Terengganu di bawah Datuk Ahmad Said pada hari ini.Di tambahkan lagi dengan pertembungan konflik dalaman dua kem umno ini. Saya tidak mahu mengulas di negeri-negeri lain lagi, tetapi cukup lah hanya di negeri saya sendiri dahulu.

       Semestinya situasi ini agak memeningkan kepala PM yang ke-6, Dato Seri Najib Tun Abd Razak yang sudah pening dengan kabinet barunya dan negeri-negeri lain yang tidak kurangnya sedang hebat bergolak. Walaupun beliau menyatakan perkara ini, boleh diselesaikan kan dengan segera, saya beranggapan is tidak semudah itu, tuan. Cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya dari kalangan umno BN sendiri sangat mencemaskan Datuk Ahmad Said, dan kalau betul- betul terjadi, beliau akan membubarkan DUN Terengganu. Saya yakin akan disokong penuh oleh wakil-wakil rakyat PAS. Nah, apa tunggu lagi, jom asah pensel!!!. Kita memangkah lah. Rakyat Terengganu kena besedia dengan kemungkinan ini.



No comments: