Wednesday, April 22, 2009

Bau apa ni?


”Hmm…wangi nya!”...kata Anwar. Semua hadirin yang sedang fokus study di situ masing-masing memandang sesama sendiri. Saya terus memandang pada Anwar dan group study nya yang sedang duduk tidak jauh dari saya. Mereka pun mula mengubah topic perbincangan mereka sekejap. Mengulas bau wangi yang sedang dinikmati oleh mereka sebentar tadi. Kelihatan seorang muslimat baru sahaja melimpasi kawasan tersebut. Sah la, ni memang bau muslimat ni!. Agaknya, bauan jenis apa yang di pakainya?.Estee Lauder?, Revlon?.Entah la belalang. Saya yang ada di situ sedikit ’pening’ dengan haruman yang merebak di sekitar ruang bilik study yang tak berapa besar itu akibat daripada keadaan ’tarikan’ bau itu tadi. Awan yang agak suka mengulas isu tabarruj ini liar menoleh kekiri dan ke kanan lalu mula membuka ceritanya. Saya hanya mendengar dengan penuh perhatian.”Kalau muslimat itu keluar berdua-duaan dengan bukan muhrimnya, bertujuan semasa program itu dipanggil fitnah juga ka?” soal Awan. Siapa Wan?. Ni mesti Si Cik Pelangi kamu ni kan?. Belum sempat Awan menjawab, aku sudah meneka. ”Ya”, ujar Awan yang tersipu-sipu menjawab. ”Kamu kawin ja la cepat-cepat, senang sikit”, ujarku yang malas mahu menjawab secara serius soalan nya tadi. Konsep tabarruj dikalangan mahasiswa masih lagi belum difahami dan dihadam oleh sebahagian dari kita kedikit sebanyak boleh merencatkan gerak kerja dakwah pada hari ini. Sudah sekian lama saya perhati kan sebahagian dikalangan muslimat ini berlebih-lebihan dalam isu ini(berhias). Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala bajunya dipenuhi dengan bunga dan corak-corak yang tak tahu apa maksudnya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kita menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam surah An Nur; ayat 31, dan padahnya bukan sama??!!. ”Dah tu, apa yang kami nak pakai?.”, tanya seorang muslimat kepada saya. ”Tutup aurat, elak difitnah”, jawab saya ringkas. Kemudian dia pun pergi meninggalkan saya dengan banyak lagi persoalan tabarruj yang belum terjawab. Kepada Mahasiswa Muslimah, berhati-hati dengan perkara ini. 
  



5 comments:

Islam sebagai wadah said...

salam alaik..
along..
terima kasih atas perkongsian ini..
cuma nk tanya cm mn la klu da tkde baju lain..
Tu je la baju dia..
maklumla setahun sekali balik KG..
tkde masa nk tukar2.
mohon penjelasan berkenaan konsep tabaruj..
kawan tny ngan sy

Unknown said...

tanggungjawab menuntut otak segera mimikirkan langkah terbaik dan ASAP untuk permasalahn ini,.. budaya yg agak sukar nk di usik,,, aduhai muslimah... khazinatul asrar yg semakin di publish...

Ochie~(^_^)v~ said...

salam ziarah akhi..
hehhe.. erm ochie berminat dgn isu ni. erm kalo wangian yg dipakai tu bertujuan utk menghilangkan bau yg x menyenangkan.. itu di larang ka juga?
maafla ochie x arif sgt dlm bab ni.
:) heheh
wassalam

.: ASYQATUL ILLAHI :. said...

nauzubillah...Ya ALLAH...lindungilahku dn shbt2ku

*myself* said...

salam..

ermm.. comment kali ni...
Sudah sekian lama saya perhati kan sebahagian dikalangan muslimat ini berlebih-lebihan dalam isu ini(berhias). Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala bajunya dipenuhi dengan bunga dan corak-corak yang tak tahu apa maksudnya.nak tanya yer.. erm. maksud ayat di atas, tudung yg diletakkan bunga dan ukiran adalah tidak dibenarkan?? begitu??

idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah.kurang bersetuju dgn ayat di atas.. bg sy, itu terpulang atas niat si pemakai.. adakah anda tahu niat si pemakai utk mengayakan pemakain sebgitu? andai niat seseorg itu tidak terlintas pun utk menarik pehatian bukankah itu sudah dikatan fitnah ke atas diri si pemakai? mmgla kita perlu elak utk difitnah, tapi knp si penfitnah mahu juga utk memfitnah tanpa mgetahui niat si pemakai..

oh yar.. walaupun baju itu bercorak, tudungnya berbunga lipat sana lipat sini tapi andai kata baju tersebut longgar dan tudungnya labuh la jugak menutup bahagian yg sepatutnya ditutup adakah itu dikatakan salah jugak?? ker sy yg salah faham dgn mksud si penulis??

honestly to say la kan.. sy antara golongan tersebut, bak kata pepatah, sapa makan cili rasanya pedas tak gitu.. yar rasanya pedas la jugak.. sy terima pandangan anda dan jadikan peringatan utk diri sy.. tapi ada sesetengah pandangan anda sy tidak dpt terima.. mungkin perspektif pandangan sy dr golongan yg biasa2 shj berbeza dgn golongan seperti anda.. apapun itu semua akan sy jadikan sbg panduan.. terima kasih.. :)

pasal wangian tu kan.. ive got no comment sbb sy bukan pengemar wangian.. pening bah.. hahahah.. tapi ada benar gak kata ochie. kalau guna perfume utk hilang kan bau camne tu?? berbalik kepada nawaitu gak kot.. kalau si pemakai perfume tu guna perfume utk elak bau kerna benda lain tak berkesan dan katakan dia berjalan dan bertemu dgn seseorg seperti anda dan shbt anda terus mmbuat andaian seperti yg dinyatakan dlm penulisan anda.. mcm mana pulak tu? :)

maaf andai penulisan sy ada yg salah.. sedang belajar step by step.. :)

apapun.. selamat menempuh alam peperiksana..
wassalam