Friday, May 29, 2009

Demi Kasih Ibu


Peluang balik ke kampung halaman pada cuti semester lebih kurang 4 hari digunakan sebaik-baiknya. Mungkin Allah s.w.t berkeinginan aku berjumpa buat kali terakhir dengan moyang perempuan aku yang sudah melewati berusia kira-kira 120 tahun lebih. Tanpa seorang pun menyangka, itulah pertemuan terakhir kami dengan Allahyarhamah. Keesokan harinya, selepas subuh beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga moyangku ditempatkan dalam golongan orang yang bertaqwa. Ameen. Selepas 4 hari ‘bercuti’ di rumah, aku terpaksa ke Kuantan untuk menjalani Latihan Industri di sini bersama dengan syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Syarikat kesihatan berasaskan Hemoepati, Biokimia, herbalis, dan Aromaterapi. Salah satu produk utama di sini ialah ubat perangsang minda EXAMO-CKM 500 dan SALINDAH (untuk ibu yang mengandung).

Hari Ibu bukalah hanya disambut sehari, tetapi bagi saya ia adalah tiap-tiap hati. Ya, tiap-tiap hari. Anda ingin tahu kenapa?. Saya tidaklah bercadang untuk menceritakan semuanya, tapi saya teruja dan ‘terpaksa’ mengetahui keadaan seorang ibu yang sedang mengandungkan anak sehingga selesai bersalin. Sebelum aku keluar untuk pasarkan produk ini, aku mesti tahu terlebih dahulu akan fungsinya. Sebelum ini aku hanya tahu kesakitan untuk melahirkan anak. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Biasanya seorang ibu mengetahui dirinya mengandung bermula seawal 3 bulan. Bermula pada ketika itu macam-macam jenis penyakit yang berkemungkinan datang samaada berbentuk fizikal ataupun mantel. Itu belum dikira selepas bersalin, membesar dengan penuh kasih sayang. Dengan urat timbul, besimpul biawak, luka, alahan nya, meroyan, sakit gigi dan lain-lain. Alangkah tingginya kasih dan pengorbanan insan yang bergelar ibu ini. Selebihnya, saya pulang kan kepada anda untuk menilainya. Kata orang, seorang ibu itu dapat membesarkan 10 orang anak nya, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya dengan sempurna ketika sudah tua. Fikir-fikirkan lah. "Ya Allah, ya tuhan Aku, kasihani lah kedua ibu bapa aku, sebagaimana mereka menyayangi Aku sewaktu aku masih kecil"
P/s; Kepada Akhi Johan, selamat menimang cahaya mata sulung

No comments: