Sunday, May 3, 2009

Itulah Fatimah Al-Zahra


Sambil meminum segelas teh halia, saya terfikir kehidupan manusia dimasa hadapan. Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.

Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat. itu di Semenanjung. Di sabah?. Lain lagi.

Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anak, kan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah berkahwin.

Tetapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* Alat menggiling gandum
* Bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* Alat penumbuk
* Sebuah bekas air
* Kulit yang di samak
* Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."

Setelah terbaca cerita ini, saya bertanya kepada diri sendiri...sudahkan anda bersedia?

Wallahu’aklam.

3 comments:

Unknown said...

Kesimpulannya: Lelaki hari ini kena pandai memilih perempuan yg mas kawin cuma al-mathurat!!

Normaziah Khori said...

SETAKAT RM20,000 TU MASIH RENDAH :)

Perkahwinan termahal bertahan setahun

KUANTAN: Seorang wanita yang menerima wang hantaran perkahwinan RM444,444.44 September tahun lalu dan mencipta sejarah sebagai yang termahal di Malaysia, memfailkan tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Selain menerima hantaran hampir setengah juta ringgit, Puteri Shahanaz Hazlin juga turut menerima mas kahwin berjumlah RM22,222.22, selain 22 barangan hantaran termasuk sebuah kereta BMW-320i berharga RM250,000, set barangan kemas berharga RM150,000; jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM25,000, cincin (RM20,000), beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

SUMBER : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=71055

-pedoman buat diri ini yg bergelar muslimat..tq 4 d interesting entry :)

Anonymous said...

Bila murah, org kata low class. Bila mahal, berpadanla dgn ijazahnya, diplomanya...

View Profile: Rantong™