Sunday, May 31, 2009

Selamat Bermuktamar


Bahang mukatmar tahunan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) semakin dirasai. Banyak isu-isu yang bakal ‘memanas’kan dewan muktamar. Di sinilah tempat berhimpunnya semua pimpinan, aktivis, penyokong, peminat serta pemerahati sama ada dalam dan luar Negara bagi ingin menilai halatuju gerakan Islam di Malaysia khususnya. Ditambah pula pada Muktamar yang ke 55 ini diadakan pemilihan pucuk pimpinan baru bagi mengemudi Parti pada masa akan datang. Saya sudah sekian lama tidak bertandang ke bumi Selangor untuk berjumpa dengan saudara di sana. Ya, memang berkeinginan ke Selangor, tempat berlangsungnya Muktamar ke-55. Hanya Allah s.w.t yang memberi keizinan. Jadi, siapakah pemimpin pilihan kita?. Ulama’ atau Profesional?.

Dalam ayat 74 surah al Furqan. Allah s.w.t mengajar kita bagaimana memohon daripadaNya. Jika rajin, bacalah daripada ayat 63 sampai habis surah itu. Fahami bagaimana Tuhan kita merencana untuk kita hambaNya yang disayangiNya.

Kita diminta olehNya untuk memohon daripadaNya agar menjadi imam atau pemimpin kepada umat yang bertaqwa. Seawalnya adalah dikurniai isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang dek taqwa yang menyelubungi kehidupan sekeluarga. Bolehkah dibayangkan perkenan Allah untuk doa suami yang buruk perangai untuk memiliki keluarga taqwa?

Ya, memang susah nak cari pemimpin bertaqwa. Sebabnya, taqwa itu memang susah nak dapat. Sebabnya kerana taqwa itu diperolehi hanya dengan ilmu. Ilmu pula hendaklah diiktiraf Allah sebagai ilmu yang berguna. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membawa kepada taqwa!
Yang bertaqwa hanyalah yang berilmu. Yang berilmu tanpa iman dan taqwa adalah tidak berilmu. Sekadar antah, disisih beras dan nasi.

Semua ilmu boleh memandu kepada taqwa. Ilmu adalah kurniaan agung daripada Allah kepada manusia.

Mereka kata, ulama ialah yang ilmu wahyunya adalah rasmi. Ada sijil. Mereka kata, profesional adalah yang ilmu akalnya adalah rasmi. Ada sijil.

Jika begitu dipakai guna, maka samada pemimpin kita itu seorang ulama atau profesional, dia mampu untuk menjadi pemimpin bertaqwa. Sebab, samada ilmu itu naqli (wahyu) atau aqli (akal), ia boleh mencetus taqwa.

Kata saja begini, ulama apabila bertaqwa adalah profesional. Juga, profesional apabila bertaqwa adalah ulama. Titik temu adalah taqwa. Taqwa itu isi profesionalisme. Taqwa itu isi ulamaisme. Begitu tafsiran dan istilah ugama.

Persoalan ulama’ dan profesional ini sekali lagi dibangkit kan pada muktamar kali ini. Padahal ianya sudah sekian lama dibincangkan. Mungkin juga akibat pendekatan baru PAS menerima semua makhuk dalam partinya menyebabkan perkara ini perlu dibangkit dan diterangkan kembali. Slogan PAS Untuk Semua @ PAS For All masih lagi relevan untuk direalisasikan. Kerana Islam itu bukan hanya untuk ulama’ atau Profesional, atau Melayu sahaja. Saya membawa kepada satu analogi mudah. Bayangkan sebuah kereta, di mana setiap komponen nya mempunyai tugas dan tanggung jawab masing-masing. Tayar tidak boleh komplen stereng , lalu tayar mengambil alih tugas stereng. Akan hancur lah jawabnya sebuah kereta itu. Begitu juga dalam berorganisasi. Semoga Allah s.w.t memberi tugas setimpal dengan kemampuan kita. Jadilah orang yang membantu kebangkitan Islam. Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan. SELAMAT BERMUKTAMAR, ALLAHUAKBAR!

No comments: