Monday, September 8, 2008

Dimana Tarbiah kita?

Maghrib tadi, saya kurang berselera untuk menjamah nasi talam. Bertambah keringlah aku kalau macam ni. Mungkin disebabkan saya telah makan bubur brobok dah banyak. Sejenis masakan Bugis ala bubur lambuk semenanjung. Alhamdulillah, sedap. Kalau makan terlalu kenyang, alamak malas lah nak bertarawih malam ni.


Kadang-kadang saya berfikir sorang-sorang, macam mana nak wujudkan bi’ah solehah di kampus yang sekecil ini. Ada juga saya bertanya sahabat-sahabat tentang perkara ini. Tapi masih lagi menemuai jalan buntu. Nak hidupkan budaya cintakan majlis ilmu dirasakan masih lagi sukar. Kita kadang-kadang bercakap dalam konteks untuk mendominasi pemikiran dan tindakan mahasiwa di kampus, tetapi tahap ahli persatuan sendiri masih lagi mencari rentak dan memilih-milih aktiviti atau program. Teringat Diskusi Ilmiah selepas subuh tadi, jawapan daripada Yusuf tadi mengatakan tugas menyampaikan dakwah ini adalah bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. Berkata Ustaz Fathi Yakan, dalam bukunya, ”Golongan-golongan yang tercicir disepanjang jalan dakwah” mengatakan antara sebab utama terjadinya gejala keciciran ini ialah kelemahan dari sudut tarbiah itu sendiri. Sebelum kita melihat ahli secara keseluruhan, ahli di dalam tarbiah sendiri pun kurang membantu aktiviti tarbiah, semestinya ini satu kelemahan dari sudut tarbiah semua ahli. Persatuan banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti. Tidak kira bersifat ilmiah, akademik, kemasyarakatan dan lain-lain. Program paling hambar sambutannya adalah yang bersifat ilmiah. Contoh kelas pengajian Al-Quran pagi semalam sudah dibuktikan berbanding dengan aktiviti masak bubur brobok petang tadi. Sengaja saya tidak terlibat secara langsung kerana sudah ramai para pemerhati-pemerhati yang setia tadi. Saya bercakap bukan untuk membuka pekung, tetapi untuk memberi kesedaran kepada semua betapa perlu dan pentingnya kepada ilmu bagi seorang dai’e ini. Gunalah peluang seluas-luas dalam bulan Ramadhan kareem ini untuk mentarbiah diri sendiri dan ahli-ahli persatuan supaya kita dapat ijazah first class dari madrasah Ramadhan kali ini. Saya mendoakan kita semua dapat menghidupkan satu suasana berlumba dalam menuntut ilmu, terutama Ilmu Al-Quran. Selamat mencari lailatul Qadar.

Saturday, September 6, 2008

Tunggu dan lihat

Walaupun 16 September semakin hampir, sebagai orang yang ingin melihat Islam dijulang di tanah air tercinta ini, kita di nasihatkan supaya jangan terlalu ghairah dalam perkara ini. Tunggu dan lihat. Jika sekiranya ia menguntungkan Islam dan pengikutnya, kita mesti bersama menyokong perubahan ini. Tetapi jika ia tetap meminggirkan hukum Islam, ia menjadi satu kewajipan kepada kita melawannya. Kerana kita perlu menilai matlamat menguasai pilitik itu sendiri. Jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) bersikap terlepas pandang dalam menentukan dasar kerajaan baru dengan tidak turut berbincang dengan pimpinan Parti Islam, maka kita tidak teragak-agak untuk menentang kerajaan baru dan keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Saya pun belum pernah dengar janji dari DSAI untuk sama-sama tegakkan hukum Islam.

Sikap terlalu mengagungkan DSAI dikalangan ahli PAS sendiri yang merendahkan keupayaan Tuan Guru kita, walhal pimpinan kita adalah yang terlebih layak dalam memimpin kerajaan, dengan kemampuan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi sepatutnya diketengahkan dalam memimpin negara kita berpandukan cara-cara yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Tentulah Tuan Guru amat mengetahui cara yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W ketika ingin membentuk negara Islam Madinah yang mana sebelum itu dipersaudarakan dahulu kaum Muhajirin dan Ansar untuk mencairkan asabiah perkauman atau puak masing-masing hingga yang tinggal hanya roh Islam dan supaya perbezaan keturunan, warna kulit dan kedaerahan semua dihancurkan yang tinggal hanya Islam tiada satu pun yang boleh membanggakan atau merendahkan seseorang melainkan dengan ketaqwaan sahaja.

Mungkin boleh disamakan ahli PAS sebagi Muhajirin yang turut berhijrah meninggalkan kemewahan dikampung untuk menyebarkan Islam ke setiap negeri Malaysia dan PKR sebagai Ansar yang menolong dan memberi bantuan ini boleh menyatukan fikrah sesama pemimpin dan pendokong semestinya kita akan mampu mentadbir Malaysia dengan jaya dan mencapai redha Allah S.W.T. Bersama memacu perubahan, Insya’Allah.

Thursday, September 4, 2008

Ibu oh Ibu

tit..tit..tit.. new message: 'harap sgt para imam solat buat persediaan jadi imam solat. perbetulkan bacaan....'Itu lah sebahagian sms yang sangat panjang untuk dibaca. Terima kasih. Begitu perihatin hamba Allah ini terhadap bacaan pak2 imam. Ini lah tanggung jawab sesorang tu, kalau nak jadi imam. Bukan sahaja dalam solat, keluar solat pun lebih-lebih lagi. Selepas selesai solat tarawih, sempat juga mengajar adik-adik di sini mengaji, tiba-tiba saya teringat ibu di kampung. Bukan apa, melihat keadaan di sini, ramai lagi masyarakat di sini tidak boleh mambaca Al-Quran dengan baik. Aku pun bukan pandai sangat baca pun. Alhamdulillah, berkat ketekunan ummi mengajar aku semasa kecil, ini lah aku sekarang. Teringat lagi semasa masih kecil, aku antara adik beradik paling liat nak mengaji. Time mengaji lah, aku mesti mencari alasan tak nak mengaji. Memang aku kagum lah dengan ummi, macam mana dengan ketekunan mengajar aku sampai bangun malam. Biarkan aku tidur dulu. Lepas tu aku pula baca dalam keadaan terpaksa. Kesabaran ummi memang tinggi. Pada hari ini baru aku sedar apa yang ummi buat itu bukan untuk mendera aku. Tetapi untuk mengajar. Walaupun tak bersekolah tinggi. Sesekali aku mendengar suara dari telefon, sayu pula hati ini. Ya lah, anak mana yang tak sayangkan ibunya. Tetapi komitment dan tanggung jawab mencari ilmu yang memisahkan kita. Rupa-rupa nya ramai lagi masyarakat kampus di sini perlukan perhatian. Tunjuk ajar. "Bang, boleh mintak tolong ajar?", itulah yang di ucapkan oleh Anwar. Kelihatan Sut, Aboo, Shai, Imran dan beberapa org lagi begitu bersemangat untuk mendalami Al-Quran. Sekurang-kurangnya kita masih sedar dan tidak terlewat untuk belajar. Ada juga yang baru nak mula mengaji. Ya lah, memang perkara ini sering terlepas pandang akan kepentingannya. Tetapi ia memberi effect yang cukup bahaya pada generasi yang akan datang. Universiti tidak menyediakan sistem pembelajaran agama di Kampus. Pendedahan dengan unsur-unsur luar dan hedonisme kian rancak menyebabkan kita semakin jauh dari lampu Al-Quran. Macam mana lah kita nak lahirkan ”generasi Al-Quran”, jika sistem pembelajaran kita masih dibelenggu dan dijajah. Mungkin inilah yang patut kita perbetulkan selepas "tsunami" nanti. Perlu lah dakwah fardiyyah di guna kan. Semoga kedatangan ramadan ini dapat mengurangkan dosa-dosaku, ibubapaku,keluarga, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan, serta orang-orang yang ingin mengambil peluang dalam bulan rahmat ini.

Tuesday, September 2, 2008

Menanti 16 September

Media sekarang dilihat semakin rancak mengulas tentang sejarah yang akan dicoret di negara Malaysia. Bermula dengan kenyataan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, peralaihan kuasa dicadangkan dengan cara bukan melalui pilihan raya secara langsung. Manusia sememangnya harus merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Di samping menanti kejadian ini, mahasiswa perlu memikirkan peluang kepada peristiwa ini jika benar-benar berlaku. Tawaran alternatif ini harus diambil oleh mahasiswa Islam. Mengisi kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan.

Pemanis.

Sebelum September 16, pasti DSAI dah tetapkan dateline rundingan sebelum agenda berjalan. Itu strategi politik yang tak semua orang boleh buat. Tajol Rosli gagal merampas takhta kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebab dia tak de strategi ni. Tajol cuma ada tarikh, tapi tak pernah rancang strategi. Ini kita panggil politik hentam kromo. Tapi 31 Ogos telah gagal kerana plan strategi tidak ada.

Kepercayaan & Keyakinan

Nak deal bukan senang. Ini bukan deal nak jual beli kambing. Ini deal nak tukar tampuk no-1. Kena tanam kepercayaan & keyakinan. Bukan sorang dua yang nak ditanam kepercayaan & keyakinan tapi lebih dari 30 orang. Buakn satu benda yang senang. Kita ni nak yakinkan member rapat pun sikit punya susah, ini pula nak yakinkan pihak yang bukan segaris dengan kita.