Thursday, September 4, 2008

Ibu oh Ibu

tit..tit..tit.. new message: 'harap sgt para imam solat buat persediaan jadi imam solat. perbetulkan bacaan....'Itu lah sebahagian sms yang sangat panjang untuk dibaca. Terima kasih. Begitu perihatin hamba Allah ini terhadap bacaan pak2 imam. Ini lah tanggung jawab sesorang tu, kalau nak jadi imam. Bukan sahaja dalam solat, keluar solat pun lebih-lebih lagi. Selepas selesai solat tarawih, sempat juga mengajar adik-adik di sini mengaji, tiba-tiba saya teringat ibu di kampung. Bukan apa, melihat keadaan di sini, ramai lagi masyarakat di sini tidak boleh mambaca Al-Quran dengan baik. Aku pun bukan pandai sangat baca pun. Alhamdulillah, berkat ketekunan ummi mengajar aku semasa kecil, ini lah aku sekarang. Teringat lagi semasa masih kecil, aku antara adik beradik paling liat nak mengaji. Time mengaji lah, aku mesti mencari alasan tak nak mengaji. Memang aku kagum lah dengan ummi, macam mana dengan ketekunan mengajar aku sampai bangun malam. Biarkan aku tidur dulu. Lepas tu aku pula baca dalam keadaan terpaksa. Kesabaran ummi memang tinggi. Pada hari ini baru aku sedar apa yang ummi buat itu bukan untuk mendera aku. Tetapi untuk mengajar. Walaupun tak bersekolah tinggi. Sesekali aku mendengar suara dari telefon, sayu pula hati ini. Ya lah, anak mana yang tak sayangkan ibunya. Tetapi komitment dan tanggung jawab mencari ilmu yang memisahkan kita. Rupa-rupa nya ramai lagi masyarakat kampus di sini perlukan perhatian. Tunjuk ajar. "Bang, boleh mintak tolong ajar?", itulah yang di ucapkan oleh Anwar. Kelihatan Sut, Aboo, Shai, Imran dan beberapa org lagi begitu bersemangat untuk mendalami Al-Quran. Sekurang-kurangnya kita masih sedar dan tidak terlewat untuk belajar. Ada juga yang baru nak mula mengaji. Ya lah, memang perkara ini sering terlepas pandang akan kepentingannya. Tetapi ia memberi effect yang cukup bahaya pada generasi yang akan datang. Universiti tidak menyediakan sistem pembelajaran agama di Kampus. Pendedahan dengan unsur-unsur luar dan hedonisme kian rancak menyebabkan kita semakin jauh dari lampu Al-Quran. Macam mana lah kita nak lahirkan ”generasi Al-Quran”, jika sistem pembelajaran kita masih dibelenggu dan dijajah. Mungkin inilah yang patut kita perbetulkan selepas "tsunami" nanti. Perlu lah dakwah fardiyyah di guna kan. Semoga kedatangan ramadan ini dapat mengurangkan dosa-dosaku, ibubapaku,keluarga, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan, serta orang-orang yang ingin mengambil peluang dalam bulan rahmat ini.

No comments: