Monday, June 30, 2008

Anda berpotensi besar

Jam menunjukkan pukul 2.30 am. Dalam keadaan suasana tenang dan hening kami mengejutkan dua orang pimpinan yang masih lena. Terasa diri ini bukanlah selayaknya mentarbiyyah orang lain, tapi atas rasa tanggungjawab dan kasih, saya bersama dengan beberapa sahabat dan sahabiah yang lain cuba melakukan yang terbaik. Anda berdua ada potensi besar, cuma persoalannya adakah ianya digilap dengan cukup?. Aktiviti pagi semalam juga mengajar diri sendiri.

Konspirasi

Episod politik hari ini ibarat telenovela yang memaparkan episod semakin suspend. Penonton ternanti-nanti akan episod seterusnya. Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Ianya berlaku dengan konsprasi. Kerajaan umno BN semestinya akan menggunakan power yang masih ada untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat(PR) ke Putrajaya. Berkemungkinan modul 1998 masih releven untuk digunapakai. GAMIS perlu mencontohi gerakan mahasiswa Indonesia dalam usaha menurunkan harga minyak. Tahniah kepada GAMIS semenanjung kerana bejaya ke sana. mudah-mudahan dapat membawa pulang 'buah tangan' dari seberang.

Sunday, June 29, 2008

Nikmat yang tidak disyukuri


Hari itu saya sempat keluar untuk urusan dengan seorang sahabat, e-se(bukan nama sebenar) ke bandar. Dalam perjalanan kami merempit, tiba di satu traffic light, tiba-tiba motor kami semput dan enjin nya terus mati. Rupa-rupanya motor itu telah kehabisan minyak. Terpaksalah dalam kepanasan petang itu kami menolak motor tersebut. Dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran e-se kami berjaya jugak sampai ke stesen minyak. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami diuji dengan pancitnya tayar motor ini. Terpaksa e-se menolak motor tersebut sejauh lebih kurang 5 km. Hari itu kami betul2 telah ’dilatih’ secara langsung oleh Allah s.w.t.
Saya juga melahirkan rasa kesal dengan perkembangan kenaikan harga minyak Malaysia RM 2.70 seliter pada hari ini. Malaysia mempunyai hasil minyak yang berkualiti. Tetapi nikmat yang dikecapi oleh rakyat semakin hari, semakin terhakis. Malangnya rakyat Malaysia kerana masih lagi memilih pemimpin yang menindas rakyat.

Monday, June 23, 2008

Pemasaran

Saya terbaca dalam satu artikel dalam internet yang bertajuk ”Jenayah akademik Aktivis Dakwah”. Hati saya tersentak dengan statement tersebut. Ramai sahabat-sahabat yang mahu memperjuangkan islam ini mengambil mudah dalam hal akademik. Saya pun bermuhasabah dengan perkara ini.

Advertising

Bilamana ramai sahabat dari kewangan Islam, Perbankan Luar Pesisir, Ekonomi kewangan, Multimedia, e-dagang, Syariah, Pengajian Islam mengemukakan idea dalam bidang mereka, saya pun ingin mengetengahkan bidang saya. Dalam ilmu pemasaran Iklan dan pemasaran agresif , yang bertujuan membuat kita berbelanja lebih dan memuja jenama. Bayangkanlah pada tahun 1998, industri iklan membelanjakan USD$345 billion diseluruh dunia keatas strategi pemasaran yang mempengaruhi sebahagian besar kehidupan seharian kita tanpa kita menyedarinya. Saya ingin menyambung artikel saya sebelum ini.

Kenapa kita membeli melebihi keperluan ketika berbelanja di pusat membeli-belah? Kerana seni bina dan skema warna di pusat seumpamanya direka dengan teliti oleh pakar psikologi untuk mempengaruhi corak pembelian kita.

Menurut penulis buku Coercion: Why We Listen to What ”They” Say, Dougles Rushkoff, pereka bentuk pusat membeli belah melakukan kajian terperinci untuk mencipta struktur dan persikitaran yang merangsang anda untuk membeli.

Teknik yang mereka gunakan untuk mempengaruhi kita berbelanja lebih dikenali sebagai ”susana yang mendorong” iaitu kajian mengenai bagaimana susunan tingkat, warna, bunyi, bahkan bau, mampu merangsang kita membeli lebih banyak barang.

”Suasana yang mendorong” ini sebenarnya mensasarkan deria-deria khusus. Melalui lima deria kita, pereka untuk membentuk ”suasana yang mendorong” boleh mencepat dan memperlahankan pergerakan kita, menarik atau menjauhkan kita dari kawasan tertentu, membuatkan kita berasa selamat atau bimbang yang sukar dijelaskan, mengubah persepsi masa kita, dan paling penting, menambah jumlah wang dibelanjakan.

Anda mungkin pernah melihat tipu muslihat berikut ketika mengunjungi pusat membeli-belah seperti keselesaan lantai untuk pejalan kaki, pelan tingkat yang mengelirukan, dan suhu, dan pencahayaan yang sama.

Selain itu mereka juga menggunakan warna dalaman tidak menarik, tarikan patung pakaian, menggunakan lebih banyak pintu masuk dan pintu putar, meletakkan barangan mahal di ruang sayap luas, menyediakan kaunter keluar yang lebih besar, penggunaan muzik, bau harum, yang mempengaruhi kita secara tidak sedar, dan bau makanan yang enak.

Kenapa kita akur dengan iklan?. Kita terpengaruh dengan iklan di majalah iklan yang merasakan diri kita kekurangan. Manusia adalah makhluk yang kompleks. Kompleksiti yang sama memberikan kita keupayaan untuk memanipulasi dan dimanipulasi. Pengiklan telah melakukan penyelidikan terperinci untuk mencari kelemahan ini. Dilengkapi dengan dengan pengetahuan ini, mereka menghasilkan iklan yang bertalu-talu untuk memastikan kita membeli produk mereka.

Selain itu ia menggunakan menggunakan orang yang menarik, iklan ini menggunakan orang-orang yang kelihatan tenang, gemar keseronokan, kaya, berkuasa, menarik atau orang muda untuk menyarankan bahawa jika kita menggunakan produk mereka, anda boleh menyertai mereka ataumenjadi seperti mereka.

Gelagat Pengguna

Kaedah memanipulasi lain yang digunakan dalam pengiklanan ialah janji palsu, kekuatan bahasa, kelucuan, helah teknikal, desakan palsu, kumpulan sasaran, dan peranan jantina.

Hidup sebagai pengguna sebenarnya merentasi hampir semua aspek kehidupan, peringkat umur serta lapisan masyarakat, tidak ada yang terkecuali daripada terbabit sebagai pengguna dalam kehidupan seharian. Fikir-fikirkan lah dalam situasi sekarang untuk berbelanja.

Sunday, June 22, 2008

Semangat Baru


Tsunami Politik Malaysia sedang hebat diperhatikan di seluruh dunia. Bermula dengan Pilihan Raya Umun ke 12, Isu lompat parti, Ezam masuk umno, Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dan presiden umno selama 22 tahun yang juga pengasas umno baru juga mengishtiharkan keluar umno. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menawarkan kesediaan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam masa yang terdekat. Dan banyak lagi isu-isu yang semakan hari semakin mendebarkan. Dalam dunia politik, tidak ada perkara yang mustahil boleh berlaku. Cuma harapan kita rakyat Malaysia supaya orang yang memimpin negara ni biarlah orang yang selayaknya. Episod kronologi ini merupakan hasil pen
gorbanan orang-orang yang yang merintis dan menyambung pejuangan lebih awal daripada kita.

Memimpin perubahan

Mengisi dan memimpin perubahan adalah lebih sukar dari mencipta perubahan. Manteliti perlu diubah dari keadaan yang lama. Tambahan pula iklim ekonomi dunia yang sedikit mendung dengan harga Bahan Bakar(petroleum) dunia semakin meningkat, kekurangan sumber makanan dunia, peningkatan harga barang, menularnya banyak penyakit, peperangan yang masih tiada noktah dan lain-lain. Rakyat juga perlu mengemukakan idea mekanisme baru bagi mengatasi situasi ini.


Penyakit sosial

Antara penyakit sosial yang kurang diperkatakan adalah tabiat membeli belah yang tidak penting. Membayar berlebihan untuk barangan berjenama sebenarnya di buat di negara China, vietnam malah di negara kita sendiri atau merasa kepuasan seketika berbelanja lebih tetapi menyesal kemudian.

Proses perbandaran telah membawa makna gaya hidup dan gaya hidup ini pula diberi makna dengan membeli barangan. Rakyat kita sememangnya gemar membeli belah, tidak kurang juga para mahasiswa. Bayangkan lah jika wujudnya perbandaran, akan wujud lah pesat-pusat membeli belah.

Kita kini sebenarnya semakin cepat betukar kepada bangsa membeli belah yang berterusan, malah tidak mampu berjalan-jalan di sepanjang jalan tanpa membuat sebarang pembelian , walaupun ia remeh temeh.

Malah kaji selidik yang dibuat oleh AC Nielson juga turut mendedahkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ramai pembeli-belah yang tegar. Kajiselidik ini menggambarkan kita adalah pembeli yang membeli dengan kerap.

Lihat juga angka rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit , pada Disember 2005 terdapat 7.94 juta kad kredit berada dalam edaran dan pemegang kad ini pula membelanjakan RM 37.7 billion.

Peningkatan 186.6% dan 163.6% ini amat membimbangkan terutama sekali apabila dibandingkan kepada 2.82 juta kad kredit dalam edaran pada 2000 dan pembelian yang dibuat hanya RM 14.3 bilion.

Pertumbuhan dalam perbelanjaan kad kredit ini perlu mendapat perhatian kerajaan memandangkan kajian yang dijalankan oleh universiti tempatan telah menunjukkan bahawa 11% kes bangkrap akibat hutang kad kredit.

Apa yang menarik perhatian saya, mereka yang berusia 20-30 tahun merupakan 8 % daripada mereka yang bangkrap dan punca utama kebangkrapan golongan-golongan muda ini ialah perbelanjaan berlebihan menggunakan kad kredit. Mahasiswa di mana?.

Pusat membeli-belah, syarikat-syarikat menggunakan “suasana yang mendorong”, mata rahsia dan alatan mengesan laluan di dalam produk dan helah lain untuk memanipulasi pengguna tanpa mereka menyedarinya.

Mereka menggunakan warna, bau, suhu, cahaya, kedudukan tempat, muzik, wangian, atau pelbagai senjata lain untuk menyerang keadaan separa sedar kita, keperluan emosi dan perasaan tidak selamat anda.Sebab itulah wanita lebih cenderug kearah ini kerana mempunyai 9 jenis emosi.

Mereka mungkin lebih mengenali diri anda kerana mereka mempelajari tabiat anda untuk memanipulasi anda. Kenapa manusia sering mengaitkan identiti diri dengan tas tangan mahal atau jam tangan mewah? Kenapa Nike, Coke, dan McDonald’stidak dapat dipisahkan daripada kita?.Kenapa pula pasar raya dan pusat membeli-belah terlalu menarik?....Saya tinggalkan seketika untuk pembaca berfikir mencari jawapannya.

Sumber dari SIASAH, 29 Dis 06; m/s: 19

Friday, June 20, 2008

Think Outside the box


Bismillah…

Alhamdulillah,setelah sekian lama menyepi dari menulis artikel dalam blog ni, Allah s.w.t telah mengerakkan tangan dan tubuh ini untuk menulis bagi berkongsi dengan membaca.Bukan ada apa yang menarik pun. Saya mula kan dengan Firman Allah s.w.t;


“Sesungghnya , kami menurunkan kepadamu kitab(Al-Quran)dengan membawa kebenaran untuk manusia; barangsiapa yang mendapat petunjuk, maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri dan engkau bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka ” . Az Zumar; 41.

Selepas Program Bakti Siswa Pembangunan Modal Insan, saya bersama-sama sahabat lain ke Kota Kinabalu. Kemudian terus ke Bukit Garam, daerah Kinabatangan. Di sana sempat juga bersama dengan adik-adik sekitar Kinabatangan dalam program yang saya kira cukup bermakna.


Mahasiswa Borneo perlu lebih agresif dalam bidang dakwah

Memandangkan gerakan kristianisasi yang cukup hebat di Borneo ini, saya mengajak
golongan-golongan yang cintakan islam bangkit bersama-sama dlm memikul beban dakwah ini. Tambahan pula kita sekarang diberi ‘advantage’ oleh Allah s.w.t untuk melangkah dengan lebih laju dari biasa.