Saturday, January 30, 2010

Erti sebuah kesetiaan

Kisah ini terjadi disebuah pekan kecil di Utara Switzerland, tinggal seekor anjing bersama dengan tuannya. Lelaki tersebut sangat menyayangi anjingnya itu. Hubungan mereka berdua sangat akrab. Diceritakan setiap hari pada waktu pagi anjing tersebut akan keluar bersama dengan tuannya menuju ke stesen kereta api. Anjing tersebut akan menemani tuannya sehingga ke stesen kereta api dan akan menunggu kepulangan tuannya pada sebelah petang. Sebelum berpisah tuannya akan membelai dan mengusap-usap anjingnya, dan anjing pun akan menjilat-jilat tuannya. Apabila menjelang petang anjing tersebut akan menunggu kepulangan tuannya dengan gembira dan mereka pun pulang ke rumah bersama-sama. Begitu lah rutin kehidupan mereka berdua ini…

Setelah beberapa tahun berlalu, tuan anjing tersebut telah sakit dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi kematian tuan anjing tidak dimaklumkan kepada anjing tersebut. Seperti hari-hari biasa, anjing ini akan menuju ke stesen kereta api untuk menunggu kepulangan tuannya pulang dari bekerja. Apabila kereta api berhenti seorang demi seorang telah keluar, tetapi tuannya tidak muncul-muncul. Sehinggalah pada pada sebelah malam, anjing tersebut pulang ke rumah dalam keadaan yang hampa. Pada waktu pagi keesokannya, anjing tersebut pergi semula ke stesen kereta api tersebut untuk mencari tuannya dan menunggu dengan penuh sabar. Tetapi tuannya juga tidak ada. Lalu pulang kerumah. Pada petangnya, anjing tersebut sekali lagi menuju ke stesen kereta api tersebut untuk menunggu ketibaan tuannya, tetapi malangnya tuannya juga tidak muncul. Begitulah perbuatan anjing tersebut setiap hari. Lama kelamaan anjing tersebut sudah tidak pulang lagi ke rumah dan hanya menunggu tuannya distesen kereta api tersebut. Ianya bukan hanya berlaku sehari dua, tetapi memakan masa bertahun-tahun sehingga anjing tersebut sakit lalu meninggal dunia. Peristiwa sedih ini telah disaksikan oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Bagi memperingati peristiwa ini, masyarakat di sana telah mebina satu tugu patung anjing dan tuannya bagi menggambarkan nilai sebuah kesetiaan.

Peristiwa ini, mungkin hanyalah sekadar seekor anjing yang tidak mempunyai akal, tetapi masih mempunyai naluri dan perasaan. Manusia berakal pula bagaimana?

Monday, January 25, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Sekadar berkongsi (Bahagian 3)

Perkara yang menyalahi adat

a) Mukjizat: Diberi kepada nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. Contohnya, Tongkat nabi Musa a.s bertukar menjadi ular, api menjadi sejuk ketika nabi Ibrahim dicampakkan kedalam api tersebut, Rasulullah s.a.w dapat membelah bulan, dan lain-lain.

b) Irhas: Diberikan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul a.s sebelum baginda dilantik menjadi rasul

c) Karamah: Diberi pada orang yang mengamalkan sunnah yang beramal soleh.

d) E’anah: Diberikan kepada orang mukmin bias. Ketika keadaan betul-betul terdesak

e) Istidraj: Lahir dari orang yang kafir dan fasiq, iaitu orang yang berbuat dosa besar yang dia mahukan.

f) Al-Hianah: Lahir dari orang yang kafir dan fasiq. Terjadi dengan menyalahi kehendaknya.

g) Sihir @ Al-kahanah: Terjadi dengan bantuan syaitan.


Rukun wuduk

a) Niat

b) Muka

c) Tangan hingga kesiku

d) Sapu sebahagian kepala

e) Kaki

f) Tertib


Makna niat

Tuju hati untuk melakukan sesuatu serentak dengan perbuatan


Had wajah memanjang dan melebar

Memanjang: Anak rambut hingga ke tulang dagu

Melebar: Anak telinga ke anak telinga.

* Bagi Muslimat,wajib menutup bawah dagu kerana ia tidak dikategorikan sebagai kawasan muka.


Perkara yang menghilangkan akal yang membatalkan wuduk

a) Mabuk

b) Sawan

c) Pitam

d) Gila

e) Tidur yang tidak tetap papan punggung


Syarat tidur yang membatalkan wuduk

a) Badan yang terlalu kurus

b) Tidak tetap papan punggung

c) Beralih tempat ketika terjaga

d) Ada orang yang maksum(nabi) atau orang yang adil bagitahu, wuduk telah terbatal.


Lelaki menyentuh perempuan batal wuduk melalui 5 syarat;

a) Tersentuh kulit dengan kulit

b) Jantina yang berbeza

c) Bernafsu sahwat

d) Bukan mahram

e) Ajnabi


Mahram dengan sebab nasab, susuan, dan bersemenda

Tidak boleh dikahwini


Zahir solat ialah syarat sah solat, rukun solat, sunat ab’adh, dan sunat haiat.


Syarat sah solat

a) Berdiri jika mampu, khaifiat (cara) solat. (mana rukun,sunat)

b) Suci dari hadas besar dan kecil.

c) Masuk waktu

d) Menghadap kiblat.

e) Thaharah (bersuci)

f) Tutup aurat.

Tahu masuk waktu dengan yakin, idjtihad, dan zaan yang kuat.

Makna batin telapak tangan dan jari

Tidak sah solat di belakang;

a) Kafir

b) Lelaki belakang perempuan

c) Lelaki belakang khunsa.

Wednesday, January 6, 2010

Sekadar berkongsi (Bahagian 2)

Ikhlas dan tasdik syarat beramal.
Ikhlas: Tidak mengharap pada pandangan manusia. Tasdik Membenarkan dengan lapang hati dan dada.

Erti Munafiq
Iktiqad : Sembunyikan kufur, zahirkan iman.
Amal : Tidak ikhlas. Riak, nak tunjuk pada manusia.

Erti kafir
Tidak memperakui perintah Allah s.w.t.

Asal Iman dalam Ilahiyyat, nubuwwat dan ghaibiyyat
Ilahiyyat: sifat wajib 20, mustahil 20, dan harus 1
Nubuwwat(kenabian):
Apa makna SAIYYIDUNA?
a) Orang yang memimpin kaumnya
b) Orang yang banyak pengikut
c) Orang yang menjadi rujukan manusia dan ketika kesusahan.
d) Orang yang lemah lembut. Tidak mudah dikuasai sifat marah.
Ghaibiat( Perkata ghaib):
Alam Roh, azab kubur, hari kebangkitan, dosa, pahala, syurga, neraka, timbangan mizan, dan lain-lain

Makna ;
Mathil: Serupa semuanya
Shabih: Ada sebahagian sikit yang sama
Nazhir: Serupa yang kebanyakan sifat Allah sw.t
Syarik: Tidak ada sekutu bagi Allah s.w.t (zat, sifat,perbuatan)

Syirik berlaku dengan 3 keadaan:
Perkataan, perbuatan, dan iktiqad.

Makna nabi dan rasul

- Manusia lelaki yang merdeka
- Sejahtera daripada perangai buruk dan kehinaan yang diwarisi oleh ibu dan ayahnya.
- Nabi diwahyukan dengan syariat dan tidak wajib untuk menyampaikan kepada orang lain. - - Rasul diwahyukan olehnya syariat yang diperintahkan untuk menyampaikannya.

Sunday, January 3, 2010

Sekadar berkongsi... (Bahagian 1)

Beberapa masalah dari bab Aqidah, Solat dan tasauf dalam kitab

Risalah Al Jamiah


Pengenalan Risalah Al-Jamiah

Kitab ini telah dikarang oleh Al-Allamah Al-Habib Ahmad Bin Zain Bin Alawi Al- Habshi rahimahullah taala. Salah seorang ulama di Hadralmaut, Yaman. Lahir pada 1069 Hijrah dan wafat pada hari Jumaat 19 Sya’ban 1145 Hijrah. Kitab ini dijadikan asas kepada pembelajaran bagi majoriti pelajar di Yaman. Walaupun sudah mempelajari kitab ini, namun para ulama’ tetap juga membuka kitab ini bagi mengambil keberkatan kitab ini. Semoga Allah s.w.t menempatkan pengarang kitab ini, dan kita dikalangan golongan yang muttaqin, Amiin. Al-Fatihah.


Kelebihan risalah Al-Jamiah

Doa pengarang yang merupaka ulama’ besar di Yaman: “….Mudah mudahan Allah s.w.t menggolongkan orang yang belajar ini dalam orang yang berilmu zahir dan batin dengan taufiq”


Tiga bentuk alim.

a) ‘Alim : Ditujukan kepada manusia. Dia dapat mengetahui sesuatu bidang itu dengan sangat baik.

b) Al-Allamah: Orang yang tersangat ‘alim. Dapat menguasai banyak bidang dan lapangan ilmu.

c) Al-‘Alimun: Sifat yang layak hanya bagi Allah s.w.t yang maha mengetahui. Semua perkara berada dalam pengetahuan Allah s.w.t.


Hukum baca Bismillah.

a) Wajib. Ketika dalam solat. Kerana Bismillah adalah sebahagian daripada 7 ayat afatihah yang menjadi rukun dalam solat.

b) Sunat. Ketika ingin melakukan sesuatu yang baik dan penting-penting.

c) Harus.ketika ingin menindahkan sesuatu barang ketempat yang lain.

d) Makruh.Ketika melakukan perkara yang kurang elok dan makruh. Contohnya merokok, makan makanan yang berbau busuk, mencabut uban dan lan-lan.

e) Haram. Ketika melakukan maksiat.


Hukum baca Alhamdulillah

a) Wajib. Ketika berkhutbah Jumaat

b) Sunat. Ketika selesai buat perkara penting yang tidak maksiat

c) Makruh. Ketika ditempat yang kotor atau najis.

d) Haram. Ketika buat maksiat


Fadhilat membaca Bismillah dan Alhamdulillah.

Mafhum hadis: “Setiap perkara yang tidak membaca bismillah dan Alhamdulillah, maka ia menjadi kurang berkat”


Hukum menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Menuntut ilmu adalah fardhu(wajib) ke atas setiap muslim”


Fadhilat menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah s.w.t memudahkan jalan untuknya ke syurga”.


Ilmu yang wajib

a) Ilmu aqidah yang wajib

b) Ilmu ibadah yang wajib

c) Ilmu muamalat yang wajib

d) Ilmu makruh dan haram


4 bentuk pujian.

a) Allah(Qadim) puji Allah (Qadim). Dalam al-Quran banyak ayat Allah s.w.t puji Allah s.w.t.

b) Allah(Qidim) puji Manusia (Hadis). Allah s.w.t puji nabi-nabi, orang mukmin yang soleh, dan lain-lain.

c) Manusia (Hadis) puji Allah (Qadim). Subhanallah, Alhamdulillah, dan lain-lain.

d) Manusia (Hadis) puji manusia (Hadis)


Erti taufiq

Allah s.w.t memudahkan kita dalam melakukan amal soleh. Kebolehan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t.


Makna rukun

Sesuatu bahagian yang paling kuat dan menjadi teras


Makna Islam

Tunduk dan patuh sepenuhnya. Rukun islam 5 perkara( Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat, haji di Makkah).


Rukun khas dan Islam am

Rukun bukan menggambarkan Islam keseluruhannya, kerana rukun berada dalam Islam. Perlu ada tuntutan-tuntutan lain lagi dalam Islam.


Ciri-ciri keistimewaan Islam

Ulama’ banyak berijtihad dalam melihat kesempurnaan Islam ini. Antaranya ialah ulama’ dari India, Syeikh Abu Hassan Ali Annadwi, Ulama’ Ikhwan Muslimin Mesir Assyahid Syed Qutb, Al-Allamah Imam Dr. Yusuf Al- Qaradhawi, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili. Mereka ini membuat perincian tentang ciri-ciri kesempurnaan Islam. Saya juga sempat belajar dengan Ulama’ Syiria, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili semasa beliau datang ke masjid Shah Alam tahun lepas. 3 ciri-ciri Islam, iaitu Alamiah (sejagat), Khatamiyah(penamat), dan Al-Khulud(kekal). Semua ini berdasarkan kepada bukti-bukti yang jelas dan terang dari Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Ciri-ciri ini begitu praktikal jika dimasukkan dalam isi usrah dan tazkirah di semua peringkat.

a) Rabbaniah (Ketuhanan)

b) Syumuliah (lengkap)

c) Waki’eyah (Semasa)

d) Baina tsabat wa murunah (antara tetap dan anjal)

e) Insaniah (kemanusiaan)

f) Wasatiah/Tawazun (sederhana/seimbang)

g) Al-Wuduf (terang)

h) Rahimiyyatur Rasul (Sifat kasih nabi Muhammad s.a.w)