Sunday, May 31, 2009

Selamat Bermuktamar


Bahang mukatmar tahunan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) semakin dirasai. Banyak isu-isu yang bakal ‘memanas’kan dewan muktamar. Di sinilah tempat berhimpunnya semua pimpinan, aktivis, penyokong, peminat serta pemerahati sama ada dalam dan luar Negara bagi ingin menilai halatuju gerakan Islam di Malaysia khususnya. Ditambah pula pada Muktamar yang ke 55 ini diadakan pemilihan pucuk pimpinan baru bagi mengemudi Parti pada masa akan datang. Saya sudah sekian lama tidak bertandang ke bumi Selangor untuk berjumpa dengan saudara di sana. Ya, memang berkeinginan ke Selangor, tempat berlangsungnya Muktamar ke-55. Hanya Allah s.w.t yang memberi keizinan. Jadi, siapakah pemimpin pilihan kita?. Ulama’ atau Profesional?.

Dalam ayat 74 surah al Furqan. Allah s.w.t mengajar kita bagaimana memohon daripadaNya. Jika rajin, bacalah daripada ayat 63 sampai habis surah itu. Fahami bagaimana Tuhan kita merencana untuk kita hambaNya yang disayangiNya.

Kita diminta olehNya untuk memohon daripadaNya agar menjadi imam atau pemimpin kepada umat yang bertaqwa. Seawalnya adalah dikurniai isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang dek taqwa yang menyelubungi kehidupan sekeluarga. Bolehkah dibayangkan perkenan Allah untuk doa suami yang buruk perangai untuk memiliki keluarga taqwa?

Ya, memang susah nak cari pemimpin bertaqwa. Sebabnya, taqwa itu memang susah nak dapat. Sebabnya kerana taqwa itu diperolehi hanya dengan ilmu. Ilmu pula hendaklah diiktiraf Allah sebagai ilmu yang berguna. Ilmu yang berguna ialah ilmu yang membawa kepada taqwa!
Yang bertaqwa hanyalah yang berilmu. Yang berilmu tanpa iman dan taqwa adalah tidak berilmu. Sekadar antah, disisih beras dan nasi.

Semua ilmu boleh memandu kepada taqwa. Ilmu adalah kurniaan agung daripada Allah kepada manusia.

Mereka kata, ulama ialah yang ilmu wahyunya adalah rasmi. Ada sijil. Mereka kata, profesional adalah yang ilmu akalnya adalah rasmi. Ada sijil.

Jika begitu dipakai guna, maka samada pemimpin kita itu seorang ulama atau profesional, dia mampu untuk menjadi pemimpin bertaqwa. Sebab, samada ilmu itu naqli (wahyu) atau aqli (akal), ia boleh mencetus taqwa.

Kata saja begini, ulama apabila bertaqwa adalah profesional. Juga, profesional apabila bertaqwa adalah ulama. Titik temu adalah taqwa. Taqwa itu isi profesionalisme. Taqwa itu isi ulamaisme. Begitu tafsiran dan istilah ugama.

Persoalan ulama’ dan profesional ini sekali lagi dibangkit kan pada muktamar kali ini. Padahal ianya sudah sekian lama dibincangkan. Mungkin juga akibat pendekatan baru PAS menerima semua makhuk dalam partinya menyebabkan perkara ini perlu dibangkit dan diterangkan kembali. Slogan PAS Untuk Semua @ PAS For All masih lagi relevan untuk direalisasikan. Kerana Islam itu bukan hanya untuk ulama’ atau Profesional, atau Melayu sahaja. Saya membawa kepada satu analogi mudah. Bayangkan sebuah kereta, di mana setiap komponen nya mempunyai tugas dan tanggung jawab masing-masing. Tayar tidak boleh komplen stereng , lalu tayar mengambil alih tugas stereng. Akan hancur lah jawabnya sebuah kereta itu. Begitu juga dalam berorganisasi. Semoga Allah s.w.t memberi tugas setimpal dengan kemampuan kita. Jadilah orang yang membantu kebangkitan Islam. Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebajikan. SELAMAT BERMUKTAMAR, ALLAHUAKBAR!

Friday, May 29, 2009

Demi Kasih Ibu


Peluang balik ke kampung halaman pada cuti semester lebih kurang 4 hari digunakan sebaik-baiknya. Mungkin Allah s.w.t berkeinginan aku berjumpa buat kali terakhir dengan moyang perempuan aku yang sudah melewati berusia kira-kira 120 tahun lebih. Tanpa seorang pun menyangka, itulah pertemuan terakhir kami dengan Allahyarhamah. Keesokan harinya, selepas subuh beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga moyangku ditempatkan dalam golongan orang yang bertaqwa. Ameen. Selepas 4 hari ‘bercuti’ di rumah, aku terpaksa ke Kuantan untuk menjalani Latihan Industri di sini bersama dengan syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Syarikat kesihatan berasaskan Hemoepati, Biokimia, herbalis, dan Aromaterapi. Salah satu produk utama di sini ialah ubat perangsang minda EXAMO-CKM 500 dan SALINDAH (untuk ibu yang mengandung).

Hari Ibu bukalah hanya disambut sehari, tetapi bagi saya ia adalah tiap-tiap hati. Ya, tiap-tiap hari. Anda ingin tahu kenapa?. Saya tidaklah bercadang untuk menceritakan semuanya, tapi saya teruja dan ‘terpaksa’ mengetahui keadaan seorang ibu yang sedang mengandungkan anak sehingga selesai bersalin. Sebelum aku keluar untuk pasarkan produk ini, aku mesti tahu terlebih dahulu akan fungsinya. Sebelum ini aku hanya tahu kesakitan untuk melahirkan anak. Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Biasanya seorang ibu mengetahui dirinya mengandung bermula seawal 3 bulan. Bermula pada ketika itu macam-macam jenis penyakit yang berkemungkinan datang samaada berbentuk fizikal ataupun mantel. Itu belum dikira selepas bersalin, membesar dengan penuh kasih sayang. Dengan urat timbul, besimpul biawak, luka, alahan nya, meroyan, sakit gigi dan lain-lain. Alangkah tingginya kasih dan pengorbanan insan yang bergelar ibu ini. Selebihnya, saya pulang kan kepada anda untuk menilainya. Kata orang, seorang ibu itu dapat membesarkan 10 orang anak nya, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya dengan sempurna ketika sudah tua. Fikir-fikirkan lah. "Ya Allah, ya tuhan Aku, kasihani lah kedua ibu bapa aku, sebagaimana mereka menyayangi Aku sewaktu aku masih kecil"
P/s; Kepada Akhi Johan, selamat menimang cahaya mata sulung

Sunday, May 3, 2009

Itulah Fatimah Al-Zahra


Sambil meminum segelas teh halia, saya terfikir kehidupan manusia dimasa hadapan. Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.

Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat. itu di Semenanjung. Di sabah?. Lain lagi.

Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anak, kan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah berkahwin.

Tetapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?

Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.

Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?

* Alat menggiling gandum
* Bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* Alat penumbuk
* Sebuah bekas air
* Kulit yang di samak
* Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"

Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."

Setelah terbaca cerita ini, saya bertanya kepada diri sendiri...sudahkan anda bersedia?

Wallahu’aklam.

Saturday, May 2, 2009

'"One Malaysia vs Unity Government"

Ketika sedang menjadi ‘pemantau’ kepada latihan jundu, saya merasakan perlu ada perkara yang harus di isi dan berkongsi dengan pembaca....Itu lah dua istilah baru berlegar di sekitar pemikiran dua tokoh pemimpin negara. Barisan Nasional (umno BN) dan Pakatan Rakyat (PAS PR). Masing-masing ahli dan rakyat sedang hebat memperkatakan tentang perkara ini. Konsep ‘one malaysia’ seolah-olah kurang sinonim dengan pendekatan yang dibawa oleh BN yang Perdana Menterinya Melayu Islam. Agak janggal bila sebuah parti yang berasaskan perkauman(nasionalis@al qaumiah)becakap soal satu Malaysia. Di mana perginya ketuanan Melayu?. Kemudian kita digemparkan lagi dengan isu status agama anak sesudah salah seorang ibu atau bapa memeluk islam di putuskan di dalam kabinet Malaysia. Ini adalah antara contoh campurtangan kuasa exekutif dengan undang-undang shariah. Ditambah lagi keputusan tersebut tidak berpihak kepada Islam. Alangkah bertambah malangnya negara Malaysia bila Orang nombor satu negara (PM) di buruk kan di media antarabangsa dengan tuduhan yang sangat berat. Bagi saya, PM mesti bersihkan segala tuduhan ini dengan segera.

"Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan PIMPINAN pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka SIBUK, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik. " - Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakah (terbaru)"

Akibat ramai lagi yang tidak faham tentang “Unity Government” ini, lalu presiden Parti Islam Se-malaysia menarik balik tawaran yang telah beliau kemukakan. Sehingga keaadaan negara sedikit menjadi ‘reda’. Media massa yang banyak membuat tanggapan tentang pertembungan antara dua tokoh Ulama’ dalam PAS (Tuan Guru Dato’ Hj.Nik Abd. Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang ). Ini menunjukkan terdapat ada diantara orang luar dan dalam Parti yang inginkan perpecahan dalam PAS itu sendiri. “Unity Govenment” ini adalah homework kepada para perwakilan dalam muktamar akan datang, bukannya harus di tolak secara mentah-mentah. Inilah satu rahmat bila satu tawaran dibuat oleh ulama’, kemudian dibahas dan dicerna oleh setiap ahli dan rakyat kebanyakan .

Ini lah cara dalam berbicara soal disiplin dan akhlak ahli gerakan Islam oleh Syekh Mustapha Mahsyur yang puluhan tahun terjun dalam sepak terajang Ikhwanul Muslimin. Beliau meluahkan satu kalimah agungnya dalam Jalan Dakwah antara Pimpinan dan Ahli :

"Kamu bersatu demi satu pandangan (boleh dibaca: pandangan lama) yang kurang tepat (pada pandanganmu) adalah lebih awla(baik) dari kamu berpecah demi satu pandangan (baru) yang difikirkan paling tepat dan benar”

Sedarilah kita, bila mana agama diberi hak kepada bukan ahlinya, maka seolah-olah, kita sedang menunggu azab dari Allah s.w.t. Mungkinkan virus H1N1 (selsema babi) antara tentera Allah?. Sesungguhnya bala itu ujian dan peringatan daripada Allah s.w.t. Kesimpulannya, kita bukan hanya pandai membangkang, itu tak kena, ini tak kena, tetapi kita pun ada cara tawaran penyelesainnya. Dalam ekonomi sekarang, HPA tawarannya tersendiri, insya’ Allah.