Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan- Ujian Daripada Allah


Melihat suasana sehingga hari ini semakin kusut, izinkan saya insan yang kerdil ini melontarkan sedikit pandangan di sini. Bagi saya, sebenarnya isu Unity Government(UG) ini berlaku bukan saja-saja. Bahkan Allah S.W.T yang Maha Suci dari menaqdirkan sesuatu itu berlaku FREE dari hikmah dan tujuan!. Ia mengandungi semacam satu TEST bagi menguji sejauh mana kematangan dan kesediaan Jemaah yang kita dokong untuk melangkah lebih jauh kehadapan. Kita belum lagi berjaya mentadbir diperingkat pusat namun awal-awal lagi dah ramai yang gagal dalam "soalan" Wala' dan Thiqah' pada pimpinan. Bala paling besar sepanjang sejarah yang menimpa umat ialah dalam bab WALA' & THIQAH ini lah.

Perkara ini kita belajar di kampus, sekarang inilah masanya. Kekalutan ini hanya dapat ditempuhi dengan jayanya oleh ahli PAS yang dari awal berjuang dalam PAS dengan Ilmu, termasuk ilmu-ilmu tentang adab, akhlak dan fiqh da'wah, selepas tu keikhlasannya pula sangat 'mendalam' jauh dari segala sifat-sifat jahiliyyah yang sebenarnya masih banyak lagi separuh dari kita anuti (seperti ta'sub pada individu-individu tertentu dalam Jemaah, membeza-bezakan antara pimpinan, bersifat assobiyyah kenegerian dan kepuakkan, tidak bersedia pendapatnya ditolak oleh jemaah dll) sedarlah wahai sahabat-sahabat semua, serahkanlah urusan besar seperti isu UG ini kepada pemimpin-pemimpin kita di atas sana, berbaik sangkalah pada mereka SEMUA! Jagalah lidah dan hati-hati kita semua..besar sekali kemurkaan Allah S.W.T terhadap kesilapan kaum yang menyanggahi pimpinannya dngan hawa nafsu melulu dan penuh prasangka sepertimana kaum syiah lakukan terhadap Saidina Ali R.A dahulu. Awaslah, lingkarilah diri kita semua dengan akhlak mulia lebih-lebih lagi terhadap para pemimpin kita selama mana mereka tidak melakukan sesuatu yang JELAS BERTENTANGAN dengan SYARA'. Perkara UG ini hanyalah lontaran suatu idea sahaja, belum lagi diputuskan Syura pimpinan. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 mafhumnya;

"...Boleh jadi apa yang kamu bencikan itu sebenarnya baik bagi kamu..dan boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu".

Tidak perlu kita semua tersasul jauh sampai tergamak menghukum salah, sesat atau seumpamanya terhadap orang yang melontarkan idea UG ini, lebih-lebih lagi orangnya adalah Presiden kita sendiri. Apakah kita semua tahu bahawa idea UG ini termasuk dalam soal-soal IJTIHADIYYAH?? . Apakah salah sebahagian pimpinan kita yang jauh lebih berilmu dan wara' untuk berijjtihad? . Sebenarnya agak ramai pimpinan kita selain presiden (yang miliki komitmen dan akhlak perjuangan yang tinggi serta pengorbanannya dalam perjuangan PAS selama ini ) juga turut berpendapat menyokong idea UG ini?.

Oleh itu berilah ruang dan peluang mereka semua untuk mengemukakan hujjah dan alasan nya, yang membantahi pula hendaklah sama berbuat demikian) kerana masih ramai yang belum memahami apa itu UG (manusia memusuhi perkara yang mereka tidak tahu- Hukamak) maka timbullah kekalutan sebegini. Ramai yang mengira kerajaan perpaduan sama dengan kerajaan campuran sedangkan jauh beza antara keduanya!. Banyak perkara harus dikaji sebelum menerima atau menolaknya, namun sebaiknya pengikut bawahan seperti kita haruslah bersabar dan mengawal diri dari terjerumus ke lembah perpecahan semata-mata kebodohan dan semangat buta. Ingatlah pemimpin di atas melihat lebih jauh dan skop pandangannya lebih luas, berbanding kita yang di bawah..jauhi perpecahan dengan membeza-bezakan pimpinan kerana itulah ciri utama golongan munafiqin sepanjang zaman! Wallahu a'lam

Monday, June 15, 2009

Al Fatihah Untuk Pejuang Islam Ustaz Fathi Yakan

AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 - 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.-Al-Fatihah-

Tuesday, June 2, 2009

Pemikiran P Ramlee

Saya baru sahaja selesai menonton filem “Nujum Pak Belalang” yang entah keberapa kali sudah di tonton. Itu lah bisa penangan filem Allahyarham P Ramlee. 29 Mei, masyarakat seni dalam negara mengenang ulangtahun ke 36 pemergian Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, yang meninggal akibat satu kemalangan jalan raya pada tahun 1973.

Walaupun sudah 36 tahun P Ramlee meninggalkan persada seni, namun namanya terus popular, malah turut digemari oleh anak-anak generasi millenium, walaupun kebanyakan filem yang disiarkan hanyalah hitam putih.

Menyusuri gelagat Seniman Agung ini, menyebabkan anak-anak kecil ketawa terkikik-kikik, menghafal dan mengulangi dialog-dialog lucu beliau, buat gurau senda bersama rakan taulan. Jika kita melihat dan menghayati mesej sinikal yang disampaikan beliau, dalam beratus filem, sama ada yang dilakonkan atau diarahkan P Ramlee.

Walaupun P Ramlee berkarya dan berlakon pada era 1950-an sehingga awal 1970-an, namun kebanyakan filem-filem beliau boleh dijadikan contoh realistik sepadan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini.

Pada tahun-tahun tersebut, Malaya atau Semenajung Tanah Melayu masih lagi mundur dan kuno. Kuala Lumpur dipenuhi hutan dan lombong-lombong bijih timah. Kuala Lumpur pada ketika itu masih lagi dalam kategori kampung.

Pengangkutan awam masih terkebelakang, tiada bangunan pencakar langit, tiada televisyen, tiada handphone, jauh sekali internet.

Namun, P Ramlee mempunyai minda terkehadapan dalam membentuk dan menyampaikan mesej yang berani kepada masyarakat melalui filem lakonan dan arahan beliau. P Ramlee berani memaparkan sketsa mengenai kezaliman dan ketidakadilan Sultan atau pemerintah, ketidakadilan hakim, sikap berat sebelah pihak berkuasa, ketamakan penguasa atau golongan peniaga, penindasan terhadap golongan miskin dan banyak lagi.

Filem 'Hang Tuah' mempunyai mesej yang mendalam mengenai ketaatan rakyat walaupun golongan Istana berlaku tidak adil. Lawak dalam filem 'Nujum Pak Belalang' memaparkan ada Raja yang sanggup bertaruh (dalam konteks sekarang berjudi), filem 'Laksamana Do Re Mi' misalnya memaparkan bagaimana hancurnya kerajaan negara 'Pasir Dua Butir' akibat kezaliman Menteri Fasola, juga bagaimana keuntungan berlipatganda diraih hasil jualan 'hamba abdi' seperti dalam filem 'Tiga Abdul'.

Sidang bawah Dewan Undangan Negeri Perak yang diadakan di bawah pokok, ditamsilkan kini seumpama arahan Raja negara 'Pasir Dua Butir' kepada memanda menteri dan laksamana yang kehilangan kuasa akibat kezaliman perampas kuasa yang tamak. Banyak lagi misal-misal yang boleh disebutkan.

Hakikatnya, sebahagian besar intipati mesej yang dibawakan oleh P Ramlee dan rakan-rakan karyawan waktu itu, memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, negara, pemerintah dan golongan istana.

Namun keberanian dan kebenaran mesej yang disampaikan oleh P Ramlee sudah tidak wujud kepada karyawan filem mahupun drama yang ada hari ini. Banyak filem-filem tempatan sekarang lebih berunsurkan hiburan semata, lalu dimasukkan elemen tahyul dan mistik bagi meraih jumlah kutipan dan penonton.

Hari ini kita tidak akan dapat melihat ketidakadilan pihak istana, walaupun mungkin ia benar-benar wujud. Kita tidak akan dapat menyaksikan kezaliman penguasa, khususnya polis dan kita tidak sesekali akan dihidangkan bagaimana ketidakadilan undang-undang.

Jika kita menonton filem Hindustan, karyawan mereka lebih berani, mempunyai minda yang terbuka untuk memperjuangkan hak rakyat dan mempamer jenayah golongan penguasa.

Malangnya, minda masyarakat hari ini 'dimandomkan' oleh filem dan drama yang stereotaip. Semuanya pengampu dan pemuji penguasa. Apabila golongan karyawan kita mempunyai sifat sebegini kerana takut kepada penguasa, mereka sebenarnya hanya membentuk masyarakat mempunyai minda yang terkebelakang. Tengok saja lah drama 'Gerak Khas' yang sudah mencapai usia lebih 10 tahun. Bagi saya, ia lebih bersifat pengampu.

Kemajuan dan teknologi moden hanya diaplikasikan dalam proses pembikinan filem, bukan kepada pembentukan minda. Hakikat ini hanya menjelaskan bahawa minda karyawan zaman 1950-an hingga 1970-an seperti P Ramlee, jauh lebih matang dan terkehadapan.

Karya-karya P Ramlee juga mempunyai pengaruh yang besar dalam politik negara, sehingga kebanyakan dialog dan babak dalam filemnya secara sinikal dan dijadikan bahan perbandingan.
P Ramlee berani membuka minda masyarakat Melayu khususnya, pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an, namun kebelakangan ini unsur-unsur sebegini sudah semakin lenyap.

Teringat semasa berkunjung ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam gombongan Gerak Idealisme Merdeka(GIM) di bawah bos Akhi Syukri ketika itu, saya sempat melawat ke Institut Pemikiran Tun Mahathir. Sepatutnya, perlu juga ada Institut Pemikiran P. Ramlee. Saya mahukan ahli GAMIS begini. Ya, saya mahukan kampus saya juga seperti P Ramlee. Mempunyai idealisme yang jauh dan besifat semasa. Mungkin juga P. Ramlee mengkaji Al-Quran terlebih dahulu sebelum menggubah dan membuat setiap filemnya.

Sambil menonton filem “Nujum Pak Belalang”, Pok Leh mengajukan soalan kepada saya, “Kenapa filem Hang Tuah sudah ada warna, sedangkan filem yang sudah lewat dibuat hanya hitam putih?”(dalam loghrat Terengganu). “Entah la Belalang.....”, saya menjawab ringkas.