Sunday, January 3, 2010

Sekadar berkongsi... (Bahagian 1)

Beberapa masalah dari bab Aqidah, Solat dan tasauf dalam kitab

Risalah Al Jamiah


Pengenalan Risalah Al-Jamiah

Kitab ini telah dikarang oleh Al-Allamah Al-Habib Ahmad Bin Zain Bin Alawi Al- Habshi rahimahullah taala. Salah seorang ulama di Hadralmaut, Yaman. Lahir pada 1069 Hijrah dan wafat pada hari Jumaat 19 Sya’ban 1145 Hijrah. Kitab ini dijadikan asas kepada pembelajaran bagi majoriti pelajar di Yaman. Walaupun sudah mempelajari kitab ini, namun para ulama’ tetap juga membuka kitab ini bagi mengambil keberkatan kitab ini. Semoga Allah s.w.t menempatkan pengarang kitab ini, dan kita dikalangan golongan yang muttaqin, Amiin. Al-Fatihah.


Kelebihan risalah Al-Jamiah

Doa pengarang yang merupaka ulama’ besar di Yaman: “….Mudah mudahan Allah s.w.t menggolongkan orang yang belajar ini dalam orang yang berilmu zahir dan batin dengan taufiq”


Tiga bentuk alim.

a) ‘Alim : Ditujukan kepada manusia. Dia dapat mengetahui sesuatu bidang itu dengan sangat baik.

b) Al-Allamah: Orang yang tersangat ‘alim. Dapat menguasai banyak bidang dan lapangan ilmu.

c) Al-‘Alimun: Sifat yang layak hanya bagi Allah s.w.t yang maha mengetahui. Semua perkara berada dalam pengetahuan Allah s.w.t.


Hukum baca Bismillah.

a) Wajib. Ketika dalam solat. Kerana Bismillah adalah sebahagian daripada 7 ayat afatihah yang menjadi rukun dalam solat.

b) Sunat. Ketika ingin melakukan sesuatu yang baik dan penting-penting.

c) Harus.ketika ingin menindahkan sesuatu barang ketempat yang lain.

d) Makruh.Ketika melakukan perkara yang kurang elok dan makruh. Contohnya merokok, makan makanan yang berbau busuk, mencabut uban dan lan-lan.

e) Haram. Ketika melakukan maksiat.


Hukum baca Alhamdulillah

a) Wajib. Ketika berkhutbah Jumaat

b) Sunat. Ketika selesai buat perkara penting yang tidak maksiat

c) Makruh. Ketika ditempat yang kotor atau najis.

d) Haram. Ketika buat maksiat


Fadhilat membaca Bismillah dan Alhamdulillah.

Mafhum hadis: “Setiap perkara yang tidak membaca bismillah dan Alhamdulillah, maka ia menjadi kurang berkat”


Hukum menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Menuntut ilmu adalah fardhu(wajib) ke atas setiap muslim”


Fadhilat menuntut ilmu dalam hadis

Mafhum hadis: “Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah s.w.t memudahkan jalan untuknya ke syurga”.


Ilmu yang wajib

a) Ilmu aqidah yang wajib

b) Ilmu ibadah yang wajib

c) Ilmu muamalat yang wajib

d) Ilmu makruh dan haram


4 bentuk pujian.

a) Allah(Qadim) puji Allah (Qadim). Dalam al-Quran banyak ayat Allah s.w.t puji Allah s.w.t.

b) Allah(Qidim) puji Manusia (Hadis). Allah s.w.t puji nabi-nabi, orang mukmin yang soleh, dan lain-lain.

c) Manusia (Hadis) puji Allah (Qadim). Subhanallah, Alhamdulillah, dan lain-lain.

d) Manusia (Hadis) puji manusia (Hadis)


Erti taufiq

Allah s.w.t memudahkan kita dalam melakukan amal soleh. Kebolehan untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t.


Makna rukun

Sesuatu bahagian yang paling kuat dan menjadi teras


Makna Islam

Tunduk dan patuh sepenuhnya. Rukun islam 5 perkara( Mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat, haji di Makkah).


Rukun khas dan Islam am

Rukun bukan menggambarkan Islam keseluruhannya, kerana rukun berada dalam Islam. Perlu ada tuntutan-tuntutan lain lagi dalam Islam.


Ciri-ciri keistimewaan Islam

Ulama’ banyak berijtihad dalam melihat kesempurnaan Islam ini. Antaranya ialah ulama’ dari India, Syeikh Abu Hassan Ali Annadwi, Ulama’ Ikhwan Muslimin Mesir Assyahid Syed Qutb, Al-Allamah Imam Dr. Yusuf Al- Qaradhawi, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili. Mereka ini membuat perincian tentang ciri-ciri kesempurnaan Islam. Saya juga sempat belajar dengan Ulama’ Syiria, Syeikh Dr.Wahbah Al-Zulaili semasa beliau datang ke masjid Shah Alam tahun lepas. 3 ciri-ciri Islam, iaitu Alamiah (sejagat), Khatamiyah(penamat), dan Al-Khulud(kekal). Semua ini berdasarkan kepada bukti-bukti yang jelas dan terang dari Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Ciri-ciri ini begitu praktikal jika dimasukkan dalam isi usrah dan tazkirah di semua peringkat.

a) Rabbaniah (Ketuhanan)

b) Syumuliah (lengkap)

c) Waki’eyah (Semasa)

d) Baina tsabat wa murunah (antara tetap dan anjal)

e) Insaniah (kemanusiaan)

f) Wasatiah/Tawazun (sederhana/seimbang)

g) Al-Wuduf (terang)

h) Rahimiyyatur Rasul (Sifat kasih nabi Muhammad s.a.w)

Friday, January 1, 2010

Thursday, December 31, 2009

Melengkapkan manhaj Kampus


Assaamu'alaikum
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah azzawajalla, yang telah menganugrahkan taufiq kepada insan-insan yang terpilih. Bersama-sama dengan sahabat UMS dan juga kampus-kampus lain, dapat melalui satu daurah yang saya kita sangat-sangat berguna buat diri dalam mendepani cadaran yang begitu mencabar pada masa akan datang. Semoga Allah s.w.t terus memberi taufiq kepada semua pembaca.




Guruku, Al Fadhil Ustaz Haji Zulkifli Bin Haji Ismail

Mahligai para tolabatul Ilmi

Perbincangan luar

Riadah pada sebelah petang

Guru bersama adik-adik ma'had tahfiz

Setelah selesai pengajian

Guru bersama sebahagian pelajarnya

p/s: Selamat menyambut tahun baru hijrah Rasulullah s.a.w 1431H

Monday, December 7, 2009

Mahasiswa lagikah?

Sudah sekian lama saya tidak update blog ini. Semenjak pulang ke kampung, saya terpaksa menukar sedikit aktiviti harian berbanding dengan di kampus sebelum ini. Perjumpaan bersama dengan para mahasiswa sebelum ini memikirkan kepada saya, betapa pentingnya golongan cendiakawan ini dalam membantu gerakan Islam. Masalah utama penduduk setempat, terutama di kawasan hulu ini ialah masyarakat masih kekurangan ilmu pengetahuan. Benarlah kata-kata: "Musuh orang yang 'alim itu ialah jahil". Sebab itu orang paling kuat menentang Rasulullah s.a.w di gelar "Abu Jahal"(bapa orang jahil). Mahasiswa wajib membantu.
Ilmu perlu dipandu dngan wahyu Ilahi

Betapa ramai pula golongan yang terpelajar tidak memenuhi tuntutan panduan wahyu ni?. Saya menyedari pentingnya golongan-golongan yang telah dijinakkan hatinya dengan ilmu ini dipandu dengan ilmu wahyu. Sebab itu semasa pertemuan baru-baru ini saya mencadangkan mahasiswa perlu membantu mana-mana adik yang ingin memasuki Universiti dengan pendedahan awal mengenai situasi dan cabaran di kampus. Saya yakin semua ini ada dibuat, tetapi tidak menyeluruh. Buktinya, dikampus-kampus kecil seperti di kampus saya ini, aktivis-aktivis kampus mula kenal Islam dan aktiviti dakwahnya hanya di kampus semata-mata.
Tarbiah adalah priority

Ramai manusia yang memandang lekeh atau sebelah mata pada tarbiah. Apa lagi aktiviti-aktiviti nya. Akibatnya, akan wujudlah perpecahan dalam persatuan. Kalau Persatuan tidak dapat memenuhi kemahuan tarbiah kita, ayuh kita sendiri yang perlu mencarinya.