Menjadi Hamba Allah
Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu ini akhirnya ingin meninggalkan kita. Pada zaman rasulullah dan para sahabat apabila ramadhan ingin meninggalkan mereka, ada dikalangan mereka akan menangis kerana belum tahu Ramadhan akan datang dapat bersama ataupun tidak.
Mengambil fadhilat dan peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan ramadhan ini, seharus nya kita menjadi hamba yang lebih kuat untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ramai masyarakat pada hari ini menjadi ‘hamba’ Ramadhan. Bukan hambanya Allah s.w.t. Kenapa saya berkata demikian?. Jika kita lihat pada bulan ramadhan, masjid-masjid sentiasa dipenuhi oleh para jamaah. Namun selepas bulan ramadhan, mereka ini ghaibul ruyub(hilang entah kemana) . Ramadhan seolah-olah dijadikan hanya pesta ibadah tahunan semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Padahal pangkat kita sebagai hamba Allah berterusan hingga ke akhirat.
Gambaran 11 bulan akan datang.
Mari sama-sama kita koreksi diri sendiri. Jika Ramadhan yang lalu, mutu ibadah, akhlak, dan tingkah laku kita teruk dan buruk. Maka selepas ini perlu diperbaiki. Sudah berapa kali Ramadhankah yang anda lalui?. Ramai orang yang bekerja sangat sibuk dan ghairah mahukan kenaikan pangkat atau gaji pada tiap-tiap tahun, padahal ia hanyalah habuan sementara di dunia. Seharusnya ganjaran dan latihan pada bulan Ramadhan ini lebih-lebih lagi kita mengejarnya. Kesan kepada Ramadhan dapat dilihat selepas ini.
Lailatul Qadar
Sedar atau tidak itu bukannya persoalan utama, tetapi mengisi atau tidak itu yang perlu ditanya pada diri. Malam yang Allah janjikan terlebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun 4 bulan). Di mana lagi kita dapat jumpa offer seperti ini?. Semua jawapan dan penilaian ini anda simpan dan jawablah untuk diri sendiri. Semoga beroleh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
“Barang yang menyembah Ramadhan, Ramadhan akan datang dan pergi. Tetapi batang siapa yang menyembah Allah s.w.t, sesungguhnya Allah s.w.t itu maha hidup, tadak akan mati sekali-kali”
No comments:
Post a Comment