Saturday, March 6, 2010

Percaya Sebelum Berjaya


Tanggal 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu. dengan ini menularlah fahaman Sekularisme dalam negara umat Islam.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ”Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Kampus medan latihan

Pernah juga adik-adik kampus bertanyakan saya, “Buat apa kita berprogram?”, Buat apa kita berpesatuan?. Buat apa kita jaga tepi kain orang?, dan lain-lain lagi. Sebagai jawapan, inilah ruang skop yang boleh saya jawab. Teruskan latihan dikampus.


PERCAYA sesudah berjaya itu perkara biasa, tetapi percaya sebelum kita melihat kejayaan itu adalah luar biasa. Sesudah kita percaya dengan apa yang kita inginkan, lalu kita bekerja kearah itu. Insya’Allah dimakbulkan.

Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat, harta dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Perkasakan mutu Tarbiah disamping bersiasah.

P/s: Saya pun perlu bermuhasabah

Sunday, February 14, 2010

Selamatkah Ubat Anda?




JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Saturday, January 30, 2010

Erti sebuah kesetiaan

Kisah ini terjadi disebuah pekan kecil di Utara Switzerland, tinggal seekor anjing bersama dengan tuannya. Lelaki tersebut sangat menyayangi anjingnya itu. Hubungan mereka berdua sangat akrab. Diceritakan setiap hari pada waktu pagi anjing tersebut akan keluar bersama dengan tuannya menuju ke stesen kereta api. Anjing tersebut akan menemani tuannya sehingga ke stesen kereta api dan akan menunggu kepulangan tuannya pada sebelah petang. Sebelum berpisah tuannya akan membelai dan mengusap-usap anjingnya, dan anjing pun akan menjilat-jilat tuannya. Apabila menjelang petang anjing tersebut akan menunggu kepulangan tuannya dengan gembira dan mereka pun pulang ke rumah bersama-sama. Begitu lah rutin kehidupan mereka berdua ini…

Setelah beberapa tahun berlalu, tuan anjing tersebut telah sakit dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi kematian tuan anjing tidak dimaklumkan kepada anjing tersebut. Seperti hari-hari biasa, anjing ini akan menuju ke stesen kereta api untuk menunggu kepulangan tuannya pulang dari bekerja. Apabila kereta api berhenti seorang demi seorang telah keluar, tetapi tuannya tidak muncul-muncul. Sehinggalah pada pada sebelah malam, anjing tersebut pulang ke rumah dalam keadaan yang hampa. Pada waktu pagi keesokannya, anjing tersebut pergi semula ke stesen kereta api tersebut untuk mencari tuannya dan menunggu dengan penuh sabar. Tetapi tuannya juga tidak ada. Lalu pulang kerumah. Pada petangnya, anjing tersebut sekali lagi menuju ke stesen kereta api tersebut untuk menunggu ketibaan tuannya, tetapi malangnya tuannya juga tidak muncul. Begitulah perbuatan anjing tersebut setiap hari. Lama kelamaan anjing tersebut sudah tidak pulang lagi ke rumah dan hanya menunggu tuannya distesen kereta api tersebut. Ianya bukan hanya berlaku sehari dua, tetapi memakan masa bertahun-tahun sehingga anjing tersebut sakit lalu meninggal dunia. Peristiwa sedih ini telah disaksikan oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Bagi memperingati peristiwa ini, masyarakat di sana telah mebina satu tugu patung anjing dan tuannya bagi menggambarkan nilai sebuah kesetiaan.

Peristiwa ini, mungkin hanyalah sekadar seekor anjing yang tidak mempunyai akal, tetapi masih mempunyai naluri dan perasaan. Manusia berakal pula bagaimana?

Monday, January 25, 2010