Friday, August 29, 2008

Merdeka!!!


Saban tahun, tanggal 31 Ogos akan bergemalah perkataan merdeka di setiap bibir rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang patriotik, perlu kita menyedari dan faham merdeka dalam erti kata yang sebenar. Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah hasil susah payah perjuangan orang-orang yang terdahulu dari kita. Tapi cukupkah kita hanya terlepas dari belenggu penjajahan fizikal daripada penjajah?. Bagi saya, walaupun British sudah meninggalkan kita selama 51 tahun, tetapi kita masih lagi belum merdeka dalam ertikata yang sebenar. Tengoklah contoh pengisian kemerdekaan itu sendiri, banyak program yang melalaikan dan menjauhkan kita dengan Sang Pencipta. Walaupun ada aktiviti bacaan yasin dan doa selamat, tapi bagi saya ia adalah sekadar tempelan kepada keseluruhan program. Tidak kira di dalam atau di luar kampus, benda ini sama sahaja. Biasanya yang di bawah ini akan ikut pembawaan dari pihak atasan. Jemputan artis barat, konsert Avril Lavigne merupakan contoh yang tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia. Sangat menyedihkan dengan ada nya konsert ini sedikit sebanyak akan menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini. Malangnya orang yang membawa masuk artis ini bukanlah dalam kategori anak muda, tapi yang rosaknya anak-anak muda kita. Pihak kerajaan harus menyedari hakikat dan kesan akibat kemasukan budaya yang tidak sihat ini. Jangan kita sia-siakan pengorbanan golongan ulama’ yang banyak membantu membebaskan diri dari belenggu penjajah ini. Tidak cukup lagikah hiburan yang ada di Malaysia sekarang?. Hakikatnya, kita masih terbelenggu dengan penjajahan

No comments: