Tuesday, August 19, 2008

Pulau

Surah Al-An’am, ayat 153

”Dan bahawa(yang diperintahkan) ini, adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan yang (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.”

Sirah baginda Rasulullah sangat berkait rapat dengan realiti semasa pada hari ini. Tidak kira di dalam atau di luar kampus. Terasa kerdilnya diri ini untuk mentarbiyyah orang lain.

Orang-orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk

Peristiwa ini banyak dimainkan oleh golongan munafik. Diceritakan oleh Ibn Hisham di dalam kitab sirahnya:

”Orang-orang munafiq tidak ikut serta dalam perang Tabuk, demikian juga tiga orang dari orang Islam iaitu Ka’ab ibn Malik, Murarah ibn Rabi’, dan Hilal ibn Umayyah. Rasulullah s.a.w setibanya di Madinah mengatakan kepada para sahabatnya ’Sekali-kali jangan kamu bercakapdengan salah seorang dari yang bertiga itu’?.”

Adapun orang-orang munafiq pula mereka datang bersumpah di hadapan Rasulullah memberi alasan dan sebab kenapa mereka tidak ikut serta dalam perang Tabuk, Rasulullah s.a.w hanya berjabat tangan dengan mereka. Sesungguhnya Allah dan RasulNya sekali-kali tidak memaafkannya. Dengan adanya perintahkan oleh Rasulullah maka tiga orang ini dipulaukan.
Setelah 50 hari tiga orang ini di pulaukan, barulah Allah s.w.t menerima taubat mereka. Bayangkan sahabat besar ini dipulaukan kerana sekali sahaja tidak ikut serta dalam satu peperangan (Tabuk), sedangkan perang lain beliau mengikutinya. Dipulau kerana mereka ini golongan yang kuat imannya dan faham.

Peristiwa Ifkh

Wajah berseri pipi kemerahan,

Engkau digelar Aisya Humaira,

Namun bukan, untuk ku bicarakan,

Hingga dirimu jadi sanjungan....

Begitulah sebahagian bait-bait kata lagu ”Aisya Humaira” dari UNIC. Ketika berada semenanjung dulu, abangku, Juzlan ada membuat kuliah subuh secara bersiri tentang tafsir surah An-Nur. Di situlah peristiwa Ifkh dicerita panjang. Peristiwa ini tersirat seribu satu ibrah(pengajaran) sebenarnya. Jalan ceritanya sangat menarik untuk dihayati. Apa yang saya ingin highlight di sini ialah bagaimana Aisyah dah Rasulullah menghadapi satu fitnah yang cukup dahsyat dari golongan munafiq. Dengan lewatnya wahyu diturunkan, Rasulullah sangat berduka–cita kerana tidak dapat menjawab tuduhan tersebut. Kemudian, turunya wahyu yang membersihkan Aisyah dalam surah An-Nur. Semoga diri saya, orang yang berada dibarisan hadapan, belakang, para serikandi tidak mudah patah semangat dan terus lari dari medan tanpa kesan.

No comments: