Friday, August 6, 2010

Melangkah ke Universiti Ramadhan

Bismillahirrahman nirrahm

Agak lama saya tidak 'mengaktif' kan penulisan dalam blog saya ini. Mungkin kelemahan diri saya yang agak keberatan menulis. Aduh, ini lah ujian bila berada di luar kampus.. Tetapi saya merasakan agak teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sempena melangkah ke bulan yang penuh berkat, RAMADHAN ALMUBARAK.

Sunat bagi orang islam berkumpul bagi memperingati dan mengulang mengaji berkenaan Ramadhan ini. Kerana Rasulullah s.a.w, apabila mahu menjelangnya Ramadhan ini, baginda memanggil sahabat-sahabat dalam keadaan ceria dan bersabda dengan nada yang sangat gembira;

"Wahai orang yang mencari kebaikan ,bergembiralah kamu pada bulan ini (Ramadhan). Wahai orang yang bergelumang dengan maksiat, cukuplah setakat ini..."

Maka kita pun di sunatkan juga membaca doa;

"Ya Allah berkatilah aku pada Sya'ban dan sampaikanlah aku pada Ramadhan"

Kerana pada bulan ramadhan ini , 1 hari ramadhan tadak sama dengan setahun. Sebab itulah kepada siapa yang tidak berpuasa Ramadhan. lalu diaa ganti pada bulan yang lain, nilainya tidaklaah sama walaupun dia berpuasa sepanjang tahun. Inilah antara kelebihan Ramadhan.

" Ya Allah, jadikanlah aku graduan Ramadhan".

Ada orang yang memasuki pusat-pusat pengajian, masing-masing memimpikan segulung ijazah pengiktirafan daripada pusat pengajian tersebut. Tetapi malangnya ramai juga yang 'terkandas' di tengah jalan atas pelbagai sebab. Begitu juga manusia yang memasuki universiti Ramadhan ini.

"Ya Allah jadikanlah aku terlepas daripada neraka hasil daripada Ramadhan"

Berdasarkan mafhum hadis Rasulullah s.a.w, ulama' membahagikan Ramadhan ini dengan 3 fasa;
1) 10 hari pertama- RAHMAT
2) 10 hari ke dua- MARFIRAH (KEAMPUNAN)
3) 10 hari terakhit- Pembebasan dari Neraka

Elakkan diri daripada berjumpa dan menjadi 2 kelompok manusiaa ini;
1) Orang musyrik
2) Al Musyaahin( orang yang memutuskan silaturrahim kerana hasad dengki)

Banyak lagi dalil-dalil yang menunjukkan kehebatan Ramadhan ini. Jadi apa yang perlu kita isi pada Ramadhan ini?

1) Baca Al-Quran. Sekurang-kurangnya dapat khatam sekali pada bulan ini. Membaca dengan bertadarus. Kerana pada bulan Ramadhan ini setiap tahun Jibril akan turun bertadarus dengan Rasulullah s.a.w. sehinggan tahun ke 11 Hijrah, Jibril turun sebanyak dua kali bagi membetukan bacaan nabi sebelum baginda wafat.

2) Bersahur. Ia adalah amalan sunnah kerana pada sahur itu ada keberkatannya. Bersahurlah walaupun seteguk air. Pada waktu sahur ini bacalah al-quran walaupun satu mukasurat.

3) Berjihad. Untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mengalahkan pemerintah yang zalim merupakan kewajipan setiap muslim. Pengajaran kepada berlakunya peristiwa BADAR Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah.

4) Sabar. dalam mengekang hawanafsu, dalam menbuat taat. Menunaikan sunat tarawih hingga penghujung Ramadhan ini.

5) Infaq. Manusia yang paling pemuran pada Ramadhan ialah Nabi s.a.w

6) Qiammullail. Ini lah tempat sebenar untuk kita belajar bangun malam bermunajat kepada Allah s.w.t. Batu boleh jadi lekuk walaupun dititis oleh air yang berterusan. Begitujuga hati manusia.

7) Menjamu orang yang berpuasa. Ambillah fadhilat ini.

Univesiti Ramadhan ini telah dicipta khas olah Allah s.w.t. Di sana ada silibus yang terbaik. Insya'Allah kita akan mendapat IJAZAH pertam iaitu TAQWA bagi mengharungi 11 bulan yang lain.



No comments: