Monday, August 16, 2010

Islam Jalan Penyelesaian

Sudah cukup banyak manusia pada hari ini menyimpang dari jalan yang diajar oleh Allah s.w.t melaluinya. Sesungguhnya nabi s.a.w telah meningalkan kita lebih daripada 1431 tahun yang lalu. Lantaran itu, dalam tempoh ‘kosong’ tanpa nabi ini semestinya banyak ‘sampah-sampah’ jahliah yang datang melanda. Semestinya, Allah s.w.t pencipta makhluk tidak terus membiarkan ummat yang terkemudian ini meraba-raba ssat begitu sahaja. Ditinggalkan Al-quran dan sunnah untuk manusia kekal mencari petunjuk dan hidayah.

Pembuangan bayi

Masalah pembuangan bayi adalah hasil anak zina pada hari ini tidak ubah seperti meletakkan taraf manusia seperti binatang. Lantaran tidak menggunakan warisan nabi s.a.w sebagai jalan penyelesaian. Kita masih lagi mengagung dan menggunapakai undang-undang penjajah yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Ini lah akibatnya.

Ekonomi berasaskan riba

Kewujudan sistem ekonomi islam dilihat menjadi ancaman utama kepada sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan pada hari ini. Bank-bank menjalankan urusniaga berasaskan riba. Kemudian menabur dan menyuburkan amalan riba ini dikalangan ummat Islam. Maka majoriti kita pada hari ini ‘bergelumang’ dengan dosa riba.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

Semoga kita terus berusaha membebaskan diri daripada amalan ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang masih berbaki ini menjadi ‘penguat’ kepada kita. Wallah ‘aklam.

No comments: