Friday, August 6, 2010

Melangkah ke Universiti Ramadhan

Bismillahirrahman nirrahm

Agak lama saya tidak 'mengaktif' kan penulisan dalam blog saya ini. Mungkin kelemahan diri saya yang agak keberatan menulis. Aduh, ini lah ujian bila berada di luar kampus.. Tetapi saya merasakan agak teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sempena melangkah ke bulan yang penuh berkat, RAMADHAN ALMUBARAK.

Sunat bagi orang islam berkumpul bagi memperingati dan mengulang mengaji berkenaan Ramadhan ini. Kerana Rasulullah s.a.w, apabila mahu menjelangnya Ramadhan ini, baginda memanggil sahabat-sahabat dalam keadaan ceria dan bersabda dengan nada yang sangat gembira;

"Wahai orang yang mencari kebaikan ,bergembiralah kamu pada bulan ini (Ramadhan). Wahai orang yang bergelumang dengan maksiat, cukuplah setakat ini..."

Maka kita pun di sunatkan juga membaca doa;

"Ya Allah berkatilah aku pada Sya'ban dan sampaikanlah aku pada Ramadhan"

Kerana pada bulan ramadhan ini , 1 hari ramadhan tadak sama dengan setahun. Sebab itulah kepada siapa yang tidak berpuasa Ramadhan. lalu diaa ganti pada bulan yang lain, nilainya tidaklaah sama walaupun dia berpuasa sepanjang tahun. Inilah antara kelebihan Ramadhan.

" Ya Allah, jadikanlah aku graduan Ramadhan".

Ada orang yang memasuki pusat-pusat pengajian, masing-masing memimpikan segulung ijazah pengiktirafan daripada pusat pengajian tersebut. Tetapi malangnya ramai juga yang 'terkandas' di tengah jalan atas pelbagai sebab. Begitu juga manusia yang memasuki universiti Ramadhan ini.

"Ya Allah jadikanlah aku terlepas daripada neraka hasil daripada Ramadhan"

Berdasarkan mafhum hadis Rasulullah s.a.w, ulama' membahagikan Ramadhan ini dengan 3 fasa;
1) 10 hari pertama- RAHMAT
2) 10 hari ke dua- MARFIRAH (KEAMPUNAN)
3) 10 hari terakhit- Pembebasan dari Neraka

Elakkan diri daripada berjumpa dan menjadi 2 kelompok manusiaa ini;
1) Orang musyrik
2) Al Musyaahin( orang yang memutuskan silaturrahim kerana hasad dengki)

Banyak lagi dalil-dalil yang menunjukkan kehebatan Ramadhan ini. Jadi apa yang perlu kita isi pada Ramadhan ini?

1) Baca Al-Quran. Sekurang-kurangnya dapat khatam sekali pada bulan ini. Membaca dengan bertadarus. Kerana pada bulan Ramadhan ini setiap tahun Jibril akan turun bertadarus dengan Rasulullah s.a.w. sehinggan tahun ke 11 Hijrah, Jibril turun sebanyak dua kali bagi membetukan bacaan nabi sebelum baginda wafat.

2) Bersahur. Ia adalah amalan sunnah kerana pada sahur itu ada keberkatannya. Bersahurlah walaupun seteguk air. Pada waktu sahur ini bacalah al-quran walaupun satu mukasurat.

3) Berjihad. Untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mengalahkan pemerintah yang zalim merupakan kewajipan setiap muslim. Pengajaran kepada berlakunya peristiwa BADAR Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah.

4) Sabar. dalam mengekang hawanafsu, dalam menbuat taat. Menunaikan sunat tarawih hingga penghujung Ramadhan ini.

5) Infaq. Manusia yang paling pemuran pada Ramadhan ialah Nabi s.a.w

6) Qiammullail. Ini lah tempat sebenar untuk kita belajar bangun malam bermunajat kepada Allah s.w.t. Batu boleh jadi lekuk walaupun dititis oleh air yang berterusan. Begitujuga hati manusia.

7) Menjamu orang yang berpuasa. Ambillah fadhilat ini.

Univesiti Ramadhan ini telah dicipta khas olah Allah s.w.t. Di sana ada silibus yang terbaik. Insya'Allah kita akan mendapat IJAZAH pertam iaitu TAQWA bagi mengharungi 11 bulan yang lain.



Tuesday, July 6, 2010

Umno + APCO + judi @#$%^

Salam sejahtera,

Kita sedia maklum, umno adalah sebuah parti politik yang memperjuangkan orang melayu sejak tahun 1969 lagi. Slogan “hidup Melayu” sering kedengaran dalam setiap perhimpunan parti ini. Persoalannya, sejauh manakah matlamat perjuangan umno ini dapat dilihat? .Antara isu-isu melayu yang boleh saya lontarkan kepada pembaca ialah kedaulatan raja-raja Melayu, status bahasa Melayu, taraf sosioekonomi orang Melayu, aqidah dan agama orang melayu. Adakah umno cukup berjaya dalam memartabatkan isu dan agenda ini?. Tentu anda ada jawapannya yang tersendiri.

APCO worldwide

Adalah sebuah firma perunding imej yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan dengan Zionis Israel alaihi laknatullah. Syarikat ini telah dipilih oleh PM Datuk Seri Najib Abd Razak untuk menasihat kerajaan Malaysia dan tercerus lah slogan 1Malaysia dan kini sedang dilihat mempertaruhkan masa depan rakyat dan negara kerana mengizinkan syarikat konsultan seperti APCO ber"sarang" di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara kita. APCO adalah sebuah syarikat pro Zionis yang sedang melebarkan pengaruh dan penguasaannya ke atas negara - negara luar Israel khasnya negara umat Islam di seluruh dunia . Negara kini seperti di dalam cengkaman Zionis Israel apabila pemimpin utamanya Datuk Seri Najib Abd Razak kini di dalam pengaruh dan nasihat APCO Worlwide .

Judi bola sepak

Setahu saya, tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang menghalalkan judi kerana ia boleh mendatangkan kesan yang sangat negatif dalam masyarakat. Tiba-tiba ianya ‘dihalalkan’ oleh kerajaan umno Barisan Nasional. Agak-agak agama apakah kerajaan ini?. Betapa dahsyatnya tangan-tangan yang merestuinya. Belum selesainya penyakit masyarakat yang sedia ada, kita ditambahkan lagi dengan ‘penyakit’ yang baru. Walaupun kerajaanbaru sahaja membatalkan lesen judi sukan ini, bukanlah orang islam boleh menarik nafas lega. Masih banyak longgokan-longgokan judi di Malaysia ini. Hapuskan kuasa politik yang meluluskannya.

Siapakah yang mempunyai kuasa dalam mencegah dan menghalang perkara-perkara mungkar ini?. Sudah tentu kerajaan yang dipilih oleh rakyat setiap 5 tahun sekali. Jadi, bagaimana anda memandang kuasa anda dalam merubah landskap hidup di Malaysia?

Wednesday, May 12, 2010

Masjid & Politik

Politik dalam Islam merangkumi hubungan manusia dengan tuhannya yang lebih dikenali dengan nama Fiqh Al-Ibadat, hubungan manusia dengan kehidupannya yang lebih dikenali dengan nama Fiqh Al- Halal wa Al-Haram, hubungan individu dengan keluarganya yang melibatkan soal perkahwinan , perceraian, wasiat pewarisan harta dan lain-lain yang lebih dikenali pada zaman ini dengan nama Al-Ahwal Asy-syakhsiyyah. Ia juga mengandungi hubungan antara individu dengan masyarakat yang melibatkan urusan muamalah, dan pertukaran harta yang lebih dikenali di zaman ini dengan nama undang-undang sivil. Ini lah ulasan daripada Ulama’ Kontemporari, Imam Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya, As-Syiasah Asy-Syar’iyyah

Menyempitkan peranan masjid

Pada zaman Rasullah s.a.w, masjid adalah tempat terpenting negara. Namun setelah lebih 1400 tahun baginda meninggalkan umat nya, penjajah sudah pun mula menyempitkan skop fungsi masjid. Masjid hanya boleh untuk solat, akad nikah,tahlil, dan ibadat-ibadat khususi yang lain. Kenapa penjajah sengaja berbuat demikian?.Kerana mereka tahu apabila masjid menjalankan fungsinya yang sebenar, maka akan lahirlah tokoh-tokoh ulama’ terkemuka di dalam sejarah Islam yang menjadi pelopor kepada gerakan menentang penjajahan barat. Mereka juga menyedari dari masjid juga lah, munculnya tokoh-tokoh pemimpin umat islam yang terkemuka seperti Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad bin Murad Al-fateh, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Kadang-kadang saya merasa pelik, masjid dibina dengan kos yang btinggi,dihiasi dengan indah, tetapi dibiarkan lesu dan hambar. Tidak ada kuliah takzkirah, pengajian agama dan pengisian jiwa. Ditambah dengan AJK masjid yang bukan ahli masjid. Sampai ada ahli maksiat pun di senaraikan AJK masjid.Menyebabkan masyarakat semakin jahil tentang agama dan terus bebal.

Bawalah politik ke masjid

Setelah melihat suasana semasa, golongan ulama’, YB, ustaz-ustaz, kiyai, guru, petani, peniaga, mahasiswa, pelajar, penganggur, dan sesiapa sahaja harus menekankan dan berbincang mengenai politik Islam di masjid. Ya, dalam masjid. Bawalah politik ke masjid. Jika kita belajar ilmu tafsir, sirah dan lain-lain, maka kita akan banyak berjumpa dengan persoalan politik. Dimana harus belajar, kalau tidak di masjid. Sebagai contoh, surah Al-Mulk. Bermaksud Kerajaan. Surah Ar-Rum. Kerajaan Rom. Ini sebahagian contoh politik yang diajar dalam islam. Saya berharap, isu ini perlu diterangkan dan difahami oleh semua umat Islam. Jangan kita masih lagi mengikuti perangai dan tingkah laku penjajah. Bawalah politik ke masjid.

Saturday, March 6, 2010

Percaya Sebelum Berjaya


Tanggal 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu. dengan ini menularlah fahaman Sekularisme dalam negara umat Islam.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ”Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ”Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Kampus medan latihan

Pernah juga adik-adik kampus bertanyakan saya, “Buat apa kita berprogram?”, Buat apa kita berpesatuan?. Buat apa kita jaga tepi kain orang?, dan lain-lain lagi. Sebagai jawapan, inilah ruang skop yang boleh saya jawab. Teruskan latihan dikampus.


PERCAYA sesudah berjaya itu perkara biasa, tetapi percaya sebelum kita melihat kejayaan itu adalah luar biasa. Sesudah kita percaya dengan apa yang kita inginkan, lalu kita bekerja kearah itu. Insya’Allah dimakbulkan.

Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat, harta dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Perkasakan mutu Tarbiah disamping bersiasah.

P/s: Saya pun perlu bermuhasabah