Friday, September 12, 2008

Tingkatkan pecutan

Artikel kali ini ditulis selepas balik dari usrah. Yang hadir cuma Azdmin, Rosman, Kamal dan juga aku. Inilah jiwa-jiwa yang dipilih kali ini oleh Allah s.w.t untuk berada dalam majlis ilmu ini.

Baru ni saya sempat menonton Buletin TV3(siaran tertangguh). Time part sukan, muncul berita seorang jaguh pecut Olimpik Beijing 2008, Usain Bolt disambut dengan penuh gilang-gemilang apabila sampai di tanah airnya, Jamaica.

Apa yang menarik untuk aku mahu dikongsikan di sini ialah keupayaan beliau memecut dengan kadar yang lebih laju untuk sampai ke garisan penamat. Sebagai seorang muslim, sepatutnya umur yang semakin menuju ke penamat, sepatutnya kita terus memecut dengan ‘amal soleh.

"I didn't come here to run the world record, because I was the world record-holder. I came here to win.", kata jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt setelah menang pingat emas acara 100 meter Olimpik Beijing 2008 dengan catatan terpantas di atas trek, 9.69 saat.

Begitu juga dalam bulan Ramadhan sekarang. Sedar tidak sedar sudah masuk fasa ke-2 (keampunan). Sebagai aktivis mahasiswa Islam yang bercita-cita untuk menggerakkan Islam, ini lah formula yang sepatutnya diambil dan ditiru.

Bayangkan jika beliau tidak mendepakan tangannya, tidak mendabik dadanya meraikan kemenangan meskipun belum menghabiskan perlumbaan atau tidak menoleh ke tepi melihatkan langsung tiada pencabar di sisinya, pastinya rekod baru dunia lebih baik dan lebih pantas. Fikirku, 9.50s adalah sesuatu yang amat senang buat Usain.

Usain Bolt adalah satu fenomena baru dalam percaturan manusia paling pantas di atas muka bumi. Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, langkah kaki beliau yang lebih besar dan lebih pantas daripada pelari-pelari pecut yang lain, dia pastinya terkehadapan di akhir permulaan walaupun lembab berlepas dari blok permulaan. Beliau memerlukan 41 langkah untuk menghabiskan 100 meter, anda pula berapa langkah?!

"Berdasarkan teori momentum dalam fizik iaitu P=Mv atau momentum (P) berkadar terus dengan Mass(M) dan velocity(v) , ini bermakna ahli gerakan ramai sekalipun tetapi tidak pantas dalam tindakan, memahami isu, membaca masalah dan macam-macam lagi yang memerlukan kepantasan maka kadar momentum sebuah gerakan itu tidak akan banyak berubah. Begitu jugalah situasinya jika ahli gerakan pantas bertindak tetapi kekurang tenaga pengerak untuk melakukan bebenan yang banyak menanti." -
Naib Presiden 2 GAMIS

Walaupun tempoh kepimpinan bakal berakhir, seharusnya kita semakin laju memecut. Bukan semakin memperlahankan larian. Beramallah selagi hayat dikandung badan.

No comments: